RSS

Monthly Archives: Februari 2013

ENGKAU KEKASIH MEWANGI KASTURI

Lahirmu ke dunia diiring harapan,

Bintang dan bulan indah gemerlapan,

Cahayamu terpancar bukan buatan,

Tapi anugerah mulia ciptaan tuhan,

Engkalulah sejarah dalam peradaban,

Berkembang dalam empayar ingatan.

 

Dunia yang pudar, gelap dan hambar,

Kini benderang, mekar dan segar,

Rimba kejahilan yang dulu terhampar,

Kini menghijau dan megah tercuar,

Lantaran kebenaran yang tinggi bersinar,

Segala yang mungkar menjadi iktibar.

 

Cahayamu kekasihku mengapung setinggi gunung,

Namamu kekasihku gemilang dipuja disanjung,

Selagi irama agamamu semilir bersenandung,

Cinta padamu tetap abadi terjunjung.

 

Engkau junjungan insane yang berani,

Memurup agama di puncak mewangi,

Insan istimewa ikhlas menghamba diri,

Atas hayat jahada engkau berdiri,

Tanpa janji tahta di bingkai pelangi,

Tanpa imbalan harta mewangi kasturi.

 

Engkau junjungan kekasih yang satu,

Luhur pekertimu molek bak baldu,

Walau semakin jauh masa berlalu,

Cemerlang namamu tersemat di kalbu,

Salam dan selawat mengiringmu selalu,

Semoga bertemu di alam yang baru.

Imej

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 Februari 2013 in Pelbagai