RSS

Category Archives: Universiti Putra Malaysia

Kampus Hijau

DALAM PEMERHATIAN…

Diriku dalam pemerhatian….woooowwww….x pernah2 orang nak perhatikan aku… perhatikan lah, pemerhatian anda sangat dialu-alukan…. bukan senang orang nak beri perhatian ni… huhu… silakan…hehe

 

BERMULANYA KULIAH……

Akhirnya kuliah bagi sem 6 aku telah pun brmula…. walaupun x puas brcuti, dgn badan yang sakit2, aku kena mulakan hari ini dengan penuh semangat walaupun badan penat. hehehe….. cayookkkk!!! rahim! Dengan penuh keazaman yang ada akan aku langkah dengan wajah yang ceria. huhu…

waaaa…..dah sem6 rupanya, akan datang mula masuk sem7 tahun4….pljar super senior. huhu…. ape2 pun aku perlu lalui dengan penuh tabah kerna aku tahu setiap perjalanan ini akan banyak halangan yang bakal aku tempuhi…. semester yang lepas biarkan ia berlalu… Semester baru ini akan ku lakukan sebaik mungkin… INSYAALLAH….

kepada semua sahabat dan rakan aku ucapkan selamat memulakan langkah baru ke semester yang baru… gud luck untuk semua….

 

INVACT III ~team MTM~

waaaa….INVACT????? ye ke ak masuk?? lalalala…. boleh ke?? time INVACT UM dlu ok je, tp kali ni x tau plok…. wat2 macam tak takut je, tapi dalam hati brdebar2….. huhu… walaupun anjuran kolej sendiri yang buat, modulnya aku n the geng x tau ok. hoho… Kawan2 sokong group kami ok. hehe…. MAI, ADA, FADH , AKU…. hehe… aku yakin kat korang, tapi kalu ade katak aku serah kepakaran itu kat mai. hahaha…. pe2 je, esok dah nak mula jogging x lagi. macam mana ni????? huhuhuhu….

Doakan kejayaan kami….. 🙂

 
5 Komen

Posted by di 25 Disember 2009 in APA JUA, Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia

 

Jom Berperang!!!!

Peluru, senapang, M-16, bom

Semuanya perlu disediakan,

Kereta kebal perlu dikeluarkan,

Anak-anak yang sedang ketawa perlu di hentikan segera,

Sekarang bukan masanya untuk bersuka ria

Senjata perlu diangkat segera….

Wahai semua mahasiswa Universiti Putra Malaysia

Sudahkan anda bersedia untuk berperang dengan semua?

Semua matapelajar yang telah di daftarkan perlu pengakhiranya,

Sila bersiap siaga agar tidak menagis dengan keputusanya.

Final exam telah tiba,

Good luck kepada semua agar beroleh keputusan yang gembira. J

Hari terlalu sibuk

Jam terlalusingkat,

Saat terlalu cepat,

Tapi saya masih ada masa untuk berkata

Good luck for final exam.

 
4 Komen

Posted by di 26 Oktober 2009 in APA JUA, Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia

 

KULIAH TASAWUR VS KESAYUAN

P5220134

Kolej-kolej kediaman university putra Malaysia kini mewujudkan ataupun meneruskan kembali kuliah tasawur. Kuliah ini diadakan pada setiap hari rabu selepas solat maghrib berjemaah. Aku sangat gembira kerana kuliah ini akan dapat membantu menambahkan lagi ilmu agama aku. Aku sangat gembira! Tenaga pengajar adalah ustaz daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS). Kuliah ini dah mula pada 14 julai lalu. Tapi disebalik kegembiraan aku tadi didatangi dengan kesayuan. Kesayuan ini disebabkan oleh bilangan warga yang turun untuk menghadiri kuliah tersebut. Hati ku sayu dan sedih melihat sekumpulan kecil sahaja yang turun. Aku terkejut, adakah ini sambutan warga kepada ustaz yang datang dari jauh ini??? Sejuta persoalan bermain di fikiran ini. Mana semua warga?? Mana semua MTM?? Selepas aku melaungkan azan maghrib, aku ternampak seregombolan pelajar baru naik dari bermain bola. Hmmmm…..hati berkata “ dah azan baru nak naik”. Dan terus aku turun ke pusat kegiatan pelajar. Melangkah je kaki ke pkp tersebut, aku melihat hanya 3 orang pelajar lelaki yang ada bersama ustaz tersebut dan juga sebaris pelajar perempuan. Hmmmm… “ini je ke budaknya? Mana yang lain?” mana semua barisan kepimpinan Kolej???? Aku rasa sangat terharu. Sedih melanda hati. Setiap kali meeting aku selalu katakana bahawa sebagai pemimpin kita perlu berubah sebelum suruh orang berubah. Tapi perkara itu hanya sia2 dan hanya di kata2 ku sahaja. Selepas solat maghrib berjemaah, datang lagi 2 or 3 orang pelajar lelaki. Alhamdulillah bertambah jemaah. Pengisian kuliah tersebut sangat menyentuh hatiku. Tajuknya juga tentang hati. Dalam tak sedar mata ini mengeluarkan air yang jernih. Aku tahu aku banyak dosa maka aku mengharapkan keampunan dari ALLAH. Dalam kuliah itu juga, ustaz menyuruh kami pada minggu akan datang supaya menarik 1orang bagi setiap yang hadir. Insyallah aku akan usahakan.  Kuliah ini diakhiri dengan zikir dan doa. Selesai solat, aku mengiringi ustaz untuk minum sehingga dia pulang.

Selesai semua aku melangkahkan kaki ke Bilik saf pimpinan. Kemasukan aku ke dalam bilik tersebut disambut dengan sentakan yang sangat terkejut dan hebat. Persoalanya “ kenapa ye berbaju melayu?” haaaaaaa? X tau ke ada kuliah? Kalau tak silap aku semua barisan kepimpinan tahu akan setiap hari selasa ada kuliah. Aku terkejut dan sedih. Perkara ini dah dimaklumkan dan dibuat pengumuman kerap kali. Ooooooohhhhh tidak!!!!! Ape yang belaku? Aku makin tak faham. Aku tahu semua pimpinan sibuk untuk adakan meeting ajkt tapi berilah masa untuk amalan kita. Amalan hidup di alam kemudiaan nanti. Aku terus naik bilik dengan hati yang sangat sayu serta fikiran yang celaru…. hari yang sangat sayu.

p/s ini semua aku pesankan untuk diriku