RSS

Monthly Archives: Jun 2010

TAMAT PENGAJIAN

21 hingga 22 jun 2010,

aku jadi driver kepada mr.Q, Annurul, fidot dan Mr. poet…. ini semua atas peruntukan peribadi Annurul yang merupakan perancang utama. huhu…. kul8 malam 21 jun, kami bergerak ke Alamanda dengan tujuan asal untuk g makan steamboat…

Allhamdulillah kekenyangan… kami duduk makan sampai kedai tu nak tutup… Huhu… habis je makan gerak ke wayang tengok Toy Story 3…. hingga tamat 12malam.

dalam perjalanan pulang yang aku sangkakan, annurul kata nak p McD… wah dengan pantas aku bawa mereka ke McD bangi… hahaha… itu je yang aku tau McD yg terdekat… kami duduk makan sambil tengok bola hingga jam 4a.m… air 2x refill… tambah lagi 2 air kopi utk elakkan mengantuk…

Jam menunjukkan 1 petang pada 22 jun 2010.

aku jua jadi pemandu…kami bergegas ke LCCT untuk menghantar Mr. Poet pulang ke Sarawak… dengan perasaan tak gentar, aku memandu ke LCCT yang tak pernah aku jejak kesana… dengan tujuk ajar oleh sifu Annurul, kami berjaya sampai pada jam 2.15 petang…. jam 2.45ptg, Mr.Poet mula meninggalkan kami untuk pulang ke pangkuan keluarga…

kami pun beredar dan dengan misi ingin menghantar Mr.Q ke Bukit Jalil… singgah sebentar ke Kolej untuk ambil barang2 Mr.Q…. sebelum itu kami singgah ke Mines, jalan2 n makan…. hingga jam 7p.m…kami mula gerak hantar Mr.Q…

tiba di Bukit Jalil, kami terus menuju ke kaunter tiket bas ke Muar…tiket bas pada jam 8mlm… Mr.Q pula meninggalkan aku, Annurul dan fidot….kami pulang bertiga….

waaa…terasa kehilangan my senior KC… Tahniah! kepada Mr.Q dan Mr.Poet kerana telah tamat pengajian selama 4tahun… Kenangan selama 2hari itu x akan dapat dilupakan…. mereka berdua inilah merupakan permata – permata Kolej Canselor….terima kasih jua kepada Annurul yang menaja kami.. hehe tq2x….


Advertisements
 
1 Komen

Posted by di 22 Jun 2010 in Kehidupan, Kolej Canselor, LUAHAN RASA

 

10 wacana mengembangkan hidup yang lebih baik

Thomas Jefferson mengemukakan 10 wacana yang kita pilih bagi mengembangkan hidup yang lebih baik
1. Jangan pernah menunda sampai esok apa yang dapat dilakukan hari ini.
2. Jangan menyusahkan orang lain dengan perkara yang boleh kita lakukan sendiri.
3. Jangan gunakan wang sendiri sebelum kita memilikinya
4. Jangan beli apa-apa yang kita tidak perlukan hanya kerana harganya yang murah. Sebenarnya ia jadi mahal bagi kita.
5. Keangkuhan perlu dibayar lebih mahal dibandingkan dengan rasa lapar, dahaga dan kedinginan.
6. Kita tidak pernah menyesal kerana makan sedikit
7. Lupakan kesalahan masa lalu dan utamakan prestasi lebih besar pada masa depan
8. Selalu tunjukkan muka yang berseri-seri dan berikan senyuman kepada setiap makhluk hidup yang kita temui.
9. Berikan sebanyak mungkin waktu bagi memperbaiki diri hingga kita tidak punya waktu lagi mengkritik orang lain.
10. Jadilah orang yang terlalu besar untuk berasa bimbang, terlalu terhormat untuk marah-marah, terlalu kuat untuk takut dan terlalu bahagia untuk membiarkan terjadinya pergaduhan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Jun 2010 in APA JUA