RSS

Daily Archives: 9 September 2009

Bangunlah Insan…

Terdengar suara tangisan
membelah lautan dan belantara
membingitkan setiap telinga yang mendengar
melumpuhkan semangat yang berilmu
merebahkan tembok ketabahan.

Akar kegagalan pasti akan datang menerpa
yang berjuntai membelit tubuh yang alpa
yang menjalar mencakar hati yang lemah
terus membunuh insan yang khayal.

Terdengarlah suara naluri berbisik
menghulurkan simpati yang teramat sangat
sudi melayangkan secebis kesedaran
buat manusia yang mudah alpa.

p/s: hayatilah setiap bait-bait puisi ini, ia adalah seuntai kata yang mahu setiap insan dimuka bumi ini bangun daripada segala lamunan yang menerpa…..jangan hanya biarkan naluri sahaja yang berbisik tetapi bangunlah dengan tindakan.