RSS

Monthly Archives: Ogos 2010

KAFIR TOLAK HUKUM HUDUD

Jenayah hudud terdiri daripada:-
1. zina
2. tuduh zina
3. mencuri
4. memberontak
5. merompak
6. murtad
7. minum arak

Jenayah qisas ialah :-
1. bunuh
2. kecederaan

Jenayah takzir pula ialah :-
yang tiada dalam hudud dan qisas

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 Ogos 2010 in AGAMA, ISU SEMASA, Kehidupan

 

~~~Dugaan~~~

Dugaan dari segi bahasanya ialah hasil daripada menduga: Allah = Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yang berlaku untuk menguji keimanan atau kesabaran seseorang.

Pelbagai dugaan dan cabaran yang aku lalui dan akan lalui dalam kehidupan ini. Semester ini adalah paling banyak dugaan dan cabaran yang aku lalui…. Manusia mahukan kesempurnaan dalam hidup, cuba kita tanya kat semua orang, mesti semua nak yang sempurna. Dalam kearah kesempurnaan itu Allah akan uji ketabahan atau tahap keimanan kita. Seiring jua dengan aku, aku jua inginkan kesempurnaan, aku jua ingin berubah kearah kebaikan. Aku jua di uji dengan pelbagai ujian, Ya Allah hebatnya ujian Mu untuk aku lalui…. Pedih untuk lalui segalanya. Hanya padaMu aku serahkan diri. Aku redha akan ujianMu itu tapi adakah aku sanggup hadapinya?? Tambahan pula di bulan puasa ini, aku mahukan bulan mulia ini menjadi titik permulaan untuk aku berubah…. Bertapa hebatnya untuk melawan nafsu dengan iman yang sangat nipis…. inilah kehidupan seorang manusia yang tidak pernah sedar akan kesilapan diri selama ini…. pohonku agar Allah berikan aku peluang dan ruang untuk aku berubah sedikit demi sedikit… Aminnn

Nasib baik ade blog untuk aku luahkan isi hati ini…. 🙂 kepada pembaca, doakan aku dapat menghadapi dugaan hidup ini dengan lebih tabah dan kuat….

 
3 Komen

Posted by di 17 Ogos 2010 in Kehidupan, LUAHAN RASA

 

Kebenaran berkahwin awal

Kebenaran berkahwin awal bukan untuk semua: Jamil Khir

2010/08/04
PUTRAJAYA: Kebenaran berkahwin untuk pelajar di bawah umur bukan untuk semua tetapi ditentukan mengikut kesesuaian kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata mahkamah syariah berhak meneliti setiap permohonan berkahwin awal yang diterimanya dan memutuskan sama ada keizinan layak diberi atau tidak.
“Dalam Enakmen Majlis Agama Islam dan peruntukan agama Islam hanya lelaki 18 tahun dan perempuan 16 tahun ke atas dibenarkan kahwin tetapi ada kekecualian yang dibenarkan oleh mahkamah syariah untuk mereka yang di bawah umur.
“Tindakan Majlis Agama Islam Melaka itu ada peruntukan undang-undang jadi undang-undang akan tapis mengikut kes,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas tindakan Majlis Agama Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka semalam yang bersetuju dengan kerajaan Melaka untuk memberi kelonggaran bernikah bagi pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan perempuan di bawah 16 tahun, bagi mengatasi masalah hamil luar nikah dan gejala pembuangan bayi.

Bagaimanapun, Jamil Khir berkata, tindakan itu tidak akan dapat mengatasi masalah tersebut secara keseluruhan tetapi hanya membantu bagi kes-kes tertentu. – Bernama

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Ogos 2010 in Pelbagai