RSS

Category Archives: Politik

warna warni politik

Selamatkan Negara Melalui Penghayatan Islam

1. Kebelakangan ini negara kita mengalami perubahan suhu panas yang agak ketara . Paras takungan air menurun dan pemanasan suhu meningkat . Ia memberi kesan kepada tahap kemarau yang membimbangkan .

2. Sebagai seorang muslim dan mukmin , kita sangat yakin bahawa fenomena ini bukanlah terjadi dengan sendiri tanpa sebarang sebab atau hikmah disebaliknya melainkan ia adalah merupakan ketentuan Allah swt sebagai

a] ibtila’ [ujian untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan]
b] kaffarah [ penghapusan dosa dan menyucikan jiwa ] atau
c] musiibah [ bencana untuk manusia insaf , berfikir dan bertaubat ]

3. Kerakusan dan ketamakan manusia sekali lagi boleh menjadi faktor penyumbang kepada fenomena pemanasan suhu ini . Sebagai contoh mudah ialah , penebangan bebas dan menggondolkan bukit tanpa mengambil kira kesan ke atas alam sekitar , pembakaran terbuka , mengotor dan memusnahkan sungai . Kesan dari perbuatan tangan [ dosa ] manusia inilah mencetus musiibah . Firman Allah swt :

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).Surah Ar Ruum : 41

4. Menyedari perkara [ musibah ] ini adalah datang daripada Allah swt , maka langkah yang paling bijak ialah kembali [ taqarrub dan taubah] kepada Allah swt. Bermula dari pemimpin , rakyat , ahli politik , ahli ekonomi , aktivis sosial dan semua pihak mesti kembali tunduk dan patuh kepada syariat Allah swt .

5. Langkah yang diambil oleh YAB Dato’ Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan negeri Kelantan menganjurkan solat Istisqa’ [ sembahyang minta hujan ] adalah satu contoh yang paling bijak . Solat Istisqa’ bukan sahaja berupa munajat [ memohon ] hujan tetapi turut mengandungi istighfar [ mohon ampun ] dan taubah serta tadharru’ dan tawakkal [ merendah dan menyerah diri ] kepada Allah swt Tuhan yang menjadikan kemarau panjang ini .

6. Kaedah dan pendekatan seperti ini tidak berlaku di dalam sistem pentadbiran sekular yang memisahkan politik mereka dari agama . Akhirnya mereka akan terus sengsara dan derita bersama keangkuhan dan keegoan mereka yang enggan kembali kepada Allah swt . Tidak mustahil , kesombongan dan keangkuhan itu kelak akan membawa musibah yang lebih besar dan menjanjikan azab yang lebih pedih terutamanya diakhirat kelak .

7. Memerintah , mentadbir dan mengurus manusia serta negara , tidak hanya terhenti di atas kemahiran dan kepakaran tetapi mestilah juga berpaksi di atas kepatuhan dan ketundukan kepada syariat Allah swt .

Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk [ rakyat dan pemimpin ] negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan .Surah Al A’raaf : 96

8. Perjuangan yang memisahkan politik dari agama [ sekular ] adalah perjuangan yang bathil malah membawa mala petaka kepada negara . Negara yang ditadbir dan diperintah tanpa agama akan melahirkan manusia yang tidak kenal dosa dan pahala bahkan wujud pelbagai budaya maksiat dan mungkar yang mengundang jenayah serta salah laku atau penyelewengan moral [ akhlak ] .

9. Logik dan rasionalnya sesuatu sistem ciptaan manusia tentunya tidak boleh mengatasi peraturan [ syariat ] ciptaan Allah swt . dan tentu sahaja Allah swt lebih tahu bagaimana mengurus manusia sebagai makhluk ciptaanNya atau siapa yang boleh menafikan bahawa manusia adalah hasil ciptaan Allah swt ?

10. Selamatkan negara kita dengan menyeru seluruh rakyat kembali kepada Islam . Sementara non muslim diseru agar menerima dan memberi kepercayaan kepada Islam untuk mentadbir dan memimpin negara [ sementara mereka tidak dipaksa menganut agama Islam . Kerana:

a] Islam agama yang adil untuk semua .
b] Islam melarang segala bentuk jenayah dan menghukum penjenayahnya
c] Islam memberi hak membela diri bagi mereka yang dituduh
d] Islam menuntut bukti kukuh bagi mereka yang mendakwa.
e] Islam mengharamkan kezaliman dan penindasan
f] Islam anti rasuah dan sistem riba yang menindas
g] Islam menganjurkan perpaduan dan silaturrahim
h] Islam mengutamakan ilmu pengetahuan dan budaya yang sihat
i] Islam memelihara hak dan memulangkan hak kepada yang berhak
j] Islam menghormati pandangan dan agama yang berbeza
k] Islam bukan agama perkauman
l] Islam tidak eksterim sebaliknya sangat toleransi]
m] Islam benci maksiat dan mungkar
n] Islam menganjurkan keamanan , kesejahteraan dan keharmonian.
o] Islam menjaga keselamatan dan memberi perlindungan
p] Islam menaja kebersihan dan kesucian
q] Islam memastikan kesihatan dan keafiatan
r] Islam mengurus tamaddun dan peradaban yang sihat dan hebat
s] Islam adalah agama rahmat [ kasih sayang ] dan berkat [ bertambah kebaikan ]
t] Islam menjanjikan ketenangan dan kedamaian
u] Islam menawarkan keampunan
v] Islam menjanjikan ganjaran pahala dan syurga atas ketaatan
w] Islam menjanjikan dosa dan neraka atas penderhakaan
x] Islam menganjurkan kebajikan dan kebaikan
y] Islam membunuh segala sifat mazmumah [ jahat dan negatif ]
z] Islam membina segala sifat mahmudah [ baik dan terpuji ]

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Mac 2010 in AGAMA, APA JUA, ISU SEMASA, Politik

 

DALAM PEMERHATIAN…

Diriku dalam pemerhatian….woooowwww….x pernah2 orang nak perhatikan aku… perhatikan lah, pemerhatian anda sangat dialu-alukan…. bukan senang orang nak beri perhatian ni… huhu… silakan…hehe

 

RUKUN NEGARA

petronas8

 

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA MENDUKUNG CITA-CITA HENDAK:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
  • Memelihara satu cara hidup demokratik;
  • Mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, RAKYAT MALAYSIA, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsi-prinsip yang berikut:

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

P/S; sama-sama kita hayati rukun negara ini, adakah kita kini benar2 patuh dan ikut segala apa yang dilafazkan??? sia2 sahaja jika dilafazkan tetapi kita tidak pernah tahu apa makna yang sebenarnya. adalah lebih teruk dan malu sebagai rakyat malaysia yang  tidak hafal dan tahu tentang RUKUN NEGARA. Kepada yang telah lupa akan RUKUN NEGARA ingatlah dan hayatilah RUKUN NEGARA kita ini…..

 
8 Komen

Posted by di 4 November 2009 in APA JUA, Malaysia, Politik