RSS

Monthly Archives: Januari 2011

Sejadah vs Salib

hati-hati :carilah sejadah yang sebaik-baiknye… jangan ada keraguan dalam menggunakan sejadah.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Januari 2011 in AGAMA, ISU SEMASA

 

Jangan Paksa Orang Menerima Pendapat Kita

“Rambut sama hitam, hati lain-lain.” Inilah bunyinya peribahasa Melayu yang sering kita dengar untuk menunjukkan perbezaan pendapat, hati, perasaan dan lain-lain antara sesama manusia. Memang itulah realitinya, Allah menciptakan setiap manusia berlainan antara satu sama lain.
Seseorang itu tidak harus mendesak atau memaksa orang lain untuk menerima dan bersetuju dengan pemikiran yang kita bawa. Malah dalam doktrin islam, kita diajar “tiada paksaan bagi orang bukan islam untuk memeluk islam.” Tetapi perlu difahami bahawa sekali seseorang itu telah memeluk islam, tiada lagi persoalan “tiada paksaan untuk mematuhi perintah Allah”.
Allah Taala berfirman yang bermaksud : “Tiada paksaan dalam memilih agama.” (surah al-Baqarah 256)
Orang yang suka mendesak orang lain supaya menerima pendapatnya, tidak akan dihormati orang lain, malah akan jadi bahan umpatan dan celaan. Sebaliknya berbaik sangka dan meraikan pendapat orang lain menunjukkan pengorbanan emosi dan hati yang amat tinggi. Namun, untuk meraikannya perlu ada batsa tertentu. Yakni ia mestilah tidak bertentangan dengan syariat dan adab-adab islam.
Kaedah usul fiqh ada menyebut: “Apa yang baik itu adalah apabila syarak mengatakan baik dan yang buruk itu adalah sesuatu yang dikatakan buruk oleh syarak”.

sama2 bermuhasabah diri……

 
2 Komen

Posted by di 3 Januari 2011 in AGAMA, Kehidupan, LUAHAN RASA