RSS

Daily Archives: 17 Oktober 2009

Ruang Rindu

Kerinduan adalah ruang
Yang pinta diisi
Dengan makna bahagia hakiki
Kerana terhijabnya mata hati
Pada akhir zaman ini.

Kerinduan adalah obor
Menyinari pelosok rasa
Dengan semangat dan cita
Agar esok bahagia menjelma
Sesudah lama menahan derita.

Kerinduan adalah kurniaan
Buat insan yang hilang pedoman
Hidup tanpa tujuan
Kerana jauh dari Tuhan.