RSS

Monthly Archives: Julai 2011

Hukum Pakai Seluar Bagi Wanita Islam

…..السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hukum pakai seluar bagi perempuan

Dari Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” [sahih Bukhari (5804)]

Hukum ini umum, bagi perempuan dan lelaki. Tetapi seluar perempuan hendaklah berlainan dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri dalam berseluar. Dalilnya:
Terjemahnya: Dari Ibn Abbas ra: ” Dilaknat RasuluLlah ke atas teruna yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai teruna.” [Bukhari, 5885]

Seluar perempuan hendaklah berlainan dari lelaki, misalnya reka bentuknya, longgar dan ada jilbab (outer garment) yang menutupi bentuk badannya, terutama pinggul dan pahanya. Dalilnya:
Dari Abu Hurayrah ra, bahawa Nabi saw pernah melihat ahli Neraka…terdiri dari wanita yang berpakaian tapi (masih) telanjang..”
[sahih Muslim, 2128]

Ini pendapat dalam madzhab Syafi’iy melalui Imam Rafi’iy (syarh alMuhadzaab,5/92).
Tetapi madzhab Hanbali, yang diamalkan di KSA mengharamkan terus pemakaian seluar panjang oleh perempuan (jika tidak mengenakan abaya (pakaian luar). Misalnya Fatawa Mar’atil Muslimah (3/851), begitu juga pendapat al-Albani ketika membuat radd (bantahan) kepada pendapat arRafi’iy dalam alJilbab (159).

KESIMPULANNYA…
Bagi wanita, hukumnya ialah haram memakai seluar tanpa ditutupi dengan jubah atau kain. Ini kerana seluar bukan sahaja menampakkan menampakkan bentuk kaki yang langsing, bahkan menampakkan bentuk punggung yang pejal dan bentuk faraj yang bersegi tiga dan ini secara jujur diungkapkan supaya jelas dan tanpa banyak alasan bagi mereka untuk menghalalkannya.

Jika hendak memakai seluar, seluar itu hendaklah longgar, tidak ketat, tidak menampakkan bentuk badan dan bulatan punggung di belakang hendaklah ditutupi keseluruhannya oleh kain(baju yang dibenarkan syara’ ataupun jubah).

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka memelihara pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan nafsu kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(surah an nur ayat 31)

kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lemah lembut dan manja (semasa bercakap dengan lelaki yang bukan suami kamu) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (yang sesuai dan sopan).(surah al ahzab ayat 32)

sabda rasulullah saw yang bermaksud

“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum lelaki supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

“Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. “Riwayat At-Thabrani, “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu adalah lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

Sabda SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang meminum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.

“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Advertisements
 
 

Aurat Wanita

…..السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Aurat Wanita dari Firman Allah dan Hadis-hadis Nabi

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.”

Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. “An-Nur : 31

5. Gigi
“Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. “Riwayat At-Thabrani, “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.” Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
“Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
– “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” Al Ahzab: 32. Sabda SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi- bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
– “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ” An Nur : 31.

“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” Riwayat Al Bazzar. “Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab : 59.

13. Rambut
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.