RSS

Daily Archives: 17 Julai 2010

BELASUNGKAWA

13 Julai 2010, tepat jam 01.15 pagi…. Dia pergi di depan mata ku dengan begitu pantas untuk selama-lamanya….  Bertempat Wad 3B Hospital Jempol akibat “cerebravascular accident” . Dia pergi pada usia 85 tahun…. Aku redha akan pemergianya tetapi hati ini tetap sayu….  Apabila balik kg kesunyian dipecahkan oleh suaranya..kini tidak lagi… dah hilang suara2 itu… walaubagaimanapun aku puas kerana dapat berada disamping dia hingga dia disemadikan…. Setiap kali balik, dia selalu berpesan yang dia nak tengok aku tamat pengajian… ini yang buat aku makin sayu… setiap kali aku teringatkan dia, air mata turun sendiri tanpa dipaksa. .. Hampir seminggu dia tinggalkan aku, aku begitu merasa kehilanganya.. tiada penganti untuk dirinya…. Tiada siapa lagi yang akan ku pesan untuk makan ubat…  Ya Allah, tabahkan hati ini untuk aku teruskan kehidupan…. Doaku agar dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman… Aminnn….

Al- Fatihah