RSS

Monthly Archives: Januari 2012

KeSaLaHan DaLaM BeRtAuBaT

MAHU BERTAUBAT TETAPI MENUNDA TAUBAT
Seharusnya tidak dilewatkan bertaubat kepada Allah kerana itu merupakan kewajipan setiap Muslim yang berdosa. Ini bertujuan supaya ia tidak menjadi “pembungkus” hati sehingga dosa sukar dihapus.

LALAI DAN TERLUPA UNTUK BERTAUBAT
Ramai antara kita tidak pernah terlintas sama sekali telah berdosa kepada Allah, lantas lalai untuk bertaubat kepada Allah.

ENGGAN BERTAUBAT KERANA KHUATIR AKAN MELAKUKANNYA LAGI
Seseorang telah berbuat dosa kepada Allah dan kemudiaan ingin bertaubat, malangnya tidak meneruskannya kerana khuatir akan melakukan dosa itu semula. Persoalannya, adakah kita pasti akan mati dalam keadaan kita sempat bertaubat?

MALU HENDAK BERTAUBAT
Antara ujian bagi orang yang ingin bertaubat ialah pandangan dan celaan daripada mereka yang tidak memahami Islam. Jika benar-benar kita jujur dengan tindakan serta berbekalkan sifat sabar, lama-kelamaan kita akan mudah menghadapi semua ujian tersebut.

BERANI BUAT MAKSIAT LAGI KERANA RAHMAT ALLAH LUAS
Rahmat dan kasih sayang Allah bersama dengan orang yang baik, bukan dengan mereka yang lalai dan suka melakukan kemasiatan pada Allah.

TERTIPU DENGAN AHLI MAKSIAT
Janganlah berasa hairan melihat mereka yang terus-menerus melakukan maksiat tanpa ada balasan daripada Allah, bahkan mereka diberi nikmat di dunia. Mereka memiliki kesemua itu sebagai pemilikan sementara sebelum mereka di azab pada hari kiamat nanti.

BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH
Ada pelaku maksiat yang bertaubat dan kemudiaan kembali melakukan dosa dan bertaubat semula berulang berulang kali. Akhirnya membawa kepada berputus asa daripada rahmat Allah kerana merasakan dirinya ditakdirkan begitu. Sikap berputus asa daripada rahmat Allah seharusnya dielakkan, malahan terus berusaha kerana inilah sikap seorang Muslim.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasululllah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Seorang hamba melakukan satu dosa lalu ia berkata: “Wahai Rab, aku melakukan dosa maka ampunilah aku.” Maka Allah berkata, “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa da menghapuskannya? Aku telah mengampuni hambaKU.’ Kemudiaan setelah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata. “ Wahai Rab, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.’ Allah kemudiaan berkata: ‘Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hambaKu.’ Kemudiaan setelah beberapa ketika, ia melakukan dosa lagi dan berkata; ‘ Wahai Rab, Aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.’ Allah berfirman: ‘Apakah hambaKU tahu bahawa Dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hambaKu – sebanyak tiga kali- maka lakukanlah apa yang disukainya.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Advertisements
 
1 Komen

Posted by di 4 Januari 2012 in AGAMA, Kehidupan