RSS

Monthly Archives: Ogos 2011

Percaturan Politik Syaitan…

Tersebut di dalam kitab ‘Al-Arais’ karangan Abi Ishak,halaman 29,maksudnya : Diceritakan bahawasanya iblis berkata kepada Allah swt.

Iblis : Hai Tuhanku,telah Engkau laknat akan aku,telah Engkau keluarkan aku dari syurga,telah Engkau jadikan aku daripada syaitan yang dilontar dan dicela,padahal kepada Bani Adam telah Engkau bangkitkan para Rasul,maka siapakah Rasul-rasulku?

Allah swt : Rasul-rasulmu ialah tukang tenung.

Iblis : Apakah kitab-kitabku?

Allah swt : Wasyam,iaitu hikayat dan dongengan (mitos)

Iblis : Apakah hadisku?

Allah swt : Hadismu ialah dusta.

Iblis : Apakah bacaanku?

Allah swt : Baccanmu ialah syair.

Iblis : Siapakah tukang azan bagiku?

Allah swt : Tukang azanmu ialah seruling dan serunai (mizmar)

Iblis : Apakah rumahku?

Allah swt :Rumahmu ialah tandas.

Iblis : Apakah makananku?

Allah swt : Makanan yang tidak dibaca Bismillah ke atasnya.

Iblis : Apakah minumanku?

Allah swt : Minuman yang memabukkan.

Iblis : Siapakah jaringku?

Allah swt : Jaringmu ialah perempuan

Dari Wahab bin Munabbah,dia berkata,”Allah swt telah menyuruh iblis mengunjungi Rasulullah saw dan menyuruh iblis menjawab segala pertanyaan dari Rasulullah saw. Maka sampailah iblis sebagai orang tua dan memegang sebatang tongkat.

Nabi Muhammad saw : Siapakah engkau?

Iblis : Aku adalah iblis.

Nabi Muhammad saw : Mengapa engkau datang ke sini?

Iblis : Sesungguhnya aku telah disuruh Allah mengunjungi tuan dan aku dimestikan menjawab segala pertanyaan tuan.

Nabi Muhammad saw : Berapa ramaikah musuhmu dari umatku?

Iblis : Ada 15 jenis musuhku :

1. Engkau sendiri (Rasulullah saw)
2. Raja yang adil
3. Orang kaya yang merendah diri
4.Saudagar yang jujur
5. Orang alim yang benar menjunjung perintah Allah swt
6. Orang Mukmin yang selalu menasihati orang
7. Orang Mukmin yang pemurah
8. Orang yang bertaubat bersungguh sungguh dan tetap dalam taubatnya
9. Orang yang tidak suka benda yang haram
10. Orang yang sentiasa berwudhu
11. Orang Mukmin yang banyak sedekahnya
12. Orang Mukmin yang baik pekertinya
13. Orang Mukmin yang menolong orang yang berhajat
14. Pembawa Al-Quran yang selalu membacanya
15. Orang Mukmin yang asyik beribadat di waktu malam hari sedang orang lain nyenyak tidur

Nabi Muhammad saw : Siapakah sahabat-sahabatmu?

Iblis : Sahabat-sahabatku ada 10 jenisnya :

1. Sultan yang zalim
2. Orang kaya yang sombong
3. Saudagar yang khianat
4. Peminum arak
5. Orang yang selalu berkelahi
6. Orang yang mengerjakan zina
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. Orang yang meringankan solat
9. Orang yang menahan zakat
10. Orang yang menganggap dirinya akan berumur panjang

p/s: Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang bersahabat dengan iblis,sebaliknya termasuk dalam golongan yang bersahabat dengan Rasulullah saw. Amin Ya Rabb.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Ogos 2011 in AGAMA, APA JUA, ISU SEMASA, Kehidupan

 

PESAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP WANITA

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Hayatilah wahai muslimah…semoga kita dapat memelihara diri kita dari godaan duniawi,,,dan hiasi diri dengan iman dan taqwa serta akhlak islam yg telah memartabatkan wanita setelah kedatangan Rasulullah SAW….

wallahu taa’la a’la waa’lam..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 Ogos 2011 in AGAMA, Kehidupan