RSS

Category Archives: LUAHAN RASA

LUAHAN HATI YANG SEDANG BERBICARA

Ya Rab…

Telah cukup bagiku ilmu Tuhanku

Tentang permintaan dan usahaku

Maka doa serta permohonanku

sebagai bukti kepada kefakiranku

Maka oleh kerana rahsia itu aku berdoa

pada saat senang dan susahku

Aku adalah Hamba, menjadi kebanggaanku

Dalam kefakiran dan keperluanku

Wahai Tuhanku, Wahai Yang memilikiku

Engkau Maha mengetahui akan keadaanku

Dan apa yang berada dalam hatiku

Dari kesedihan dan kesibukanku

Maka Tolonglah aku dengan kelembutan

DariMu Wahai Tuhan orang-orang yang memohon pertolongan

Wahai yang Maha Mulia tolonglah aku

Sebelum lenyap kesabaranku

Wahai Yang Maha segera memberi pertolongan

Berilah kami pertolonganMu dengan segera

Yang menghilangkan kesulitan dan mendatangkan

Dengan segala yang aku harapkan

Wahai Yang Maha dekat dan Maha memperkenankan

Wahai Yang Maha Mengetahui dan Maha mendengar

Aku mengaku akan kelemahanku

Dan ketundukanku serta kesedihanku

Aku sentiasa menunggu dihadapan pintu Rahmatmu

Wahai Tuhan kasihilah aku

Dilembah kurniaanMU aku bersimpuh

Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana

Bersangka baik (denganMU) adalah kewajipan

Ia (sangka baik) adalah teman dan sahabatku

Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku

Sepanjang malam dan siangku

Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat

Maka kabulkanlah wahai yang sebaik-baik mengabulkan

Lapangkanlah sirr dan hatiku

Dari gelonjak dan kegelisahannya

Gantikanlah ia dengan kesenangan dan kebahgiaan

Dan dalam keadaan yang Engkau Redhai

Maka ketenangan dan ketenteraman itulah keadaanku (yang kuinginkan)

Dan juga lambang dan pakaianku (sebagai hambaMU)

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Oktober 2012 in Kehidupan, LUAHAN RASA

 

Mekar Bersama Rindu

Desir-desir angin

menimbul seribu angin

terasa meresap sukma cinta

membakar hatiku yang dingin

Desir-desir daun

Melarik pohon merimbun

meransang rindu bertemu

bilakah cinta akan bertamu?

Ah…bila cinta yang SATU

mudahlah kita bertemu

jauh pun bukan alasan

pada satu pertemuan

Dalam solat aku doakanmu…

Walau jarak kita beribu batu

Munajat ini mekar bersama rindu.

 

Baitul Muslim

Puisi Saat Hati Kita Bersatu, Kala Jiwa Mereka Terlena.

Ramai yang hanya memikirkan keindahan,
tanpa memandang kesukaran mendapatkannya,
mereka bermimpi di dalam lena,
menyangka dengan berdoa dan berharap tercapai segala-gala.

Baitul Muslim,
keluarga bahagia,
cinta dan kasih sayang,
keredhaan Yang Maha Esa,
ramai menyangka dengan semudah berangan,
semua akan hadir dengan sendirinya,
ramai berfikir dengan hanya banyak berbicara akannya,
semua akan wujud di dalam kehidupannya.

Namun ramai bermimpi di dalam lena mereka.

Sedang kita bersatu dengan kesukaran,
bertemankan keringat dan air mata,
diri penuh dosa, namun tidak segan berusaha merapatiNya,
mendisiplinkan diri dan mematangkan minda,
membersihkan hati dan memperkasakan jiwa,
bukan sekadar tahu bicara persediaan akhirat,
namun dunia dipertimbangkan jua,
bersabar dengan masa dan segala halangan,
bukan tahu merungut dan menghambur dalil semata-mata.

Ramai tidak menyedari,
kita bersatu kerana membina ummah baginda,
kahwin adalah dakwah,
rumahtangga adalah tarbiyahnya,
perkahwinan hanya sehari,
kehidupan bersama itu harapnya hingga ke syurga.

Maka bagaimana boleh didapati,
dengan jiwa yang terlena?

Kita bersatu dengan usaha yang gigih,
hingga pernah gigi diketap,
dan mata basah dengan tangis,
jiwa bergegar dengan resah,
dan dahi lekat ke bumi mohon rahmatNya direnjis.

Ini bukan permainan orang-orang yang lena,
ini bukan perkara yang indah seindah mimpi,
ini adalah realiti dan perjuangan hakikatnya,
ini adalah yang diisi dengan onak dan duri yang menyakitkan kita.

Mengharungi semua itu,
kita bersatu dan bahagia,
bukan semakin resah,
dengan 1001 asam garam rumahtangga.

Terus bergerak mencari redhaNya.

copy from ~ Hilal Asyraf ~

p/s : semoga Allah menunjukkan aku suatu jalan yang diredhaiNYA. Aminnn

 
 

What You Give, You Get Back

Lamanya tak update Blog ni… terasa kaku dan kelu pulak nak menaip… Kalu rumah yang dah tinggal lama pasti dah bersawang… hihi. Sepanjang kehidupan yang dilalui pelbagai liku yang telah dilalui… Mai sini kawan-kawan, saya nak berkongsi cerita sikit…

Seorang lelaki yang terkenal sebagai seorang yang lurus bendul membeli sebuah perangkap tikus. Tikus yang bermaharajalela ingin diperanginya.
Namun sebaik sahaja tiba di rumah, tiba-tiba dia teringat bahawa dia terlupa membeli umpanya. Sangkanya, umpan tikus mestilah keju sebagaimana yang dipersembahkan dalam cerita kartun.
Disebabkan terlupa membeli keju, maka dia beralih pada pelan B. Dicarinya majalah – majalah lama. Setelah menemui apa yang dicari, lelaki tersebut mengunting sekeping gambar keju. Fikirnya, itu idea yang bernas kerana pasti tikus itu terperangkap nanti. Apa lagi, dilekatkan gambar keju pada perangkap tikus tersebut.
Keesokkan harinya lelaki yang lurus itu memeriksa jeratnya. Ya, berhasil!!! Seekor tikus Berjaya diperangkapnya. Tetapi, ia hanyalah gambar seekor tikus yang diletakkan berdekatan gambar sekeping keju.

Pengajaran : Jika mahukan hasil yang lumayan, maka usaha juga harus lumayan @ berganda. Jika sekadar melabuhkan usaha yang ala kadar, maka hasilnya juga ala kadar.

 

Kasih Ibu

kasih sayang seorang ibu sangat berharga… kasih sayang seorang ibulah yang membawa ke syurga. tulah dikatakan syurga terletak di telapak kaki ibu…

tapi?
aku tertanya-tanya… adakah anak-anak zaman nijam(kini) menghargai kasih sayang seorang ibu??? ibu sanggup bergolok bergadai demi anak-anak. ibu sanggup melupakan hasrat untuk menunaikan umrah demi anak-anak. ibu sanggup membiarkan rumahnya roboh di makan anai-anai demi anak-anaknya. semuanya adalah kerana ingin melihat anak-anaknya tidak merempat.

tapi adakah anak-anak terfikir benda yang sama?? adakah anak-anak sanggup bergolok bergadai untuk membina rumah ibu?? bergadai harta untuk membenarkan ibu pergi menunaikan umrah??
semuanya adalah tinggal persoalan… malangnya nasib si ibu… yang ada adalah anak-anak yang hanya sanggup mengadaikan harta ibu demi melepaskan kesesakan yang dihadapi…

Ya Allah, aku bersyukur padaMU kerana kurniakan aku seorang ibu… InsyaAllah, akan ku balas segala jasamu IBU….

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 September 2011 in APA JUA, Kehidupan, LUAHAN RASA

 

Pejam celik – Pejam celik

Pejam celik – pejam celik, pejam tak celik-celik…oooo sabaq dulu. Tapi itu pasti bahawa kita akan pejam tak celik-celik tapi tak tahu akan bila masa dan ketikanya….

Ok, cecite tentang pejam celik – pejam celik dulu…ngeh3x…

Hampir 12 minggu di alam praktikal, macam-macam perasaan yang timbul antaranya ialah suka, sedih, duka, gumbira, kecewa, pahit, manis dan lain-lain lagi… nak tinggalkan sekolah dan pelajar-pelajar yang suke buat aku hangin, tersenyum dan ketawa dengan gelagat mereka. Cikgu doakan kalian semua akan tempuhi kehidupan yang Berjaya di dunia dan akhirat. Aminn…
Terkenang semua kenangan yang telah dilalui sepanjang belajar di UPM. Pelbagai ranjau suka dan duka telah aku lalui…itulah namanya kehidupan… sepanjang itulah pelbagai ahli keluarga dan juga wan tersayang telah tinggalkan aku berada di muka bumi ini untuk aku teruskan kehidupan. Walau apa jua keadaan sekali pon, aku kena teruskan kehidupan yang dikurniakan oleh ALLAH s.w.t.

Sepanjang di UPM or lebih tepat di KC ( Kolej Canselor), ramai kenalan seangkatan yang kini sama-sama berusaha untuk kearah kehidupan yang lebih baik. Sahabat, Rakan, Kawan, Geng…maaf aku hulurkan andai selama perkenalan kita banyak tingkah laku yang sedar mahupun tak sedar telah aku lakukan sehingga membuatkan kalian terasa hati. Kerana aku jua insan biasa… Aku doakan kalian semua akan berjaya di dunia dan akhirat… Aminnn…. Panjang umuq kita jumpa lagi, InsyaAllah…

Terima kasih tak terhingga kepada Tok Guru @ Mohd Fazil Hj Yahaya @ Encik Kenanga Hijau @ Fazil Al-Yahaya 140842….wah!! ingat kot no matrik ko…hehe…. Terima kasih sangat-sangat mate coz sudi terima diri ini sepanjang perkenalan kita. Terima kasih banyak-banyak coz sudi berikan tunjuk ajar, mintak halalkan segala ilmu yang ko berikan k… *sungguh berharap… . Ha, yang ni banyak wat terasa hati…maaf mate wat ko marah, ngajuk, dan pelbagai lagi..hehe… serius pe yang dah berlaku kadang-kadang buat aku tersenyum sendiri…*ala-ala kureng waras sikit…hehe… tapi aku bahgia ada sahabat macam ko… ko terbaik!!!!… ok cukup cite pasal ko… haha

K lah malas nak cecite panjang-panjang…:-)

p/s : “ Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Alhamdulillah memberatkan timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruang di antara langit dan bumi. Solat itu adalah Nur, sedekah itu adalah bukti, sabar itu adalah sinaran dan al-Quran itu adalah hujah ( untuk membela atau menentang ). Setiap manusia bekerja; maka ada yang menjual dirinya dan ada yang membebaskan dirinya dengan bekerja keras untuk keselamatan atau kecelakaannya.”

 
7 Komen

Posted by di 24 Mei 2011 in APA JUA, Kehidupan, LUAHAN RASA

 

Ada Waktu Kite Sedih

Ada waktu kita sedih. Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.

Ada juga yang sedih dengan rupa parasnya, sedih dengan kejadiannya, sedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.

Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.

Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.

Kenapa saya cakap begini?

Entah.

Orang mukmin takkan bersedih lama.

Percayakah anda bahawa orang mukmin tidak akan bersedih lama?

Saya meyakini hal itu. Memanjang-manjangkan kesedihan, bukanlah sebahagian dari ciri seorang mukmin. Hatta Rasulullah SAW sendiri, bersedih hanya seketika. Baik ketika kematian anak-anaknya, mahupun kematian sahabat-sahabat baginda yang tercinta. Bahkan kesedihan itu tidak termuncul saat baginda menderita sakit diseksa, lapar, perang dan sebagainya.

Tetapi sindrom dari kalangan kita adalah, kita suka memanjangkan kesedihan.

Perasankah kita, apabila kita memanjang-manjangkan kesedihan, apakah sebenarnya yang telah ‘kita hilangkan’ dalam kehidupan kita?

Allah SWT.

Ya. Seakan-akan Allah itu tidak wujud, dan membiarkan kita.

Seakan-akan Allah itulah Yang Zalim, dan Dialah yang sengaja membuatkan kita bersedih.

Benarkah?

Apakah bicara Allah berkenaan kesedihan?

Saya suka dengan ayat-ayat ini:

“Kami berfirman: Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 38.

” Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. “ Surah Al-Baqarah ayat 62.

“(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 112.

“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 262.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 277.

“Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” Surah Ali Imran ayat 120.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah Ali Imran ayat 139.

“Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: Kami telah beriman, padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merobah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: Jika diberikan ini (yang sudah dirobah-robah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah. Barang siapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatu pun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak menyucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar.” Surah Al-Maidah ayat 41.

“Katakanlah: Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al Qur’an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.” Surah Al-Maidah ayat 68.

“Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberi kabar gembira dan memberi peringatan. Barang siapa yang beriman dan mengadakan perbaikan, maka tak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-An’am ayat 48.

“(Orang-orang di atas A’raaf bertanya kepada penghuni neraka): Itukah orang-orang yang kamu telah bersumpah bahwa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah? (Kepada orang mukmin itu dikatakan): Masuklah ke dalam surga, tidak ada kekhawatiran terhadapmu dan tidak (pula) kamu bersedih hati.” Surah Al-A’raf ayat 49.

Saya tidak tahu apa perasaan kalian apabila membaca semua terjemahan ini.

Tetapi saya, rasa lega.

Rasa tenang.

Rasa damai.

Bila bersama dengan Allah, ikut apa yang Rasulullah ajar, hidup bersungguh-sungguh mengamalkan Islam, ajak manusia lain buat kebaikan, itu semua hakikatnya memadamkan kekhuatiran, kesunyian, kesedihan, ketakutan dan sebagainya.

Betapa selepas membaca ayat-ayat tadi, jelas kepada kita bahawa, kita tidak sepatutnya menjadi manusia yang memanjang-manjangkan kesedihan mereka, terus jatuh dan jatuh ke dalam lohong hitam perasaan mereka.

Kita ada Allah.

Dan kehidupan kita bersamaNya memadamkan segala kenegatifan.

Penutup: Kesedihan adalah keperluan. Tetapi dosnya tidak boleh berlebihan.

Sedih memang baik. Sekali sekala ia melembutkan hati. Tanda jiwa yang sensitif. Tanda hati yang peka.

Tetapi merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkannya.

Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan?

Kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Maka perhatikanlah masalah, bergerak menyelesaikannya.

Jika masalah itu bukan datang dengan penyelesaian, sebagai contoh: Kematian rakan karib, murabbi tercinta, ibu bapa tersayang dan sebagainya, hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita.

Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.

Kerana dia ada Allah di sisinya.

Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya.