RSS

Daily Archives: 4 April 2011

RIAK air dan RIAK manusia

Riak air senang di lihat…

Baik di tasik, sungai mahupun laut..

sesekali riak air seakan berbisik

dalam nada lembut memberitahu

…Riak ku dan riak mu berbeza wahai manusia…

Riak manusia sukar pula di lihat,

Umpama melihat bayang tanpa cahaya,

Jauh tertanam di sanubari

Subur dibaja oleh rasa bangga

Kelak menjadi pucuk pujian manusia

Dan subur menjadi pohon besar yang mengharap nikmat dunia semata

Sering….

Riak yang datang ibarat sang angin,

Sukar untuk dilihat,

Namun tetap ia di rasa…

Walau dalam halusnya menerpa…

Riak yang datang ibarat air,

Dalam tawarnya sungai, wujud pula masinnya laut,

Ia datang menjadi pemisah…

Penghijab amalan si hamba & tuannya…

Riak yang datang ibarat makanan yang lazat,

Dalam alpa menikmatinya,

Terlupa akan bahayanya juga…

Hingga akhirnya meragut nilai dan jiwa..

Riak yang datang ibarat pakaian yang cukup indah,

Dalam sibuk mencuba dan membeleknya,

Terlupa seketika kepada yang membuatnya…

Tenggelamlah dalam rupa bangga pemiliknya…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 April 2011 in APA JUA, ISU SEMASA