RSS

Monthly Archives: November 2009

Jika Aku Jatuh Hati

Advertisements
 
 

CINTA ITU KETAWA DAN AIR MATA

Lagu ini banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis….ia boleh membuatkan aku tersenyum dan juga menitikkan air mata…. Hanya 2 orang sahaja yang tahu disebalik lagu ini. Hmmmm….. benar-benar mengisahkan tentang diriku….Semuanya tinggal kenangan…

 

Cubaan Kali Pertama: Keajaiban Azan

 

inilah cubaan kali pertama memasukkan video. tunjuk ajar dari sifu si lurunna. tq lurunna. hehehe

 
4 Komen

Posted by di 13 November 2009 in AGAMA, APA JUA

 

Tahu Tak Tahu….

Manusia sinonim dengan perkataan “wat tak tau je”. Hmmmm….. sampailah ke bab agama sekali pun, wat tak tau je. Tahu tapi wat je macam tak tahu, kita tahu kita buat salah tapi sesuatu perkara itu macam tak ada ape2 terhadap diri kita. Buat slamber deeekkkk je kan.  Kita tau kita buat maksiat hari-hari contohnya couple, tapi kita tak pernah nak berubah kan. Ye betul kita tak dapat nak ketepikan perasaan ingin dikasihi dan mengasihi tetapi couple itu tetap maksiat. So bermakna hari-hari kita lakukan maksiat. Apabila doa tak dimakbulkan kita salahkan ALLAH s.w.t tak perkenankan doa kita. Tapi dalam masa yang sama kita tengah bermaksiat.  Macam mana doa nak dimakbulkan? Contohnya, kita ada pekerja, pekerja datang kepada anda untuk mintak gaji lebih, tapi dalam masa yang sama, dia selalu buat masalah dalam kerjanya. Adakah anda ingin terima permintaanya???? Sama – sama kita fikirkan.

Kita pandai bagi tazkirah kat orang lain, tapi dalam masa sama kita langgar ape yang kita perkatakan. Kita tak nak tazkirah tentang diri kita. Egonya kita kan…. Kita kuat perkatakan tentang agama, berdosa buat itu, berdosa buat ini, tapi diri kita adalah sebaliknya… adakah kita tahu bila nyawa kita akan diambil oleh TUAN NYA kembali??? Tak kan, tapi kita seolah-olah tahu bila umur kita diambil itu sebab kita tak nak bertaubat. Adakah kita yakin kita akan masuk syurga?? Tak kan. Tapi kita macam dah yakin akan masuk syurga kerana tak nak bertaubat.  itulah manusia akhir zaman sering leka dan terus leka dengan cita-cita semata- mata…. Sama-sama kita fikirkan dan renungkan….

 

KETAKTAMADUNAN KELANTAN

Lambang_nsembilan

Piala Malaysia : Yahoo…. Den monang, x kisah lah korang nak cakap bukan den yang main tapi den totap banggo sobab Negori den yang monang.. lalalala… semasa aku sedang menunggu masa untuk mengambil exam Sains Tanah, akau telah didatangi oleh seorang wanita yang berasal dari Kelantan. Dengan bangganya berkata, “ko nak guna strategi ape malam ni? 4-2-4 ke??”. Tapi dengan kesabaran yang ada, aku hanya mengukirkan senyuman. Hehehe…. Sekarang Inilah jawapanya….. Piala Malaysia telah berlangsung dengan membawa kemenangan berpihak kepada NEGERI SEMBILAN. NEGERI SEMBILAN 3, KELANTAN 1. NS dah *Hobin Kelantan. Macam ni lah anak jantan omak. Hehehe…  Di sebalik kegembiraan ini terselit jua rasa sedih dan sayu.  Kemaraan NS telah membawa kemarahan para penyokong KELANTAN sehingga menimbulkan sikap ketaktamadunan penyokong Kelantan dengan merosakkan harta benda awam. Kerusi telah dibakar, balingan mercun dan juga botol air di baling kepada pemain bola sepak  NS.  Hal ini dilakukan segelintir penyokong Kelantan tetapi ia telah memalukan negeri Kelantan. Wahai penyokong Kelantan terima hakikat, dan ini adat permainan… Hal ini sangat menyedihkan. Inikah modal insan yang dapat diterapkan terhadap Rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Adakah ini minda kelas pertama??? tepuk dada tanyalah minda. Sangat memalukan terutama dari Pelancong yang datang. Inikan yang kita ingin tunjukkan kepada pelancong?? Dimana adab-adab orang melayu iaitu rakyat Malaysia yang bangga dengan bersopan santun serta berbudi bahasa?? Dek kerana bola hilang semua adab dan sopan?? Inilah kesanya tatkala kewarasan yang hilang. Sedih jika ini dikenangkan…. sama-samalah kita hargai setiap apa jua pemberian orang, kerana harta awam milik bersama dan jangan kita sia2kanya….

Pembetulan: HOBIN bukan HOBENG.

* hobin= belasah ataupun perkara yang menunjukkan ssuatu perkerjaan yang bersungguh-sungguh…. (loghat negori)

 
2 Komen

Posted by di 7 November 2009 in APA JUA, ISU SEMASA, Malaysia

 

RUKUN NEGARA

petronas8

 

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA MENDUKUNG CITA-CITA HENDAK:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
  • Memelihara satu cara hidup demokratik;
  • Mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, RAKYAT MALAYSIA, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsi-prinsip yang berikut:

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

P/S; sama-sama kita hayati rukun negara ini, adakah kita kini benar2 patuh dan ikut segala apa yang dilafazkan??? sia2 sahaja jika dilafazkan tetapi kita tidak pernah tahu apa makna yang sebenarnya. adalah lebih teruk dan malu sebagai rakyat malaysia yang  tidak hafal dan tahu tentang RUKUN NEGARA. Kepada yang telah lupa akan RUKUN NEGARA ingatlah dan hayatilah RUKUN NEGARA kita ini…..

 
8 Komen

Posted by di 4 November 2009 in APA JUA, Malaysia, Politik