RSS

Monthly Archives: Disember 2009

~~~~AAAHHHH~~~~

~~~~~~PENAT + SAKIT + PENING + BUNTU + LETIH + MENYEMAK + KACAU + SAWAN ….~~~~

AHHHHHH……SUSAH PIKIR TENTANG ORANG LAIN, LEBIH BAIK PIKIR DIRI SENDIRI…

NOTHING…..STOP!!!!!

Advertisements
 

BERMULANYA KULIAH……

Akhirnya kuliah bagi sem 6 aku telah pun brmula…. walaupun x puas brcuti, dgn badan yang sakit2, aku kena mulakan hari ini dengan penuh semangat walaupun badan penat. hehehe….. cayookkkk!!! rahim! Dengan penuh keazaman yang ada akan aku langkah dengan wajah yang ceria. huhu…

waaaa…..dah sem6 rupanya, akan datang mula masuk sem7 tahun4….pljar super senior. huhu…. ape2 pun aku perlu lalui dengan penuh tabah kerna aku tahu setiap perjalanan ini akan banyak halangan yang bakal aku tempuhi…. semester yang lepas biarkan ia berlalu… Semester baru ini akan ku lakukan sebaik mungkin… INSYAALLAH….

kepada semua sahabat dan rakan aku ucapkan selamat memulakan langkah baru ke semester yang baru… gud luck untuk semua….

 

INVACT III ~team MTM~

waaaa….INVACT????? ye ke ak masuk?? lalalala…. boleh ke?? time INVACT UM dlu ok je, tp kali ni x tau plok…. wat2 macam tak takut je, tapi dalam hati brdebar2….. huhu… walaupun anjuran kolej sendiri yang buat, modulnya aku n the geng x tau ok. hoho… Kawan2 sokong group kami ok. hehe…. MAI, ADA, FADH , AKU…. hehe… aku yakin kat korang, tapi kalu ade katak aku serah kepakaran itu kat mai. hahaha…. pe2 je, esok dah nak mula jogging x lagi. macam mana ni????? huhuhuhu….

Doakan kejayaan kami….. 🙂

 
5 Komen

Posted by di 25 Disember 2009 in APA JUA, Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia

 

Hmmm….

Hmmmmm…..x tau nak tulis pe kat blog ni… mgkin bnyk bnda yg di fikirkan, smpai x tau nak tulis pe..

KBB:- aku kna pantas, coz aku uruskan hal yang sangat pnting, kalu aku lengahkan semua penajaan x boleh gerak. To aida, aku akan laksanakan tanggjawab aku. sabar ye puan pengarah.

MTM:- aku kena buat akaun secepat mungkin, sebelum meeting pengurusan. Harap2 ape yang telah berlaku ia tak akan berulang lagi. Agro Canselor??? aku kna dduk dgn tim. pngarah aku utk brbincg

Kampung:- mak kat rumah sorang, wan pulak sangat uzur n sering sakit, hatiku melonjak nak balik, tapi aku xleh balik coz banyak lagi tgjwb yang x selesai. kadang2 jasadku je kat Kolej tapi hati n pemikiran di kampung. ini semua untuk warga Kolej tercinta.

Si Dia :- mungkin masih awal lagi…aku kena memahaminya n harus untuk aku memahaminya.  Aku sayang die…. Doaku agar aku bersama die hingga hujung nyawaku… Aminnn~~~~

Aku:- aku???? hmmm…rasa diri macam x terurus. makin kusut je, bile lah nak hilang kekusutan ini… hmmm. Hari ini aku hanya tidur 3jam je…kepala sakit, berat. huuuuuuuuu…..tp ttap x leh tido. hmmm….

 

Berasmara Dengan 5 Lelaki… Dunia Akhir Zaman

Rakam asmara dengan 5 lelaki

Oleh Rosli Abdul Jalil
bhnews@bharian.com.my

Aksi remaja 14 tahun terbongkar

KUALA LIPIS: Lakonan ‘terlampau’ seorang pelajar berusia 14 tahun melakukan hubungan seks dengan lima lelaki terbongkar apabila ahli keluarganya melihat aksinya yang dirakam dalam telefon bimbit miliknya.

Dalam rakaman itu, gadis terbabit yang bersekolah menengah di sini, dilihat melakukan hubungan seks dengan lima lelaki berusia dalam lingkungan 20-an secara bergilir-gilir.

Perbuatannya diketahui ahli keluarganya selepas seorang daripadanya memeriksa fail gambar dalam telefon bimbit gadis berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata keluarga terbabit sudah membuat laporan polis di Balai Polis Merapoh, dekat sini, semalam.

Katanya, pihaknya akan melakukan penelitian dan memeriksa rakaman itu bagi memastikan kesahihannya.

Berikutan itu, katanya polis menubuhkan pasukan khas untuk mengesan lima lelaki terbabit.

“Polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, bapa gadis itu dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ahli keluarganya yang kemudian memperlihatkan rakaman aksi berkenaan.

Katanya, gadis itu membuat pengakuan terbabit dalam rakaman itu selepas beberapa kali didesak bapanya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 Disember 2009 in APA JUA, ISU SEMASA, Kehidupan

 

Tragedi Pengantin Baru….(menyedihkan)

Oleh Rashidi Karim


TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.

Bakal pensyarah bersama bapa, ibu dan rakan maut nahas dengan bas

KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.

Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.

// <![CDATA[//

Lebih menyedihkan kemalangan turut mengorbankan bapa Mohd Ariff iaitu Ab Kadir Awang, 55, yang memandu kereta dan ibunya, Apsah Othman, 58, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18 tahun.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu Ab Kadir, pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Syed Putra, di sini dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Zull Aznam berkata, pemandu dan 27 penumpang bas persiaran dari Klang, Selangor yang dalam perjalanan pulang dari Padang Besar tidak cedera.

“Kita sudah mengambil keterangan pemandu serta beberapa penumpang bas persiaran terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, abang Mohd Ariff, Mohd Hazly Ab Kadir, 32, berkata beliau bersama rombongan pengantin lelaki menaiki empat kereta untuk majlis akad nikah Mohd Ariff yang juga anak bongsu tiga beradik itu dengan Teh Affifah, 23 tahun.

ORANG ramai melihat kereta yang remuk bertembung dengan bas mengorbankan tiga beranak (Ab Kadir Awang, Apsah Othman, Mohd Ariff) dan seorang rakan (Mohd Farhan), semalam.

“Saya menaiki kereta lain dan sampai ke rumah terlebih dulu. Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan daripada bapa Mohd Farhan memaklumkan kemalangan itu,” katanya.

Beliau berkata, keluarga pengantin lelaki sudah mengadakan persiapan untuk majlis kenduri esok, manakala pihak perempuan hari ini di Taman Berlian.

Katanya, Mohd Ariff mendaftar untuk memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, pada Rabu depan.

Mohd Hazly berkata, Mohd Ariff dan Teh Affifah Shahirah, seorang penuntut di sebuah universiti di Australia, berkenalan sejak di bangku sekolah sebelum mengambil keputusan berkahwin.

“Selepas majlis akad nikah, saya melihat arwah adik serta ibu dan bapa begitu ceria dan tidak menduga keriangan mereka berakhir dengan tragedi,” katanya.

 
5 Komen

Posted by di 11 Disember 2009 in APA JUA, ISU SEMASA

 

Lepaskan Semuanya…..

Ya Allah…result dah keluar… debaran yang selama ini dinantikan telah sampai kemuncaknya… Waaaaaaaaaa, ape dah jadi?? selama ini tak pernah dapat result sebegitu rupa..teruk, jatuh terguling-guling… kecewa melanda seluruh jiwa dan hidupku…. ape yang aku harus lakukan??? aku binggung…serabut…pening…. perlukah aku lepaskan segala tanggungjawab yang ku galas semua ini???? wajarkah?? teringat pulak kata2 abg senior, sebelum ku galas semua tanggungjawab ini…. aku runsing dan makin runsing…. Ya Allah berilah petunjukMu agar boleh ku buat keputusan yang sebaik mungkin…. 😦