RSS

Monthly Archives: Ogos 2012

Baitul Muslim

Puisi Saat Hati Kita Bersatu, Kala Jiwa Mereka Terlena.

Ramai yang hanya memikirkan keindahan,
tanpa memandang kesukaran mendapatkannya,
mereka bermimpi di dalam lena,
menyangka dengan berdoa dan berharap tercapai segala-gala.

Baitul Muslim,
keluarga bahagia,
cinta dan kasih sayang,
keredhaan Yang Maha Esa,
ramai menyangka dengan semudah berangan,
semua akan hadir dengan sendirinya,
ramai berfikir dengan hanya banyak berbicara akannya,
semua akan wujud di dalam kehidupannya.

Namun ramai bermimpi di dalam lena mereka.

Sedang kita bersatu dengan kesukaran,
bertemankan keringat dan air mata,
diri penuh dosa, namun tidak segan berusaha merapatiNya,
mendisiplinkan diri dan mematangkan minda,
membersihkan hati dan memperkasakan jiwa,
bukan sekadar tahu bicara persediaan akhirat,
namun dunia dipertimbangkan jua,
bersabar dengan masa dan segala halangan,
bukan tahu merungut dan menghambur dalil semata-mata.

Ramai tidak menyedari,
kita bersatu kerana membina ummah baginda,
kahwin adalah dakwah,
rumahtangga adalah tarbiyahnya,
perkahwinan hanya sehari,
kehidupan bersama itu harapnya hingga ke syurga.

Maka bagaimana boleh didapati,
dengan jiwa yang terlena?

Kita bersatu dengan usaha yang gigih,
hingga pernah gigi diketap,
dan mata basah dengan tangis,
jiwa bergegar dengan resah,
dan dahi lekat ke bumi mohon rahmatNya direnjis.

Ini bukan permainan orang-orang yang lena,
ini bukan perkara yang indah seindah mimpi,
ini adalah realiti dan perjuangan hakikatnya,
ini adalah yang diisi dengan onak dan duri yang menyakitkan kita.

Mengharungi semua itu,
kita bersatu dan bahagia,
bukan semakin resah,
dengan 1001 asam garam rumahtangga.

Terus bergerak mencari redhaNya.

copy from ~ Hilal Asyraf ~

p/s : semoga Allah menunjukkan aku suatu jalan yang diredhaiNYA. Aminnn

Advertisements
 
 

10 Malam Terakhir

Imej

Bulan ramadhan bagi tahun1433 Hijrah bakal melabuhkan tirainya. Hati sayu tidak tahu mengapa. Takut andai ini ramadhan yang terakhir buatku… Andai ini ramadhan yang terakhir buatku, kau berkhatilah aku pada penghujung ramadhan ini agar aku sentiasa istiqamah beramal ibadah kepadaMU…

Imej

Imej

dengan izinMU Ya Allah, Aku mengharapkan kurniaanMU dengan Malam Lailatulqadar Mu…

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 Ogos 2012 in Pelbagai