RSS

Category Archives: Kehidupan

Ya Rab…

Telah cukup bagiku ilmu Tuhanku

Tentang permintaan dan usahaku

Maka doa serta permohonanku

sebagai bukti kepada kefakiranku

Maka oleh kerana rahsia itu aku berdoa

pada saat senang dan susahku

Aku adalah Hamba, menjadi kebanggaanku

Dalam kefakiran dan keperluanku

Wahai Tuhanku, Wahai Yang memilikiku

Engkau Maha mengetahui akan keadaanku

Dan apa yang berada dalam hatiku

Dari kesedihan dan kesibukanku

Maka Tolonglah aku dengan kelembutan

DariMu Wahai Tuhan orang-orang yang memohon pertolongan

Wahai yang Maha Mulia tolonglah aku

Sebelum lenyap kesabaranku

Wahai Yang Maha segera memberi pertolongan

Berilah kami pertolonganMu dengan segera

Yang menghilangkan kesulitan dan mendatangkan

Dengan segala yang aku harapkan

Wahai Yang Maha dekat dan Maha memperkenankan

Wahai Yang Maha Mengetahui dan Maha mendengar

Aku mengaku akan kelemahanku

Dan ketundukanku serta kesedihanku

Aku sentiasa menunggu dihadapan pintu Rahmatmu

Wahai Tuhan kasihilah aku

Dilembah kurniaanMU aku bersimpuh

Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana

Bersangka baik (denganMU) adalah kewajipan

Ia (sangka baik) adalah teman dan sahabatku

Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku

Sepanjang malam dan siangku

Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat

Maka kabulkanlah wahai yang sebaik-baik mengabulkan

Lapangkanlah sirr dan hatiku

Dari gelonjak dan kegelisahannya

Gantikanlah ia dengan kesenangan dan kebahgiaan

Dan dalam keadaan yang Engkau Redhai

Maka ketenangan dan ketenteraman itulah keadaanku (yang kuinginkan)

Dan juga lambang dan pakaianku (sebagai hambaMU)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Oktober 2012 in Kehidupan, LUAHAN RASA

 

Mekar Bersama Rindu

Desir-desir angin

menimbul seribu angin

terasa meresap sukma cinta

membakar hatiku yang dingin

Desir-desir daun

Melarik pohon merimbun

meransang rindu bertemu

bilakah cinta akan bertamu?

Ah…bila cinta yang SATU

mudahlah kita bertemu

jauh pun bukan alasan

pada satu pertemuan

Dalam solat aku doakanmu…

Walau jarak kita beribu batu

Munajat ini mekar bersama rindu.

 

What You Give, You Get Back

Lamanya tak update Blog ni… terasa kaku dan kelu pulak nak menaip… Kalu rumah yang dah tinggal lama pasti dah bersawang… hihi. Sepanjang kehidupan yang dilalui pelbagai liku yang telah dilalui… Mai sini kawan-kawan, saya nak berkongsi cerita sikit…

Seorang lelaki yang terkenal sebagai seorang yang lurus bendul membeli sebuah perangkap tikus. Tikus yang bermaharajalela ingin diperanginya.
Namun sebaik sahaja tiba di rumah, tiba-tiba dia teringat bahawa dia terlupa membeli umpanya. Sangkanya, umpan tikus mestilah keju sebagaimana yang dipersembahkan dalam cerita kartun.
Disebabkan terlupa membeli keju, maka dia beralih pada pelan B. Dicarinya majalah – majalah lama. Setelah menemui apa yang dicari, lelaki tersebut mengunting sekeping gambar keju. Fikirnya, itu idea yang bernas kerana pasti tikus itu terperangkap nanti. Apa lagi, dilekatkan gambar keju pada perangkap tikus tersebut.
Keesokkan harinya lelaki yang lurus itu memeriksa jeratnya. Ya, berhasil!!! Seekor tikus Berjaya diperangkapnya. Tetapi, ia hanyalah gambar seekor tikus yang diletakkan berdekatan gambar sekeping keju.

Pengajaran : Jika mahukan hasil yang lumayan, maka usaha juga harus lumayan @ berganda. Jika sekadar melabuhkan usaha yang ala kadar, maka hasilnya juga ala kadar.

 

KeSaLaHan DaLaM BeRtAuBaT

MAHU BERTAUBAT TETAPI MENUNDA TAUBAT
Seharusnya tidak dilewatkan bertaubat kepada Allah kerana itu merupakan kewajipan setiap Muslim yang berdosa. Ini bertujuan supaya ia tidak menjadi “pembungkus” hati sehingga dosa sukar dihapus.

LALAI DAN TERLUPA UNTUK BERTAUBAT
Ramai antara kita tidak pernah terlintas sama sekali telah berdosa kepada Allah, lantas lalai untuk bertaubat kepada Allah.

ENGGAN BERTAUBAT KERANA KHUATIR AKAN MELAKUKANNYA LAGI
Seseorang telah berbuat dosa kepada Allah dan kemudiaan ingin bertaubat, malangnya tidak meneruskannya kerana khuatir akan melakukan dosa itu semula. Persoalannya, adakah kita pasti akan mati dalam keadaan kita sempat bertaubat?

MALU HENDAK BERTAUBAT
Antara ujian bagi orang yang ingin bertaubat ialah pandangan dan celaan daripada mereka yang tidak memahami Islam. Jika benar-benar kita jujur dengan tindakan serta berbekalkan sifat sabar, lama-kelamaan kita akan mudah menghadapi semua ujian tersebut.

BERANI BUAT MAKSIAT LAGI KERANA RAHMAT ALLAH LUAS
Rahmat dan kasih sayang Allah bersama dengan orang yang baik, bukan dengan mereka yang lalai dan suka melakukan kemasiatan pada Allah.

TERTIPU DENGAN AHLI MAKSIAT
Janganlah berasa hairan melihat mereka yang terus-menerus melakukan maksiat tanpa ada balasan daripada Allah, bahkan mereka diberi nikmat di dunia. Mereka memiliki kesemua itu sebagai pemilikan sementara sebelum mereka di azab pada hari kiamat nanti.

BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH
Ada pelaku maksiat yang bertaubat dan kemudiaan kembali melakukan dosa dan bertaubat semula berulang berulang kali. Akhirnya membawa kepada berputus asa daripada rahmat Allah kerana merasakan dirinya ditakdirkan begitu. Sikap berputus asa daripada rahmat Allah seharusnya dielakkan, malahan terus berusaha kerana inilah sikap seorang Muslim.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasululllah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Seorang hamba melakukan satu dosa lalu ia berkata: “Wahai Rab, aku melakukan dosa maka ampunilah aku.” Maka Allah berkata, “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa da menghapuskannya? Aku telah mengampuni hambaKU.’ Kemudiaan setelah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata. “ Wahai Rab, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.’ Allah kemudiaan berkata: ‘Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hambaKu.’ Kemudiaan setelah beberapa ketika, ia melakukan dosa lagi dan berkata; ‘ Wahai Rab, Aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.’ Allah berfirman: ‘Apakah hambaKU tahu bahawa Dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hambaKu – sebanyak tiga kali- maka lakukanlah apa yang disukainya.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 
1 Komen

Posted by di 4 Januari 2012 in AGAMA, Kehidupan

 

MaZmuMAh – BaNGuN LeWaT –

Jika difikirkan tentang tanggungjawab yang perlu diselesaikan sehari- hari sudah tentu kita tidak mahu terlewat bangun tidur. Kata- kata imam Hasan al-Banna bahawa tanggungjawab yang perlu dilunasi melebihi masa yang ada, harus direnungi. Sayangnya, apabila ada juga yang mengambil kesempatan hari cuti sebagai masa untuk “membalas dendam”, lalu tidur sehingga fajar meninggi.
Bayangkan setiap hari kita habiskan masa dengan menonton televisyen atau bersembang perkara yang sia-sia sehingga lewat malam atau melayari Internet tanpa tujuan baik yang jelas, hasilnya bukan sahaja kita terlewat tidur dan bangun tidur, malah kita melakukan solat subuh “gajah”! Lebih sedih lagi , solat subuh tersebut telah luput waktunya, langsung tidak diganti tanpa rasa bersalah. Esok perbuatan yang sama berulang kembali.
Mengapa ini berlaku? Sedarkah bahawa ini perkara mazmumah yang kita buat hari-hari? Adakah ini telah biasa dilakukan dijadikan sebagai tabiat?
Marilah sama-sama kita melakukan perubahan dan teruskan membaiki diri serta mengajak orang lain untuk sama-sama mentranformasikan diri dahulu. Semoga hidup kita diberkhati Allah dan terhindar daripada golongan yang rugi.
Sesiapa yang amalannya pada hari ini lebih baik daripada semalam, dia adalah orang yang beruntung. Sesiapa yang amalannya pada hari ini sama dengan semalam, dia dikalangan orang yang rugi. Sesiapa yang hari ini lebih teruk daripada semalam, dia tergolong dalam golongan yang dilaknat oleh Allah s.w.t. Nauzubillah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “wahai anakku, bangunlah dan hadapilah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari.” ( Riwayat al-Baihaqi)
p/s: semoga dengan ini semua kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Penghijrahan yang ikhlas akan dibalas dengan jutaan rahmat daripada Allah s.w.t…. Sama-sama kita mentranformasikan diri terdahulu sebelum mentranformasikan Negara…

 
2 Komen

Posted by di 3 Oktober 2011 in AGAMA, APA JUA, ISU SEMASA, Kehidupan, Mencari Makna Hidup

 

Kisah KaTaK

Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap. Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu, akibat tidak berhati-hati ketika melompat.

Mereka melihat kedalaman perigi tersebut, ternyata ia sangat dalam. Pantas mereka sepakat, sudah tiada harapan. “ Kamu tawakal sahaja lah, mungkin itu nasib kamu!”. Jerit katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam peigi itu.

“ Kami pun tidak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas,” kata katak yang lain.

“itulah kamu, kenapa cuai sangat ketika melompat, itulah padahnya”, kata katak yang lain.
Namun kedua-dua ekor katak tersebut tetap berusaha naik ke atas dengan melompat masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara-suara yang hanya membunuh harapan mereka.

Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak telah berputus asa. Badanya sakit-sakit dan lenguh akibat melompat tidak henti-henti. Tenaganya pula makin lemah. Dia hanya mampu tersandar pada dinding perigi. Ditambah pula semangat lumpuh dek kata-kata yang membunuh semangat mereka.

Tidak berapa lama kemudiaan katak tersebut mati. Kumpulan katak-katak hanya mampu melihat dari atas. Melihat rakannya yang telah mati, katak seekor lagi meneruskan lompat.

“kamu tak Nampak ke kawan kamu tu dah mati? Kamu pun akan menyusul sama”.

“simpan saje tenaga yang kau ada”.

“buat kali terakhir, kamu mahu makan apa? Nanti kami sediakan untuk kamu”. Kata katak-katak dari atas.
Namun katak itu tidak memperdulikan kata-kata kawanya itu. Dia terus melompat. Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan Berjaya keluar.

Takjub melihat apa yang berlaku, seekor katak menemu ramah: “kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima hakikat yang mungkin kamu jua akan tetap mati?”.

“sebenarnya telinga saya kurang dengar. Saya ingatkan kamu semua member semangat kepada saya untuk terus melompat. saya melihat mulut kamu menjerit sesuatu, seolah-olah memberi semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha untuk keluar”.

PENGAJARAN : YOU’RE WHAT YOU THINK. Kadangkala, tersalah sangka juga ada manfaatnya, terutama apabila kita menyangka niat seseorang yang jahat itu sebenarnya baik untuk kita, lalu kita mendapat manfaat daripadanya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 September 2011 in Kehidupan, Mencari Makna Hidup

 

MAHMUDAH ~ cermat dan tips cermat ~

islam amat menitikberatkan soal berjimat cermat. Hatta dalam soal menggunakan air bagi tujuan berwuduk juga masih ada tuntutan untuk berjimat. Ini disebutkan dalam hadis ketika Rasulullah s.a.w menegur sa’ad kerana boros ketika menggunakan air.

sa’ad bertanya: “Apakah terhadap air (ketika berwudhuk) juga dikatakan membazir?” Nabi s.a.w bersabda: “Ya, walaupun apabila engkau berada dalam sungai yang mengalir.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah).

semasa bulan Ramadhan, kita kadangkala terlalu memandang berat urusan dunia. lebih-lebih lagi apabila berada pada penghujung ramadhan. kita kurang berkira-kira soal membeli juadah berbuka, berbelanja barang keperluan hari raya seperti baju raya, kuih raya dll.

tuntutan supaya menahan nafsu daripada sibuk memikirkan perkara keduniaan sewajarnya diambil berat. apalah erti puasa kalau tuntutan nafsu tidak cuba diselia lebih berhati-hati ketika berbelanja.

TIPS MENJADI ORANG CERMAT KETIKA RAMADHAN:
1. BERTUKAR-TUKAR HIDANGAN DENGAN JIRAN TERTANGGA.
2. ELAKKAN BERBUKA PUASA DI TEMPAT MEWAH.
3. SEKALI SEKALA BERBUKA PUASA DI MASJID
4. BAGI YANG TINGGAL DI RUMAH SEWA BUJANG, BERKONGSI WANG UNTUK MEMBERLI KEPERLUAN BERBUKA.
5. SEBELUM MEMBELI, SEDIAKAN SENARAI HARGA BARANG TERKINI, TEMPAT YANG MURAH DAN SEBAGAINYA.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 September 2011 in AGAMA, APA JUA, Kehidupan

 

Kasih Ibu

kasih sayang seorang ibu sangat berharga… kasih sayang seorang ibulah yang membawa ke syurga. tulah dikatakan syurga terletak di telapak kaki ibu…

tapi?
aku tertanya-tanya… adakah anak-anak zaman nijam(kini) menghargai kasih sayang seorang ibu??? ibu sanggup bergolok bergadai demi anak-anak. ibu sanggup melupakan hasrat untuk menunaikan umrah demi anak-anak. ibu sanggup membiarkan rumahnya roboh di makan anai-anai demi anak-anaknya. semuanya adalah kerana ingin melihat anak-anaknya tidak merempat.

tapi adakah anak-anak terfikir benda yang sama?? adakah anak-anak sanggup bergolok bergadai untuk membina rumah ibu?? bergadai harta untuk membenarkan ibu pergi menunaikan umrah??
semuanya adalah tinggal persoalan… malangnya nasib si ibu… yang ada adalah anak-anak yang hanya sanggup mengadaikan harta ibu demi melepaskan kesesakan yang dihadapi…

Ya Allah, aku bersyukur padaMU kerana kurniakan aku seorang ibu… InsyaAllah, akan ku balas segala jasamu IBU….

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 September 2011 in APA JUA, Kehidupan, LUAHAN RASA

 

Percaturan Politik Syaitan…

Tersebut di dalam kitab ‘Al-Arais’ karangan Abi Ishak,halaman 29,maksudnya : Diceritakan bahawasanya iblis berkata kepada Allah swt.

Iblis : Hai Tuhanku,telah Engkau laknat akan aku,telah Engkau keluarkan aku dari syurga,telah Engkau jadikan aku daripada syaitan yang dilontar dan dicela,padahal kepada Bani Adam telah Engkau bangkitkan para Rasul,maka siapakah Rasul-rasulku?

Allah swt : Rasul-rasulmu ialah tukang tenung.

Iblis : Apakah kitab-kitabku?

Allah swt : Wasyam,iaitu hikayat dan dongengan (mitos)

Iblis : Apakah hadisku?

Allah swt : Hadismu ialah dusta.

Iblis : Apakah bacaanku?

Allah swt : Baccanmu ialah syair.

Iblis : Siapakah tukang azan bagiku?

Allah swt : Tukang azanmu ialah seruling dan serunai (mizmar)

Iblis : Apakah rumahku?

Allah swt :Rumahmu ialah tandas.

Iblis : Apakah makananku?

Allah swt : Makanan yang tidak dibaca Bismillah ke atasnya.

Iblis : Apakah minumanku?

Allah swt : Minuman yang memabukkan.

Iblis : Siapakah jaringku?

Allah swt : Jaringmu ialah perempuan

Dari Wahab bin Munabbah,dia berkata,”Allah swt telah menyuruh iblis mengunjungi Rasulullah saw dan menyuruh iblis menjawab segala pertanyaan dari Rasulullah saw. Maka sampailah iblis sebagai orang tua dan memegang sebatang tongkat.

Nabi Muhammad saw : Siapakah engkau?

Iblis : Aku adalah iblis.

Nabi Muhammad saw : Mengapa engkau datang ke sini?

Iblis : Sesungguhnya aku telah disuruh Allah mengunjungi tuan dan aku dimestikan menjawab segala pertanyaan tuan.

Nabi Muhammad saw : Berapa ramaikah musuhmu dari umatku?

Iblis : Ada 15 jenis musuhku :

1. Engkau sendiri (Rasulullah saw)
2. Raja yang adil
3. Orang kaya yang merendah diri
4.Saudagar yang jujur
5. Orang alim yang benar menjunjung perintah Allah swt
6. Orang Mukmin yang selalu menasihati orang
7. Orang Mukmin yang pemurah
8. Orang yang bertaubat bersungguh sungguh dan tetap dalam taubatnya
9. Orang yang tidak suka benda yang haram
10. Orang yang sentiasa berwudhu
11. Orang Mukmin yang banyak sedekahnya
12. Orang Mukmin yang baik pekertinya
13. Orang Mukmin yang menolong orang yang berhajat
14. Pembawa Al-Quran yang selalu membacanya
15. Orang Mukmin yang asyik beribadat di waktu malam hari sedang orang lain nyenyak tidur

Nabi Muhammad saw : Siapakah sahabat-sahabatmu?

Iblis : Sahabat-sahabatku ada 10 jenisnya :

1. Sultan yang zalim
2. Orang kaya yang sombong
3. Saudagar yang khianat
4. Peminum arak
5. Orang yang selalu berkelahi
6. Orang yang mengerjakan zina
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. Orang yang meringankan solat
9. Orang yang menahan zakat
10. Orang yang menganggap dirinya akan berumur panjang

p/s: Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang bersahabat dengan iblis,sebaliknya termasuk dalam golongan yang bersahabat dengan Rasulullah saw. Amin Ya Rabb.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Ogos 2011 in AGAMA, APA JUA, ISU SEMASA, Kehidupan

 

PESAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP WANITA

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Hayatilah wahai muslimah…semoga kita dapat memelihara diri kita dari godaan duniawi,,,dan hiasi diri dengan iman dan taqwa serta akhlak islam yg telah memartabatkan wanita setelah kedatangan Rasulullah SAW….

wallahu taa’la a’la waa’lam..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 Ogos 2011 in AGAMA, Kehidupan