RSS

Lebih Makan vs Tidak Makan

10 Sep

Lihatlah betapa berleluasanya pembaziran makanan dalam kalangan umat Islam kini. Ironinya, lebih ramai umat islam mati kerana makan berlebihan daripada yang kekurangan makanan. Ketika berbuka puasa misalnya, betapa banyak makanan yang terbuang. Akibat sikap rakus, banyak makanan yang tidak termakan.

 

Bayangkan, jika nilai makanan yang terbuang ialah RM5. Jika sejuta umat islam di Malaysia yang melakukannya, kita telah membazirkan RM5,000,000 sehari! Bayangkan juga manfaat RM5,000,000 juta itu jika diberikan kepada saudara Islam kita di Palestin, Sudan, Rohinga dan sebagainya. Itu baru iftar untuk satu hari, bagaimana pula untuk 30 hari?

Hakikatnya, makanan daripada Allah sentiasa memenuhi keperluan manusia walau seramai mana pun jumlahnya. Namun, berlaku keadaan yang tidak mencukupi ini kerana ada segolongan manusia yang mengambil lebih daripada keperluan mereka. Mengikut kajian, segelintir manusia yang kaya-raya telah memonopoli hampir 80% sumber alam di dunia berbanding majoriti orang miskin.

Maksudnya, rezeki itu sangat mencukupi tetapi cara pengagihan rezeki tersebut tidak betul. Si kaya mengambil secara berlebihan, manakal si miskin tertinggal kebuluran. Akibatnya, ramai yang mati kerana terlebih makan akibat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan lain-lain berbanding yang mati kebuluran !

Imej

 

Imej

p/s: sama-sama memuhasabah diri, agar diri kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan. Rezeki yang kita miliki bukan untuk kita seorang, tetapi didalam rezeki yang kita miliki ada hak orang lain yang memerlukannya.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 September 2012 in Pelbagai

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: