RSS

Baitul Muslim

Puisi Saat Hati Kita Bersatu, Kala Jiwa Mereka Terlena.

Ramai yang hanya memikirkan keindahan,
tanpa memandang kesukaran mendapatkannya,
mereka bermimpi di dalam lena,
menyangka dengan berdoa dan berharap tercapai segala-gala.

Baitul Muslim,
keluarga bahagia,
cinta dan kasih sayang,
keredhaan Yang Maha Esa,
ramai menyangka dengan semudah berangan,
semua akan hadir dengan sendirinya,
ramai berfikir dengan hanya banyak berbicara akannya,
semua akan wujud di dalam kehidupannya.

Namun ramai bermimpi di dalam lena mereka.

Sedang kita bersatu dengan kesukaran,
bertemankan keringat dan air mata,
diri penuh dosa, namun tidak segan berusaha merapatiNya,
mendisiplinkan diri dan mematangkan minda,
membersihkan hati dan memperkasakan jiwa,
bukan sekadar tahu bicara persediaan akhirat,
namun dunia dipertimbangkan jua,
bersabar dengan masa dan segala halangan,
bukan tahu merungut dan menghambur dalil semata-mata.

Ramai tidak menyedari,
kita bersatu kerana membina ummah baginda,
kahwin adalah dakwah,
rumahtangga adalah tarbiyahnya,
perkahwinan hanya sehari,
kehidupan bersama itu harapnya hingga ke syurga.

Maka bagaimana boleh didapati,
dengan jiwa yang terlena?

Kita bersatu dengan usaha yang gigih,
hingga pernah gigi diketap,
dan mata basah dengan tangis,
jiwa bergegar dengan resah,
dan dahi lekat ke bumi mohon rahmatNya direnjis.

Ini bukan permainan orang-orang yang lena,
ini bukan perkara yang indah seindah mimpi,
ini adalah realiti dan perjuangan hakikatnya,
ini adalah yang diisi dengan onak dan duri yang menyakitkan kita.

Mengharungi semua itu,
kita bersatu dan bahagia,
bukan semakin resah,
dengan 1001 asam garam rumahtangga.

Terus bergerak mencari redhaNya.

copy from ~ Hilal Asyraf ~

p/s : semoga Allah menunjukkan aku suatu jalan yang diredhaiNYA. Aminnn

Advertisements
 
 

10 Malam Terakhir

Imej

Bulan ramadhan bagi tahun1433 Hijrah bakal melabuhkan tirainya. Hati sayu tidak tahu mengapa. Takut andai ini ramadhan yang terakhir buatku… Andai ini ramadhan yang terakhir buatku, kau berkhatilah aku pada penghujung ramadhan ini agar aku sentiasa istiqamah beramal ibadah kepadaMU…

Imej

Imej

dengan izinMU Ya Allah, Aku mengharapkan kurniaanMU dengan Malam Lailatulqadar Mu…

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 Ogos 2012 in Pelbagai

 

13 CARA SUAMI MELAYAN ISTERI MENGIKUT CARA RASULULLAH S.A.W

Imej

1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

Sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. Wallahualam..

 
1 Komen

Posted by di 15 Jun 2012 in Pelbagai

 

Guru Bi@s@ atau Guru Lu@r Bi@s@

Imej

Kadang – kadang guru hanya terkejar – kejar untuk menghabiskan sukatan pelajaran, memastikan para pelajar lulus dalam peperiksaan serta mengekalkan peratusan kecemerlangan akademik sekolah, tanpa mengambil kira prestasi adab dan akhlak pelajar mereka.

Perlukah kita menyerahkan tugas menerapkan adab dan akhlak ini kepada ustaz dan ustazah sahaja?

Semua ilmu datang daripada Allah, bersifat murni dan sarat nilai. Sekiranya kita mengambil sedikit inisiatif untuk prihatin terhadap nilai – nilai yang boleh di sepadukan dengan isi pelajaran, ini tentu akan menjadikan pengajaran kita lebih bermakna dan mempunyai nilai tambah. Itulah yang membezakan antara guru biasa dan luar biasa.

Contohnya guru sedang mengajar mengenai hormone. Mengikut perspektif sains, hormon ialah bahan kimia yang dirembeskan oleh system endokrin dan mempunyai kesan atas kegiatan organ – organ lain. Ia perlu dirembeskan dalam kuantiti yang secukupnya, tidak boleh terlebih atau terkurang sedikit pun. Jika tidak, koordinasi kimia badan akan terganggu.

Selain mengemukakan teori sains, lebih baik sekiranya guru mencetuskan kefahaman dengan mengemukakan soalan – soalan seperti :-

  • Siapakah yang mengatur semua ini?
  • Berapa banyak tugas yang perlu dilakukan oleh hormon ini?
  • Bagaimana sekiranya hormone ini leka dalam tugasnya?

Soalan seumpama ini atau apa – apa sahaja soalan yang berkaitan perlu membawa pelajar sedar betapa agungnya ALLAH s.w.t sebagai Pencipta, sekali gus mendekatkan diri kepada-NYA.

 

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Mei 2012 in Pelbagai

 

What You Give, You Get Back

Lamanya tak update Blog ni… terasa kaku dan kelu pulak nak menaip… Kalu rumah yang dah tinggal lama pasti dah bersawang… hihi. Sepanjang kehidupan yang dilalui pelbagai liku yang telah dilalui… Mai sini kawan-kawan, saya nak berkongsi cerita sikit…

Seorang lelaki yang terkenal sebagai seorang yang lurus bendul membeli sebuah perangkap tikus. Tikus yang bermaharajalela ingin diperanginya.
Namun sebaik sahaja tiba di rumah, tiba-tiba dia teringat bahawa dia terlupa membeli umpanya. Sangkanya, umpan tikus mestilah keju sebagaimana yang dipersembahkan dalam cerita kartun.
Disebabkan terlupa membeli keju, maka dia beralih pada pelan B. Dicarinya majalah – majalah lama. Setelah menemui apa yang dicari, lelaki tersebut mengunting sekeping gambar keju. Fikirnya, itu idea yang bernas kerana pasti tikus itu terperangkap nanti. Apa lagi, dilekatkan gambar keju pada perangkap tikus tersebut.
Keesokkan harinya lelaki yang lurus itu memeriksa jeratnya. Ya, berhasil!!! Seekor tikus Berjaya diperangkapnya. Tetapi, ia hanyalah gambar seekor tikus yang diletakkan berdekatan gambar sekeping keju.

Pengajaran : Jika mahukan hasil yang lumayan, maka usaha juga harus lumayan @ berganda. Jika sekadar melabuhkan usaha yang ala kadar, maka hasilnya juga ala kadar.

 

KeSaLaHan DaLaM BeRtAuBaT

MAHU BERTAUBAT TETAPI MENUNDA TAUBAT
Seharusnya tidak dilewatkan bertaubat kepada Allah kerana itu merupakan kewajipan setiap Muslim yang berdosa. Ini bertujuan supaya ia tidak menjadi “pembungkus” hati sehingga dosa sukar dihapus.

LALAI DAN TERLUPA UNTUK BERTAUBAT
Ramai antara kita tidak pernah terlintas sama sekali telah berdosa kepada Allah, lantas lalai untuk bertaubat kepada Allah.

ENGGAN BERTAUBAT KERANA KHUATIR AKAN MELAKUKANNYA LAGI
Seseorang telah berbuat dosa kepada Allah dan kemudiaan ingin bertaubat, malangnya tidak meneruskannya kerana khuatir akan melakukan dosa itu semula. Persoalannya, adakah kita pasti akan mati dalam keadaan kita sempat bertaubat?

MALU HENDAK BERTAUBAT
Antara ujian bagi orang yang ingin bertaubat ialah pandangan dan celaan daripada mereka yang tidak memahami Islam. Jika benar-benar kita jujur dengan tindakan serta berbekalkan sifat sabar, lama-kelamaan kita akan mudah menghadapi semua ujian tersebut.

BERANI BUAT MAKSIAT LAGI KERANA RAHMAT ALLAH LUAS
Rahmat dan kasih sayang Allah bersama dengan orang yang baik, bukan dengan mereka yang lalai dan suka melakukan kemasiatan pada Allah.

TERTIPU DENGAN AHLI MAKSIAT
Janganlah berasa hairan melihat mereka yang terus-menerus melakukan maksiat tanpa ada balasan daripada Allah, bahkan mereka diberi nikmat di dunia. Mereka memiliki kesemua itu sebagai pemilikan sementara sebelum mereka di azab pada hari kiamat nanti.

BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH
Ada pelaku maksiat yang bertaubat dan kemudiaan kembali melakukan dosa dan bertaubat semula berulang berulang kali. Akhirnya membawa kepada berputus asa daripada rahmat Allah kerana merasakan dirinya ditakdirkan begitu. Sikap berputus asa daripada rahmat Allah seharusnya dielakkan, malahan terus berusaha kerana inilah sikap seorang Muslim.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasululllah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Seorang hamba melakukan satu dosa lalu ia berkata: “Wahai Rab, aku melakukan dosa maka ampunilah aku.” Maka Allah berkata, “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa da menghapuskannya? Aku telah mengampuni hambaKU.’ Kemudiaan setelah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata. “ Wahai Rab, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.’ Allah kemudiaan berkata: ‘Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hambaKu.’ Kemudiaan setelah beberapa ketika, ia melakukan dosa lagi dan berkata; ‘ Wahai Rab, Aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.’ Allah berfirman: ‘Apakah hambaKU tahu bahawa Dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hambaKu – sebanyak tiga kali- maka lakukanlah apa yang disukainya.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 
1 Komen

Posted by di 4 Januari 2012 in AGAMA, Kehidupan

 

MaZmuMAh – BaNGuN LeWaT –

Jika difikirkan tentang tanggungjawab yang perlu diselesaikan sehari- hari sudah tentu kita tidak mahu terlewat bangun tidur. Kata- kata imam Hasan al-Banna bahawa tanggungjawab yang perlu dilunasi melebihi masa yang ada, harus direnungi. Sayangnya, apabila ada juga yang mengambil kesempatan hari cuti sebagai masa untuk “membalas dendam”, lalu tidur sehingga fajar meninggi.
Bayangkan setiap hari kita habiskan masa dengan menonton televisyen atau bersembang perkara yang sia-sia sehingga lewat malam atau melayari Internet tanpa tujuan baik yang jelas, hasilnya bukan sahaja kita terlewat tidur dan bangun tidur, malah kita melakukan solat subuh “gajah”! Lebih sedih lagi , solat subuh tersebut telah luput waktunya, langsung tidak diganti tanpa rasa bersalah. Esok perbuatan yang sama berulang kembali.
Mengapa ini berlaku? Sedarkah bahawa ini perkara mazmumah yang kita buat hari-hari? Adakah ini telah biasa dilakukan dijadikan sebagai tabiat?
Marilah sama-sama kita melakukan perubahan dan teruskan membaiki diri serta mengajak orang lain untuk sama-sama mentranformasikan diri dahulu. Semoga hidup kita diberkhati Allah dan terhindar daripada golongan yang rugi.
Sesiapa yang amalannya pada hari ini lebih baik daripada semalam, dia adalah orang yang beruntung. Sesiapa yang amalannya pada hari ini sama dengan semalam, dia dikalangan orang yang rugi. Sesiapa yang hari ini lebih teruk daripada semalam, dia tergolong dalam golongan yang dilaknat oleh Allah s.w.t. Nauzubillah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “wahai anakku, bangunlah dan hadapilah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari.” ( Riwayat al-Baihaqi)
p/s: semoga dengan ini semua kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Penghijrahan yang ikhlas akan dibalas dengan jutaan rahmat daripada Allah s.w.t…. Sama-sama kita mentranformasikan diri terdahulu sebelum mentranformasikan Negara…

 
2 Komen

Posted by di 3 Oktober 2011 in AGAMA, APA JUA, ISU SEMASA, Kehidupan, Mencari Makna Hidup