RSS

Jangan Paksa Orang Menerima Pendapat Kita

03 Jan

“Rambut sama hitam, hati lain-lain.” Inilah bunyinya peribahasa Melayu yang sering kita dengar untuk menunjukkan perbezaan pendapat, hati, perasaan dan lain-lain antara sesama manusia. Memang itulah realitinya, Allah menciptakan setiap manusia berlainan antara satu sama lain.
Seseorang itu tidak harus mendesak atau memaksa orang lain untuk menerima dan bersetuju dengan pemikiran yang kita bawa. Malah dalam doktrin islam, kita diajar “tiada paksaan bagi orang bukan islam untuk memeluk islam.” Tetapi perlu difahami bahawa sekali seseorang itu telah memeluk islam, tiada lagi persoalan “tiada paksaan untuk mematuhi perintah Allah”.
Allah Taala berfirman yang bermaksud : “Tiada paksaan dalam memilih agama.” (surah al-Baqarah 256)
Orang yang suka mendesak orang lain supaya menerima pendapatnya, tidak akan dihormati orang lain, malah akan jadi bahan umpatan dan celaan. Sebaliknya berbaik sangka dan meraikan pendapat orang lain menunjukkan pengorbanan emosi dan hati yang amat tinggi. Namun, untuk meraikannya perlu ada batsa tertentu. Yakni ia mestilah tidak bertentangan dengan syariat dan adab-adab islam.
Kaedah usul fiqh ada menyebut: “Apa yang baik itu adalah apabila syarak mengatakan baik dan yang buruk itu adalah sesuatu yang dikatakan buruk oleh syarak”.

sama2 bermuhasabah diri……

Advertisements
 
2 Komen

Posted by di 3 Januari 2011 in AGAMA, Kehidupan, LUAHAN RASA

 

2 responses to “Jangan Paksa Orang Menerima Pendapat Kita

  1. fazilyahaya-->uPm

    5 Januari 2011 at 1:25 am

    benarlah. siapalah kita untuk memaksa orang menerima pendapat kita. lebih baik bercakap tentang pendapat kita, lepas tu biarkan dia berfikir adakah perlu diterima atau ditolak. mungkin hari ini dia tidak dapat menerima, tetapi suatu hari nanti secara sendirinya dia akan menerima pendapat kita. tak perlu paksa pun. itu pun bergantung kepada sejauh mana pendapat kita dikaji berdasarkan ilmu dan dan maklumat yang sahih. kalu just cakap berdasarkan hati dan nafsu sendiri je, jgan harapla orang nak terima. sekian.

    p/s : sila komen blog ak plak.. hahaha

     
    • putraim

      5 Januari 2011 at 1:35 am

      so mksudnya nk bg pndpt kna ade bukti yg shahih ek? hehe

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: