RSS

MUJAHADAH DAN KELEBIHANYA

07 Dis

Melawan hawa nafsu bagi maksud mengawal, mengurus dan mengendalikannya adalah wajib kerana kita hanya wajar menjadi hamba Allah. Demikian yang dapat difahami daripada kaedah, “tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan sesuatu itu maka sesuatu itu juga menjadi wajib.” Berdasarkan itu, jika kita tidak berbuat demikian, sudah tentu kita akan berdosa. Bukankah syurga itu hanya ada pada mereka yang menundukkan kehendak nafsunya kepada kehendak Allah? Firman Allah yang bermaksud; “Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya yang menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” (surah al-Nazi’at 79: 40-41)
Melawan hawa nafsu juga adalah syarat untuk mendapat pimpinan Allah. Firman Allah yng bermaksud “Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu kerana hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuk jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang yang berbuat baik.” (surah al-ankabut29 : 26)
Kepentingan melawan hawa nafsu ini ditegaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w menerusi sabdanya yang bermaksud : “Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga hawa nafsunya mengikut apa yang aku bawa.” Baginda juga bersabda : “ seseorang mujahid ( orang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.” (Riwayat al-Tarmizi)
Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Ia berasal dari istilah “al-jihad” iaitu berusaha dengan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar.
Sama-sama kita berfikir sejenak, adakah kita sering mengikut kehendak nafsu mahupun sering melawan kehendak nafsu yang bertentangan dengan syariat Allah s.w.t……

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Disember 2010 in AGAMA, Kehidupan

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: