RSS

Monthly Archives: Oktober 2009

Bermonolog…

………………………………………………………………………………….

Kedinginan ini aku masih lagi mampu menghirup udara yang nyaman,

Alhamdulillah, Allah masih benarkan aku berjalan dimuka buminya,

Tapi,

Aku sering alpa dengan tanggungjawabku sebagai mahluknya,

Aku sentiasa melakukan dosa padanya,

Aku sering lupa padanya,

Aku tidak mudah rasa bersalah padanya.

Ya Allah,

Ampunkan dosa-dosaku………..

…………………………………………………………………………………….

 

Jom Berperang!!!!

Peluru, senapang, M-16, bom

Semuanya perlu disediakan,

Kereta kebal perlu dikeluarkan,

Anak-anak yang sedang ketawa perlu di hentikan segera,

Sekarang bukan masanya untuk bersuka ria

Senjata perlu diangkat segera….

Wahai semua mahasiswa Universiti Putra Malaysia

Sudahkan anda bersedia untuk berperang dengan semua?

Semua matapelajar yang telah di daftarkan perlu pengakhiranya,

Sila bersiap siaga agar tidak menagis dengan keputusanya.

Final exam telah tiba,

Good luck kepada semua agar beroleh keputusan yang gembira. J

Hari terlalu sibuk

Jam terlalusingkat,

Saat terlalu cepat,

Tapi saya masih ada masa untuk berkata

Good luck for final exam.

 
4 Komen

Posted by di 26 Oktober 2009 in APA JUA, Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia

 

7 JENIS WAJAH MAYAT….

jenazah(sekadar hiasan)

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri,merompak,makan harta nak yatim dan lai2n2 lagi.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba’.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
Allah telah janjikn blsan yg baik kpd sesiapa yg mnrut prntahnya dan tggalkan lrngannya. Manakala sesiapa yg melakukan kjahatan prbuatan yg dilrg oleh Allah dan tggalkan prntah Nya, maka org ini akan dibls dgn kjahatan…..

P/S: sama2 kita renungkan……

 
3 Komen

Posted by di 24 Oktober 2009 in AGAMA, APA JUA, Kehidupan

 

Ruang Rindu

Kerinduan adalah ruang
Yang pinta diisi
Dengan makna bahagia hakiki
Kerana terhijabnya mata hati
Pada akhir zaman ini.

Kerinduan adalah obor
Menyinari pelosok rasa
Dengan semangat dan cita
Agar esok bahagia menjelma
Sesudah lama menahan derita.

Kerinduan adalah kurniaan
Buat insan yang hilang pedoman
Hidup tanpa tujuan
Kerana jauh dari Tuhan.

 

Adakah kita seorang sahabat???

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Tampar pipi! Tampar pipi! Sedar dan bangunlah, adakah kita benar-benar bersahabat?
Bersahabat seperti Rasulullah dan Abu Bakar.