RSS

Daily Archives: 13 Julai 2009

DUGAAN DAN CABARAN….

3550569795_61f6152fcf

Kehidupan banyak akan cabaranya. Mahupun sebagai pemimpin, rakyat dan juga manusia. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ku tempuhi bagi meniti hari-hari yang dikurniakan ini. Alhamdulillah kerana aku diberi peluang untuk menghirup udara yang nyaman ini. Apabila peluang ini diberikan bermakna aku harus tempuh dugaan dan cabaran yang dikurniakan kepadaku. Dugaan dan cabaran inilah membuatkan hidup seorang manusia semakin matang. Kerana pengalaman  mematangkan fikiran.  Dugaan dan cabaran ini juga adalah sebagai tanda bahawa Maha Pencipta masih sayangkan mahluknya dan DIA mahukan manusia ciptaanya ini berubah kearah jalan yang diredhai olehNYA. Pelbagai dugaan yang aku harus tempuhi buat masa ini. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang sedang aku lalui sekarang ini, kerana tiada tempat untuk ku meluahkan segala yang terpendam kecuali PenciptaKu iaitu ALLAH s.w.t yang Maha mendengar. Serabut memikirkan akan yang mendatang ini tapi biarlah aku lalui dengan senyuman. Walaupun senyuman yang ku selalu ukirkan tetapi disebaliknya penuh dengan onak dan duri kehidupan seorang hamba sahaya ini. Cinta dan juga kasih sayang  juga harus ku ketepikan walaupun hati ini masih mengingatinya. Susah untuk melupakan sesuatu yang disayang tapi ini pengorbanan bagiku.  Biarlah pengorbanan ini dibalas oleh Allah Yang Esa sahaja. Walau apa pun yang berlaku aku sedia terima kerana aku tahu disebalik kejadian yang berlaku ada hikmah dan nikmat yang akan dikurniakan. Ya Allah hambamu ini terima segala yang diberikan kepada ku.

 
3 Komen

Posted by di 13 Julai 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA