RSS

Category Archives: AGAMA

Mekar Bersama Rindu

Desir-desir angin

menimbul seribu angin

terasa meresap sukma cinta

membakar hatiku yang dingin

Desir-desir daun

Melarik pohon merimbun

meransang rindu bertemu

bilakah cinta akan bertamu?

Ah…bila cinta yang SATU

mudahlah kita bertemu

jauh pun bukan alasan

pada satu pertemuan

Dalam solat aku doakanmu…

Walau jarak kita beribu batu

Munajat ini mekar bersama rindu.

 

Baitul Muslim

Puisi Saat Hati Kita Bersatu, Kala Jiwa Mereka Terlena.

Ramai yang hanya memikirkan keindahan,
tanpa memandang kesukaran mendapatkannya,
mereka bermimpi di dalam lena,
menyangka dengan berdoa dan berharap tercapai segala-gala.

Baitul Muslim,
keluarga bahagia,
cinta dan kasih sayang,
keredhaan Yang Maha Esa,
ramai menyangka dengan semudah berangan,
semua akan hadir dengan sendirinya,
ramai berfikir dengan hanya banyak berbicara akannya,
semua akan wujud di dalam kehidupannya.

Namun ramai bermimpi di dalam lena mereka.

Sedang kita bersatu dengan kesukaran,
bertemankan keringat dan air mata,
diri penuh dosa, namun tidak segan berusaha merapatiNya,
mendisiplinkan diri dan mematangkan minda,
membersihkan hati dan memperkasakan jiwa,
bukan sekadar tahu bicara persediaan akhirat,
namun dunia dipertimbangkan jua,
bersabar dengan masa dan segala halangan,
bukan tahu merungut dan menghambur dalil semata-mata.

Ramai tidak menyedari,
kita bersatu kerana membina ummah baginda,
kahwin adalah dakwah,
rumahtangga adalah tarbiyahnya,
perkahwinan hanya sehari,
kehidupan bersama itu harapnya hingga ke syurga.

Maka bagaimana boleh didapati,
dengan jiwa yang terlena?

Kita bersatu dengan usaha yang gigih,
hingga pernah gigi diketap,
dan mata basah dengan tangis,
jiwa bergegar dengan resah,
dan dahi lekat ke bumi mohon rahmatNya direnjis.

Ini bukan permainan orang-orang yang lena,
ini bukan perkara yang indah seindah mimpi,
ini adalah realiti dan perjuangan hakikatnya,
ini adalah yang diisi dengan onak dan duri yang menyakitkan kita.

Mengharungi semua itu,
kita bersatu dan bahagia,
bukan semakin resah,
dengan 1001 asam garam rumahtangga.

Terus bergerak mencari redhaNya.

copy from ~ Hilal Asyraf ~

p/s : semoga Allah menunjukkan aku suatu jalan yang diredhaiNYA. Aminnn

 
 

What You Give, You Get Back

Lamanya tak update Blog ni… terasa kaku dan kelu pulak nak menaip… Kalu rumah yang dah tinggal lama pasti dah bersawang… hihi. Sepanjang kehidupan yang dilalui pelbagai liku yang telah dilalui… Mai sini kawan-kawan, saya nak berkongsi cerita sikit…

Seorang lelaki yang terkenal sebagai seorang yang lurus bendul membeli sebuah perangkap tikus. Tikus yang bermaharajalela ingin diperanginya.
Namun sebaik sahaja tiba di rumah, tiba-tiba dia teringat bahawa dia terlupa membeli umpanya. Sangkanya, umpan tikus mestilah keju sebagaimana yang dipersembahkan dalam cerita kartun.
Disebabkan terlupa membeli keju, maka dia beralih pada pelan B. Dicarinya majalah – majalah lama. Setelah menemui apa yang dicari, lelaki tersebut mengunting sekeping gambar keju. Fikirnya, itu idea yang bernas kerana pasti tikus itu terperangkap nanti. Apa lagi, dilekatkan gambar keju pada perangkap tikus tersebut.
Keesokkan harinya lelaki yang lurus itu memeriksa jeratnya. Ya, berhasil!!! Seekor tikus Berjaya diperangkapnya. Tetapi, ia hanyalah gambar seekor tikus yang diletakkan berdekatan gambar sekeping keju.

Pengajaran : Jika mahukan hasil yang lumayan, maka usaha juga harus lumayan @ berganda. Jika sekadar melabuhkan usaha yang ala kadar, maka hasilnya juga ala kadar.

 

KeSaLaHan DaLaM BeRtAuBaT

MAHU BERTAUBAT TETAPI MENUNDA TAUBAT
Seharusnya tidak dilewatkan bertaubat kepada Allah kerana itu merupakan kewajipan setiap Muslim yang berdosa. Ini bertujuan supaya ia tidak menjadi “pembungkus” hati sehingga dosa sukar dihapus.

LALAI DAN TERLUPA UNTUK BERTAUBAT
Ramai antara kita tidak pernah terlintas sama sekali telah berdosa kepada Allah, lantas lalai untuk bertaubat kepada Allah.

ENGGAN BERTAUBAT KERANA KHUATIR AKAN MELAKUKANNYA LAGI
Seseorang telah berbuat dosa kepada Allah dan kemudiaan ingin bertaubat, malangnya tidak meneruskannya kerana khuatir akan melakukan dosa itu semula. Persoalannya, adakah kita pasti akan mati dalam keadaan kita sempat bertaubat?

MALU HENDAK BERTAUBAT
Antara ujian bagi orang yang ingin bertaubat ialah pandangan dan celaan daripada mereka yang tidak memahami Islam. Jika benar-benar kita jujur dengan tindakan serta berbekalkan sifat sabar, lama-kelamaan kita akan mudah menghadapi semua ujian tersebut.

BERANI BUAT MAKSIAT LAGI KERANA RAHMAT ALLAH LUAS
Rahmat dan kasih sayang Allah bersama dengan orang yang baik, bukan dengan mereka yang lalai dan suka melakukan kemasiatan pada Allah.

TERTIPU DENGAN AHLI MAKSIAT
Janganlah berasa hairan melihat mereka yang terus-menerus melakukan maksiat tanpa ada balasan daripada Allah, bahkan mereka diberi nikmat di dunia. Mereka memiliki kesemua itu sebagai pemilikan sementara sebelum mereka di azab pada hari kiamat nanti.

BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH
Ada pelaku maksiat yang bertaubat dan kemudiaan kembali melakukan dosa dan bertaubat semula berulang berulang kali. Akhirnya membawa kepada berputus asa daripada rahmat Allah kerana merasakan dirinya ditakdirkan begitu. Sikap berputus asa daripada rahmat Allah seharusnya dielakkan, malahan terus berusaha kerana inilah sikap seorang Muslim.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasululllah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Seorang hamba melakukan satu dosa lalu ia berkata: “Wahai Rab, aku melakukan dosa maka ampunilah aku.” Maka Allah berkata, “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa da menghapuskannya? Aku telah mengampuni hambaKU.’ Kemudiaan setelah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata. “ Wahai Rab, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.’ Allah kemudiaan berkata: ‘Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hambaKu.’ Kemudiaan setelah beberapa ketika, ia melakukan dosa lagi dan berkata; ‘ Wahai Rab, Aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.’ Allah berfirman: ‘Apakah hambaKU tahu bahawa Dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hambaKu – sebanyak tiga kali- maka lakukanlah apa yang disukainya.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 
1 Komen

Posted by di 4 Januari 2012 in AGAMA, Kehidupan

 

MaZmuMAh – BaNGuN LeWaT –

Jika difikirkan tentang tanggungjawab yang perlu diselesaikan sehari- hari sudah tentu kita tidak mahu terlewat bangun tidur. Kata- kata imam Hasan al-Banna bahawa tanggungjawab yang perlu dilunasi melebihi masa yang ada, harus direnungi. Sayangnya, apabila ada juga yang mengambil kesempatan hari cuti sebagai masa untuk “membalas dendam”, lalu tidur sehingga fajar meninggi.
Bayangkan setiap hari kita habiskan masa dengan menonton televisyen atau bersembang perkara yang sia-sia sehingga lewat malam atau melayari Internet tanpa tujuan baik yang jelas, hasilnya bukan sahaja kita terlewat tidur dan bangun tidur, malah kita melakukan solat subuh “gajah”! Lebih sedih lagi , solat subuh tersebut telah luput waktunya, langsung tidak diganti tanpa rasa bersalah. Esok perbuatan yang sama berulang kembali.
Mengapa ini berlaku? Sedarkah bahawa ini perkara mazmumah yang kita buat hari-hari? Adakah ini telah biasa dilakukan dijadikan sebagai tabiat?
Marilah sama-sama kita melakukan perubahan dan teruskan membaiki diri serta mengajak orang lain untuk sama-sama mentranformasikan diri dahulu. Semoga hidup kita diberkhati Allah dan terhindar daripada golongan yang rugi.
Sesiapa yang amalannya pada hari ini lebih baik daripada semalam, dia adalah orang yang beruntung. Sesiapa yang amalannya pada hari ini sama dengan semalam, dia dikalangan orang yang rugi. Sesiapa yang hari ini lebih teruk daripada semalam, dia tergolong dalam golongan yang dilaknat oleh Allah s.w.t. Nauzubillah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “wahai anakku, bangunlah dan hadapilah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari.” ( Riwayat al-Baihaqi)
p/s: semoga dengan ini semua kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Penghijrahan yang ikhlas akan dibalas dengan jutaan rahmat daripada Allah s.w.t…. Sama-sama kita mentranformasikan diri terdahulu sebelum mentranformasikan Negara…

 
2 Komen

Posted by di 3 Oktober 2011 in AGAMA, APA JUA, ISU SEMASA, Kehidupan, Mencari Makna Hidup

 

MAHMUDAH ~ cermat dan tips cermat ~

islam amat menitikberatkan soal berjimat cermat. Hatta dalam soal menggunakan air bagi tujuan berwuduk juga masih ada tuntutan untuk berjimat. Ini disebutkan dalam hadis ketika Rasulullah s.a.w menegur sa’ad kerana boros ketika menggunakan air.

sa’ad bertanya: “Apakah terhadap air (ketika berwudhuk) juga dikatakan membazir?” Nabi s.a.w bersabda: “Ya, walaupun apabila engkau berada dalam sungai yang mengalir.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah).

semasa bulan Ramadhan, kita kadangkala terlalu memandang berat urusan dunia. lebih-lebih lagi apabila berada pada penghujung ramadhan. kita kurang berkira-kira soal membeli juadah berbuka, berbelanja barang keperluan hari raya seperti baju raya, kuih raya dll.

tuntutan supaya menahan nafsu daripada sibuk memikirkan perkara keduniaan sewajarnya diambil berat. apalah erti puasa kalau tuntutan nafsu tidak cuba diselia lebih berhati-hati ketika berbelanja.

TIPS MENJADI ORANG CERMAT KETIKA RAMADHAN:
1. BERTUKAR-TUKAR HIDANGAN DENGAN JIRAN TERTANGGA.
2. ELAKKAN BERBUKA PUASA DI TEMPAT MEWAH.
3. SEKALI SEKALA BERBUKA PUASA DI MASJID
4. BAGI YANG TINGGAL DI RUMAH SEWA BUJANG, BERKONGSI WANG UNTUK MEMBERLI KEPERLUAN BERBUKA.
5. SEBELUM MEMBELI, SEDIAKAN SENARAI HARGA BARANG TERKINI, TEMPAT YANG MURAH DAN SEBAGAINYA.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 September 2011 in AGAMA, APA JUA, Kehidupan

 

Percaturan Politik Syaitan…

Tersebut di dalam kitab ‘Al-Arais’ karangan Abi Ishak,halaman 29,maksudnya : Diceritakan bahawasanya iblis berkata kepada Allah swt.

Iblis : Hai Tuhanku,telah Engkau laknat akan aku,telah Engkau keluarkan aku dari syurga,telah Engkau jadikan aku daripada syaitan yang dilontar dan dicela,padahal kepada Bani Adam telah Engkau bangkitkan para Rasul,maka siapakah Rasul-rasulku?

Allah swt : Rasul-rasulmu ialah tukang tenung.

Iblis : Apakah kitab-kitabku?

Allah swt : Wasyam,iaitu hikayat dan dongengan (mitos)

Iblis : Apakah hadisku?

Allah swt : Hadismu ialah dusta.

Iblis : Apakah bacaanku?

Allah swt : Baccanmu ialah syair.

Iblis : Siapakah tukang azan bagiku?

Allah swt : Tukang azanmu ialah seruling dan serunai (mizmar)

Iblis : Apakah rumahku?

Allah swt :Rumahmu ialah tandas.

Iblis : Apakah makananku?

Allah swt : Makanan yang tidak dibaca Bismillah ke atasnya.

Iblis : Apakah minumanku?

Allah swt : Minuman yang memabukkan.

Iblis : Siapakah jaringku?

Allah swt : Jaringmu ialah perempuan

Dari Wahab bin Munabbah,dia berkata,”Allah swt telah menyuruh iblis mengunjungi Rasulullah saw dan menyuruh iblis menjawab segala pertanyaan dari Rasulullah saw. Maka sampailah iblis sebagai orang tua dan memegang sebatang tongkat.

Nabi Muhammad saw : Siapakah engkau?

Iblis : Aku adalah iblis.

Nabi Muhammad saw : Mengapa engkau datang ke sini?

Iblis : Sesungguhnya aku telah disuruh Allah mengunjungi tuan dan aku dimestikan menjawab segala pertanyaan tuan.

Nabi Muhammad saw : Berapa ramaikah musuhmu dari umatku?

Iblis : Ada 15 jenis musuhku :

1. Engkau sendiri (Rasulullah saw)
2. Raja yang adil
3. Orang kaya yang merendah diri
4.Saudagar yang jujur
5. Orang alim yang benar menjunjung perintah Allah swt
6. Orang Mukmin yang selalu menasihati orang
7. Orang Mukmin yang pemurah
8. Orang yang bertaubat bersungguh sungguh dan tetap dalam taubatnya
9. Orang yang tidak suka benda yang haram
10. Orang yang sentiasa berwudhu
11. Orang Mukmin yang banyak sedekahnya
12. Orang Mukmin yang baik pekertinya
13. Orang Mukmin yang menolong orang yang berhajat
14. Pembawa Al-Quran yang selalu membacanya
15. Orang Mukmin yang asyik beribadat di waktu malam hari sedang orang lain nyenyak tidur

Nabi Muhammad saw : Siapakah sahabat-sahabatmu?

Iblis : Sahabat-sahabatku ada 10 jenisnya :

1. Sultan yang zalim
2. Orang kaya yang sombong
3. Saudagar yang khianat
4. Peminum arak
5. Orang yang selalu berkelahi
6. Orang yang mengerjakan zina
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. Orang yang meringankan solat
9. Orang yang menahan zakat
10. Orang yang menganggap dirinya akan berumur panjang

p/s: Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang bersahabat dengan iblis,sebaliknya termasuk dalam golongan yang bersahabat dengan Rasulullah saw. Amin Ya Rabb.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Ogos 2011 in AGAMA, APA JUA, ISU SEMASA, Kehidupan