RSS

Kebenaran berkahwin awal

04 Ogo

Kebenaran berkahwin awal bukan untuk semua: Jamil Khir

2010/08/04
PUTRAJAYA: Kebenaran berkahwin untuk pelajar di bawah umur bukan untuk semua tetapi ditentukan mengikut kesesuaian kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata mahkamah syariah berhak meneliti setiap permohonan berkahwin awal yang diterimanya dan memutuskan sama ada keizinan layak diberi atau tidak.
“Dalam Enakmen Majlis Agama Islam dan peruntukan agama Islam hanya lelaki 18 tahun dan perempuan 16 tahun ke atas dibenarkan kahwin tetapi ada kekecualian yang dibenarkan oleh mahkamah syariah untuk mereka yang di bawah umur.
“Tindakan Majlis Agama Islam Melaka itu ada peruntukan undang-undang jadi undang-undang akan tapis mengikut kes,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas tindakan Majlis Agama Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka semalam yang bersetuju dengan kerajaan Melaka untuk memberi kelonggaran bernikah bagi pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan perempuan di bawah 16 tahun, bagi mengatasi masalah hamil luar nikah dan gejala pembuangan bayi.

Bagaimanapun, Jamil Khir berkata, tindakan itu tidak akan dapat mengatasi masalah tersebut secara keseluruhan tetapi hanya membantu bagi kes-kes tertentu. – Bernama

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Ogos 2010 in Pelbagai

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: