RSS

Monthly Archives: Ogos 2009

Si Jahil

Wahai si JAHIL,

Kau orang yang JAHIL,

JAHIL pada ilmu,

JAHIL pada diri,

Segala-galanya JAHIL.

Wahai si JAHIL,

Sedar akan dirimu yang kau memang JAHIL,

Jangan nak berangan pandai,

Kau JAHIL,

bagi sesiapa yang tahu bahawa kau JAHIL,

Mereka tidak akan dengar akan pandangan dan ilmu yang kau ada,

Walaupun benar apa yang kau sampaikan itu, tetapi mereka sukar untuk terima ilmu kau.

Sebab apa???

Sebab kau JAHIL,

Malulah sikit.

Siapa kau nak bercakap dengan orang yang berilmu???

Ilmu kau hanya sedikit dan tak boleh bawa kemana2…

Jika kau sebagai pemimpin,

Jadilah pemimpin yang menjalani tanggungjawab,

Ada yang yakin dengan kau,

Jangan sia2kan keyakinan yang diberi,

Tapi,

Sedarlah kau tetap JAHIL.


Wahai si JAHIL,

Atasilah kejahilan mu itu dengan sebaiknya,

Cari dan tuntutlah ilmu pada yang berilmu,

Jangan kau biarkan kejahilan itu hingga keakhir hayatmu,

Agar kau pergi atas nama insan yang mempunyai ilmu.

Sedarlah usia mu semakin hari semakin singkat,

Jangan kau biarkan masa yang datang pergi begitu sahaja,

Hayati dan manfaatilah ia.

Doaku,

YA ALLAH kau permudahkan diriku untuk menuntut ilmu MU,

Dan KAU berkhatilah segala ilmu itu.

Aminnnn……

 

HITAM OREN

ASSALAMUALAIKUM….. Salam Ramadhan dan Salam Perjuangan…. hitam oren??? huhu sebenarnya hitam oren adalah tema blog aku kali ni. adakah hitam oren warna kegemaranku??? entah lah aku tak tau sejak bila aku dah bertukar warna kegemaran. pada asalnya aku minat gile warna biru….sekarang tanpaku sedari warna hitam oren jadi tarikan kepadaku. motor kesayangan warna hitam oren, beg aku juga hitam oren, serta baju yang aku beli pun dah banyak yang warna oren. mesti aku gayakan dengan seluar hitam. huhuhu…. jangan jadi lebah udah. ikut sifat lebah tak pe gak. hehehhe…..

sekian……

 
2 Komen

Posted by di 26 Ogos 2009 in APA JUA, Kehidupan, LUAHAN RASA

 

WAJIB DAN SUNAT BERPUASA

Ketenangan Abadi

Sekadar sebagai tazkirah atau peringatan, berikut disenaraikan secara am dan ringkas, perkara-perkara wajib, sunat dan penyempurnaan puasa bulan Ramadan sebagai amalan khusus bulan ini.

Perkara wajib puasa:

i. Mengetahui permulaan Ramadan.

ii. Berniat pada setiap malam Ramadan

iii. Menahan diri daripada makan dan minum, jimak, mengeluarkan mani atau muntah dengan sengaja pada siang hari.

Perkara sunat puasa:

i. Bersahur.

ii. Melambat-lambatkan sahur.

iii. Menyegerakan berbuka.

iv. Meninggalkan bersugi setelah tergelincir matahari.

v. Membanyakkan sedekah dan meluaskan belanja bagi keluarga serta menggandakan amalan kebajikan yang lain.

vi. Membanyakkan tadarus al-Quran.

vii. Memperbanyakkan iktikaf di dalam masjid.

Selain perkara-perkara asas di atas, kita juga diajar melalui perantaraan para ulama untuk menjaga perkara-perkara yang menyempurnakan puasa kita, moga-moga kita beroleh puasa ahli Khawas iaitu puasa mereka yang soleh dan bertakwa. Antara perkara itu adalah:

i. Menunduk dan memejamkan mata dari perkara yang tidak sepatutnya.

ii. Memelihara lidah daripada perkataan yang haram dan sia-sia.

iii. Memelihara telinga daripada benda-benda yang haram, makruh dan sia-sia.

iv. Menjaga tangan, kaki dan anggotanya yang lain daripada perkara yang haram, makruh dan sia-sia.

v. Menjaga perutnya ketika berbuka daripada benda-benda yang haram atau syubhat.

vi. Tidak terlalu memenuhkan perutnya dengan makanan yang halal apabila berbuka.

vii. Sentiasa merasa khauf (takut) kiranya puasanya tidak diterima Allah SWT dan raja’ (harap) agar-agar Allah SWT menerima puasanya.

Begitulah tujuh perkara yang boleh menyempurnakan lagi puasa kita walaupun ada lagi diriwayatkan pelbagai amalan mereka yang lebih tinggi martabatnya di sisi Tuhan seperti menahan diri daripada apa-apa keinginan dan keasyikan duniawi serta mengosongkan diri dari memikirkan selain daripada Allah SWT dan Akhirat sebagai sebahagian daripada puasa Ramadan.

Marilah kita bersama-sama berusaha bersungguh-sungguh memburu rahmat dan keampunan Allah di bulan Ramadan ini dengan memelihara segala hak dan adab-adabnya, semoga Allah SWT memperkenankan dan mengizinkan. Amin Ya Rabbal ‘alamin, Ramadan Karim! Kullu ‘aam wa antum bi khayr.

 
2 Komen

Posted by di 24 Ogos 2009 in AGAMA, APA JUA

 

TIADA TAJUK….

YA ALLAH….petang yang indah ini hatiku terusik lagi. sebab apa??? sebab dosa2 yang lalu. mungkin petang ini aku tengah muhasabah diri. Dalam tidak kusedari pipi ku dibasahi dengan butiran air mata. aku banyak dosa pada Allah, mak, keluarga dan sahabatku. YA ALLAH ampuni dosaku….. Mak, ampuni dosa anakmu ini. sahabat, maafkan aku, aku banyak menyakiti hati mu…. segalanya segar dalam ingatan. andai kau telah memaafi aku tetapi diriku tak pernah memaafi diri sendiri. Aku tak tau sampai bila aku akan jadi bergini. walaupun aku selalu ukirkan senyuman tetapi hati ini tak pernah seceria dulu lagi. semuanya telah teragut………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Maafkan aku. salam awal ramadhan….

 
2 Komen

Posted by di 20 Ogos 2009 in APA JUA, Kehidupan, LUAHAN RASA

 

KU TULISKAN SEPI…

Aku dapat melihat mulut berbicara mengungkap kata-kata,

Aku dapat melihat burung berkicauan sambil terbang di angkasa,

Aku dapat lihat ombak menghempas pantai dan buih- buih yang berderai,

Aku dapat lihat kanak-kanak bermain girang dengan asyiknya,

Aku dapat lihat hujan yang jatuh mencurah- curah diatas tanah yang basah,

tapi aku cuma dapat lihat….

Aku tidak dapat dengar perkataan yang keluar daripada mulut itu,

Aku tidak dapat dengar kicauan burung yang merdu itu,

Aku tidak dapat dengar deruan ombak yang menghempas pantai,

Aku tidak dapat dengar hilai ketawa kanak-kanak itu,

Aku tidak dapat dengar bunyi hujan yang jatuhmenyimbah bumi.

inilah luahan hati,

luahan sang hati yang amat sunyi,

sunyi tanpa suara dan irama,

Dunia kalis sunyi,

hanya tangan,memek muka dan matasebagai isyarat komunikasi,

Adakah sesiapa yang tahu isi hatinya???

fikir-fikirkan… 🙂

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Ogos 2009 in APA JUA, Kehidupan, LUAHAN RASA

 

KEBAHGIAAN….

Kebahagiaan sangat diingini oleh setiap orang manusia. kebahgiaan jugalah akan membawa kepada keceriaan dalam kehidupan setiap insan.

Ya Allah, kau kurniakan aku kebahgiaan hingga ke hujung usiaku. Pintaku walaupun aku diberi ujian oleh-MU, aku masih lagi mengecapi sinar-sinar kebahgiaan dalam hidup. 🙂

senyum

 
5 Komen

Posted by di 15 Ogos 2009 in APA JUA, Kehidupan, LUAHAN RASA

 

TANDA KEBAHAGIAAN SEBELAS PERKARA

  1. Tidak kasih kepada dunia (zuhud) dan cinta kepada akhirat.
  2. Sentiasa ingin beribadat dan membaca Al-quran.
  3. Sedikit berbicara mengenai hal yang tidak perlu.
  4. Sentiasa memelihara solat lima waktu.
  5. Warak terhadap barang haram dan syubahat, sedikit atau banyak.
  6. Bersahabat dengan orang yang baik-baik.
  7. Bersikap tawaduk, tidak sombong.
  8. Dermawan lagi pemurah.
  9. Bersifat belas kasihan terhadap makhluk yang dicintai Allah s.w.t
  10. Menjadi orang yang bermanfaat bagi mahluk.
  11. Banyak mengingati mati
 
3 Komen

Posted by di 7 Ogos 2009 in AGAMA, APA JUA, Kehidupan