RSS

Manusia

08 Mac

Manusia adalah hambaNYA yang tidak terlepas dari melakukan dosa dan maksiat.

Tidak ada manusia yang berada didunia ini terlepas dari melakukan dosa dan maksiat tidak kiralah dosa kecil mahupun dosa besar.Tidak kiralah dari golongan,keturunan atau apa pangkatnya termasuk ahli ahli ibadah juga tidak lekang dari melakukan dosabdan maksiat.Janganlah sesekali kita merasa bersih dari dosa dan yakin bila mati nanti terus masuk syurga kerana selangkah sahaja kita bergerak kita telah terlibat dengan dosa.Malahan perjalanan menuju ke masjid juga ada ketikanya membawa dosa dan tidak berbaloi dengan keinginan untuk mencari redha ALLAH apabila di dalam perjalanan bertembung dengan insan yang berlainan jenis lalu mata saling memandang ..itupun sudah di kira maksiat.

Apakah kita mesti lari dari semua manusia di dunia ini? Apakah kita mesti duduk jauh di dalam hutan untuk mengelakkan bertemu dengan orang lain? Sebagai manusia kita ada keperluan untuk keluar mencari ilmu,mencari rezeki dan berbagai urusan yang lain yang memerlukan kita keluar dari rumah.

Bila memperkatakan soal haram ini,bukan lelaki sahaja yang haram melihat wanita malahan wanita juga haram melihat lelaki walaupun sekadar mengintai dari celah celah dinding atau melihat lelaki buta konon lelaki buta itu tidak nampak mereka.Sesuai dengan satu kisah yang berlaku di zaman Rasulullah. Suatu hari ketika Rasulullah sedang berehat di rumah

bersama Aisyah ra,terdengar orang memberi salam, apabila Rasulullah bangun,Aisyahpun bangun sambil melihat sama di pintu tetapi Rasulullah melarangnya tetapi Aisyah menyata Wahai Rasulullah, itukan Abdulah Makhtum {seorang tukang azan yang buta kedua belah matanya}bukannya boleh melihat tetapi Rasulullah menyatakan dia tidak boleh melihat tetapi engkau boleh.Namun begitu untuk tujuan menuntut ilmu di haruskan.

Terlalu banyak punca punca boleh berlakunya dosa dan maksiat malahan jaraknya sejam,seminit malahan lebih cepat dari sesaat.Subhanallah hidup sentiasa dikelilingi dosa dan maksiat. Inilah yang di katakan oleh Rasulullah SAW:” bahawa akhir akhir zaman ini,maksiat adalah ibarat beras dan kebaikan itu ibarat antah”

Akhir zaman yang di katakan oleh Rasulullah itu Ialah zaman di mana kita berada sekarang Memang telah nyata kita sekarang sedang bergelumang dengan dosa dan maksiat yang tiada kesudahannya oleh itu ALLAH swt menuntut kita untuk membersihkan diri dari gelumang dosa dan maksiat ini dengan bertaubat dan memohom keampunan dari ALLAH setiap masa dengan ikhlas,khusyuk dan tawadduk

Mohonlah pengampunan dari ALLAH walau sebanyaknya dosa dosa kita,Allah yang bersifat penyayang dan pengasih malahan maha pengampun pasti akan menerima taubat hambaNYA walaupun seandainya dosa dosa hambaNYA itu seberat dunia dan sebanyak bintang di langit ALLAH SWT tetap akan membentangkan tangan rahmatnya dan menerima hambanya yang datang kepadaNYA dengan taubat

nasuha itu dengan penuh kasih sayang.Sedarlah bahawa ALLAH SWT amat mencintai hambaNYA dan tidak mahu hambaNYA menderita apabila tiba di akhirat nanti.Hanya manusia yang sifatnya sebagai hamba ini yang tidak pernah sedar dari melakukan dosa dan maksiat.Semoga sebagai manusia yang sentiasa leka dengan dosa dan maksiat ini ,kita dapat berjumpa jalan pulang yang hakiki disisiNYA dan sentiasa dalam redha ALLAH.Carilah ALLAH kerana ALLAH sentiasa ada untuk memberikan kasih sayangNYA kepada kita.

Advertisements
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: