RSS

Monthly Archives: Julai 2010

Mahasiswa juga wajar dibenar berpolitik

Mahasiswa juga wajar dibenar berpolitik: Saifuddin

2010/07/28
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan pembabitan mahasiswa dalam politik.

Saifuddin berkata, beliau akan mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang.
“Jika sekarang guru siswazah DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik, mengapa tidak kita memberi peluang yang sama untuk mahasiswa berbuat demikian,” katanya di sini, sebentar tadi.

(sumber : berita harian 28/07/2010)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Julai 2010 in Pelbagai

 

BELASUNGKAWA

13 Julai 2010, tepat jam 01.15 pagi…. Dia pergi di depan mata ku dengan begitu pantas untuk selama-lamanya….  Bertempat Wad 3B Hospital Jempol akibat “cerebravascular accident” . Dia pergi pada usia 85 tahun…. Aku redha akan pemergianya tetapi hati ini tetap sayu….  Apabila balik kg kesunyian dipecahkan oleh suaranya..kini tidak lagi… dah hilang suara2 itu… walaubagaimanapun aku puas kerana dapat berada disamping dia hingga dia disemadikan…. Setiap kali balik, dia selalu berpesan yang dia nak tengok aku tamat pengajian… ini yang buat aku makin sayu… setiap kali aku teringatkan dia, air mata turun sendiri tanpa dipaksa. .. Hampir seminggu dia tinggalkan aku, aku begitu merasa kehilanganya.. tiada penganti untuk dirinya…. Tiada siapa lagi yang akan ku pesan untuk makan ubat…  Ya Allah, tabahkan hati ini untuk aku teruskan kehidupan…. Doaku agar dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman… Aminnn….

Al- Fatihah