RSS

KULIAH TASAWUR VS KESAYUAN

17 Jul

P5220134

Kolej-kolej kediaman university putra Malaysia kini mewujudkan ataupun meneruskan kembali kuliah tasawur. Kuliah ini diadakan pada setiap hari rabu selepas solat maghrib berjemaah. Aku sangat gembira kerana kuliah ini akan dapat membantu menambahkan lagi ilmu agama aku. Aku sangat gembira! Tenaga pengajar adalah ustaz daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS). Kuliah ini dah mula pada 14 julai lalu. Tapi disebalik kegembiraan aku tadi didatangi dengan kesayuan. Kesayuan ini disebabkan oleh bilangan warga yang turun untuk menghadiri kuliah tersebut. Hati ku sayu dan sedih melihat sekumpulan kecil sahaja yang turun. Aku terkejut, adakah ini sambutan warga kepada ustaz yang datang dari jauh ini??? Sejuta persoalan bermain di fikiran ini. Mana semua warga?? Mana semua MTM?? Selepas aku melaungkan azan maghrib, aku ternampak seregombolan pelajar baru naik dari bermain bola. Hmmmm…..hati berkata “ dah azan baru nak naik”. Dan terus aku turun ke pusat kegiatan pelajar. Melangkah je kaki ke pkp tersebut, aku melihat hanya 3 orang pelajar lelaki yang ada bersama ustaz tersebut dan juga sebaris pelajar perempuan. Hmmmm… “ini je ke budaknya? Mana yang lain?” mana semua barisan kepimpinan Kolej???? Aku rasa sangat terharu. Sedih melanda hati. Setiap kali meeting aku selalu katakana bahawa sebagai pemimpin kita perlu berubah sebelum suruh orang berubah. Tapi perkara itu hanya sia2 dan hanya di kata2 ku sahaja. Selepas solat maghrib berjemaah, datang lagi 2 or 3 orang pelajar lelaki. Alhamdulillah bertambah jemaah. Pengisian kuliah tersebut sangat menyentuh hatiku. Tajuknya juga tentang hati. Dalam tak sedar mata ini mengeluarkan air yang jernih. Aku tahu aku banyak dosa maka aku mengharapkan keampunan dari ALLAH. Dalam kuliah itu juga, ustaz menyuruh kami pada minggu akan datang supaya menarik 1orang bagi setiap yang hadir. Insyallah aku akan usahakan.  Kuliah ini diakhiri dengan zikir dan doa. Selesai solat, aku mengiringi ustaz untuk minum sehingga dia pulang.

Selesai semua aku melangkahkan kaki ke Bilik saf pimpinan. Kemasukan aku ke dalam bilik tersebut disambut dengan sentakan yang sangat terkejut dan hebat. Persoalanya “ kenapa ye berbaju melayu?” haaaaaaa? X tau ke ada kuliah? Kalau tak silap aku semua barisan kepimpinan tahu akan setiap hari selasa ada kuliah. Aku terkejut dan sedih. Perkara ini dah dimaklumkan dan dibuat pengumuman kerap kali. Ooooooohhhhh tidak!!!!! Ape yang belaku? Aku makin tak faham. Aku tahu semua pimpinan sibuk untuk adakan meeting ajkt tapi berilah masa untuk amalan kita. Amalan hidup di alam kemudiaan nanti. Aku terus naik bilik dengan hati yang sangat sayu serta fikiran yang celaru…. hari yang sangat sayu.

p/s ini semua aku pesankan untuk diriku

Advertisements
 

8 responses to “KULIAH TASAWUR VS KESAYUAN

  1. lurunna

    17 Julai 2009 at 6:02 pm

    dan…pada masa yg sama, sy juga sdg melakukan satu ibadah, menuntut ilmu ekonomi dr jam 8-10mlm… 🙂

    putraim: kepada lurunna, sya fhm dgn kexhdiran anda. tapi d mana ye yg x hdir??? :). tapi x pelah. sya fhm dgn anda.

     
  2. fazilyahaya

    18 Julai 2009 at 3:57 am

    lukmanulhakim pernah berpesan supaya kita jangan terpedaya dengan kesibukkan dunia. semua itu akan menjauhkan kita dari menghanpiri pintu syurga. semoga kita tidak tertipu….

    putraim: btl3x…. sama2 kita kearah jalan yang diredhai ye ustaz. hehehe

     
  3. juliet sara

    22 Julai 2009 at 2:53 pm

    serius..aku memang x tau!

    putraim: ok ak bg tau. setiap rabu malam ada kuliah tasawur…hhohohoh

     
  4. fazilyahaya

    23 Julai 2009 at 12:48 pm

    ok

     
  5. fazilyahaya

    23 Julai 2009 at 12:52 pm

    juliet.. tak penah komen blog ak pun ye.. huhu (promote)

    putraim: ini bukan tmpat utk promosi blog sndri k. hahahaha

     
  6. hazri87

    4 Ogos 2009 at 10:48 am

    aik, melaha geng satu board nmpk, hahaha…sem ni kls mlm byk, isnin, selasa n kamis mlm…

     
    • putraim

      4 Ogos 2009 at 1:37 pm

      bukan nak melaha tp kita kalu dah tngjwb sbg pmimpin so kita kna tnjukkan sbg pmimpin… bukan smua ada clas mlm. yd ada itu x ksah.

       
  7. ajaq

    15 Ogos 2009 at 11:55 am

    aku turun oke.hahaha

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: