RSS

Category Archives: LUAHAN RASA

LUAHAN HATI YANG SEDANG BERBICARA

~~~Dugaan~~~

Dugaan dari segi bahasanya ialah hasil daripada menduga: Allah = Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yang berlaku untuk menguji keimanan atau kesabaran seseorang.

Pelbagai dugaan dan cabaran yang aku lalui dan akan lalui dalam kehidupan ini. Semester ini adalah paling banyak dugaan dan cabaran yang aku lalui…. Manusia mahukan kesempurnaan dalam hidup, cuba kita tanya kat semua orang, mesti semua nak yang sempurna. Dalam kearah kesempurnaan itu Allah akan uji ketabahan atau tahap keimanan kita. Seiring jua dengan aku, aku jua inginkan kesempurnaan, aku jua ingin berubah kearah kebaikan. Aku jua di uji dengan pelbagai ujian, Ya Allah hebatnya ujian Mu untuk aku lalui…. Pedih untuk lalui segalanya. Hanya padaMu aku serahkan diri. Aku redha akan ujianMu itu tapi adakah aku sanggup hadapinya?? Tambahan pula di bulan puasa ini, aku mahukan bulan mulia ini menjadi titik permulaan untuk aku berubah…. Bertapa hebatnya untuk melawan nafsu dengan iman yang sangat nipis…. inilah kehidupan seorang manusia yang tidak pernah sedar akan kesilapan diri selama ini…. pohonku agar Allah berikan aku peluang dan ruang untuk aku berubah sedikit demi sedikit… Aminnn

Nasib baik ade blog untuk aku luahkan isi hati ini…. 🙂 kepada pembaca, doakan aku dapat menghadapi dugaan hidup ini dengan lebih tabah dan kuat….

 
3 Komen

Posted by di 17 Ogos 2010 in Kehidupan, LUAHAN RASA

 

BELASUNGKAWA

13 Julai 2010, tepat jam 01.15 pagi…. Dia pergi di depan mata ku dengan begitu pantas untuk selama-lamanya….  Bertempat Wad 3B Hospital Jempol akibat “cerebravascular accident” . Dia pergi pada usia 85 tahun…. Aku redha akan pemergianya tetapi hati ini tetap sayu….  Apabila balik kg kesunyian dipecahkan oleh suaranya..kini tidak lagi… dah hilang suara2 itu… walaubagaimanapun aku puas kerana dapat berada disamping dia hingga dia disemadikan…. Setiap kali balik, dia selalu berpesan yang dia nak tengok aku tamat pengajian… ini yang buat aku makin sayu… setiap kali aku teringatkan dia, air mata turun sendiri tanpa dipaksa. .. Hampir seminggu dia tinggalkan aku, aku begitu merasa kehilanganya.. tiada penganti untuk dirinya…. Tiada siapa lagi yang akan ku pesan untuk makan ubat…  Ya Allah, tabahkan hati ini untuk aku teruskan kehidupan…. Doaku agar dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman… Aminnn….

Al- Fatihah

 

TAMAT PENGAJIAN

21 hingga 22 jun 2010,

aku jadi driver kepada mr.Q, Annurul, fidot dan Mr. poet…. ini semua atas peruntukan peribadi Annurul yang merupakan perancang utama. huhu…. kul8 malam 21 jun, kami bergerak ke Alamanda dengan tujuan asal untuk g makan steamboat…

Allhamdulillah kekenyangan… kami duduk makan sampai kedai tu nak tutup… Huhu… habis je makan gerak ke wayang tengok Toy Story 3…. hingga tamat 12malam.

dalam perjalanan pulang yang aku sangkakan, annurul kata nak p McD… wah dengan pantas aku bawa mereka ke McD bangi… hahaha… itu je yang aku tau McD yg terdekat… kami duduk makan sambil tengok bola hingga jam 4a.m… air 2x refill… tambah lagi 2 air kopi utk elakkan mengantuk…

Jam menunjukkan 1 petang pada 22 jun 2010.

aku jua jadi pemandu…kami bergegas ke LCCT untuk menghantar Mr. Poet pulang ke Sarawak… dengan perasaan tak gentar, aku memandu ke LCCT yang tak pernah aku jejak kesana… dengan tujuk ajar oleh sifu Annurul, kami berjaya sampai pada jam 2.15 petang…. jam 2.45ptg, Mr.Poet mula meninggalkan kami untuk pulang ke pangkuan keluarga…

kami pun beredar dan dengan misi ingin menghantar Mr.Q ke Bukit Jalil… singgah sebentar ke Kolej untuk ambil barang2 Mr.Q…. sebelum itu kami singgah ke Mines, jalan2 n makan…. hingga jam 7p.m…kami mula gerak hantar Mr.Q…

tiba di Bukit Jalil, kami terus menuju ke kaunter tiket bas ke Muar…tiket bas pada jam 8mlm… Mr.Q pula meninggalkan aku, Annurul dan fidot….kami pulang bertiga….

waaa…terasa kehilangan my senior KC… Tahniah! kepada Mr.Q dan Mr.Poet kerana telah tamat pengajian selama 4tahun… Kenangan selama 2hari itu x akan dapat dilupakan…. mereka berdua inilah merupakan permata – permata Kolej Canselor….terima kasih jua kepada Annurul yang menaja kami.. hehe tq2x….


 
1 Komen

Posted by di 22 Jun 2010 in Kehidupan, Kolej Canselor, LUAHAN RASA

 

HAK BERSAUDARA DAN BERSAHABAT

1. Diam daripada sebut aib sahabat
– jangan sebut aib sahabat sama ada dia ada ataupun tidak.
– lakukan seolah-olah kita tidak tahu aibnya.
– manusia tidak sunyi dari keaiban.
– ” tiada yang dikatakan muslimin yang taat, maka tiada dia tidak membuat maksiat” – imam Al-Ghazali-
– jangan andaikan kebaikan orang itu kearah kejahatan, jika tiada alamat yang diyakini.
– kalau bersahabat, jangan tolak kata-kata sahabat, dan diam daripada memerintahnya, dan menyalahi kehendak sahabat.
– jangan tolak ajakan sahabat selagi tidak menyalahi syarak.
– jangan cela sahabat dan juga kekasih sahabat serta ahlinya.

2. Memaafkan kesalahan sahabat, sabar, tanggung kesalahan itu (jangan ambil hati), jangan menempelak sahabat.
– beri nasihat dengan bahasa kiasan lebih baik daripada yang jelas.
– beri nasihat daripada suratan lebih baik daripada perkataan.
– sahabat yang tidak tepati janji- kaitkan dengan 70 keuzuran (alasan) untuk memaafkan kesalahan sahabat.

3. Mendoakan kehidupan dan kematian sahabat.
– mendoakan untuk sahabat seperti mendoakan diri sendiri.
– jangan kedekut dengan doa.

 

Keputusan…. Confius!

Mampukah??? terdaya kah??? ye aku kena buat keputusan yang sebaik mungkin…. kena jua fikirkan diri sendiri bukan hanya untuk memikirkan orang lain. Mampukah aku memikul 2 beban dalam satu masa??? bolehkah aku membahagikan masa itu dengan sebaik mungkin???  waaaa…. kenapa otak x leh berfikir… Sesuatu perkara yang besar bagi diriku untuk melakukanya….

Hanya yang aku mampu sekarang ini hanyalah berdoa agar diberikan petunjuk untuk membuat keputusan yang sangat besar bagi diriku….

 
4 Komen

Posted by di 7 Januari 2010 in APA JUA, Kehidupan, Kolej Canselor, LUAHAN RASA

 

Keagungan Hati

  1. Luangkan masa selama 10 minit dan carilah satu ataupun dua orang yang pernah menyakiti hati kita yang sehingga kini sukar kita melupakanya.

  2. Apakah sebab utama yang menyebabkan saya begitu marah kepada individu itu? Adakah kemarahan dan dendam saya setimpal dengan perbuatannya kepada saya.
  3. Adakah gunanya kemarahan saya hingga hari ini pada individu itu walaupun saya sudah memutuskan perhubungan dengannya sama sekali?
  4. Sebelum terlambat dan tanpa menunggu dia memulakan hubungan untuk bercakap, bersediakah saya sekarang juga menghubungi individu itu bagi sekadar bertanyakan khabar dan berbual bertanyakan khabar dan berbual-bual? Mengambil inisiatif menghubungi individu itu bukan beerti kita kalah, tetapi menunjukkan jiwa kita besar.
  5. Adakah seseorang yang mungkin dapat saya jadikan perantara untuk kembali berhubungan dengan individu itu?
  6. Mahukah saya memaafkannya serta mendoakannya walaupun perbuatanya benar-benar menghiris perasaan saya? Perlu diingat, pembalasan adalah hak Tuhan, bukan hak manusia…

 

~~Taubat Maksiat~~

sekadar renungan bersama…. 🙂

 

~~~~AAAHHHH~~~~

~~~~~~PENAT + SAKIT + PENING + BUNTU + LETIH + MENYEMAK + KACAU + SAWAN ….~~~~

AHHHHHH……SUSAH PIKIR TENTANG ORANG LAIN, LEBIH BAIK PIKIR DIRI SENDIRI…

NOTHING…..STOP!!!!!

 

BERMULANYA KULIAH……

Akhirnya kuliah bagi sem 6 aku telah pun brmula…. walaupun x puas brcuti, dgn badan yang sakit2, aku kena mulakan hari ini dengan penuh semangat walaupun badan penat. hehehe….. cayookkkk!!! rahim! Dengan penuh keazaman yang ada akan aku langkah dengan wajah yang ceria. huhu…

waaaa…..dah sem6 rupanya, akan datang mula masuk sem7 tahun4….pljar super senior. huhu…. ape2 pun aku perlu lalui dengan penuh tabah kerna aku tahu setiap perjalanan ini akan banyak halangan yang bakal aku tempuhi…. semester yang lepas biarkan ia berlalu… Semester baru ini akan ku lakukan sebaik mungkin… INSYAALLAH….

kepada semua sahabat dan rakan aku ucapkan selamat memulakan langkah baru ke semester yang baru… gud luck untuk semua….

 

Hmmm….

Hmmmmm…..x tau nak tulis pe kat blog ni… mgkin bnyk bnda yg di fikirkan, smpai x tau nak tulis pe..

KBB:- aku kna pantas, coz aku uruskan hal yang sangat pnting, kalu aku lengahkan semua penajaan x boleh gerak. To aida, aku akan laksanakan tanggjawab aku. sabar ye puan pengarah.

MTM:- aku kena buat akaun secepat mungkin, sebelum meeting pengurusan. Harap2 ape yang telah berlaku ia tak akan berulang lagi. Agro Canselor??? aku kna dduk dgn tim. pngarah aku utk brbincg

Kampung:- mak kat rumah sorang, wan pulak sangat uzur n sering sakit, hatiku melonjak nak balik, tapi aku xleh balik coz banyak lagi tgjwb yang x selesai. kadang2 jasadku je kat Kolej tapi hati n pemikiran di kampung. ini semua untuk warga Kolej tercinta.

Si Dia :- mungkin masih awal lagi…aku kena memahaminya n harus untuk aku memahaminya.  Aku sayang die…. Doaku agar aku bersama die hingga hujung nyawaku… Aminnn~~~~

Aku:- aku???? hmmm…rasa diri macam x terurus. makin kusut je, bile lah nak hilang kekusutan ini… hmmm. Hari ini aku hanya tidur 3jam je…kepala sakit, berat. huuuuuuuuu…..tp ttap x leh tido. hmmm….