RSS

Monthly Archives: Julai 2009

CINTA YANG MEMBODOHKAN LELAKI.

Perhatikan, lelaki sanggup diperbodohkan kerana cinta. Masa bercinta lelaki sanggup:
Bercakap berjam2 ditalifon walau pun baru lepas jumpa.
Jadi kaki klentong pada kawan2 & family.
Bangun awal2 pagi untuk temankan aweknya jogging.
Bawak handbeg aweknya walaupun berjalan ditempat yang ramai orang.
Drive dari KL balik JB semata2 kerana aweknya kat JB call bagitau dia tersepak batu.
Belanja awek makan pizza hut dihujung bulan walau pun dia cuma mampu makan maggi je kat rumah.
Pinjam duit kawan untuk belanja awek tengok wayang.
Tahan diri dari merokok kalau awek tak suka bau asap rokok.
Duduk atas tanah asalkan awek duk atas riba.
Ponteng kerja semata2 nak hantar awek balik kampung.
Pakai smart kul 3 pagi semata2 nak buang lipas dalam tandas rumah aweknya.
Buang semua no tepon kawan2 pompuan.
Takde masa lagi melepak dengan kawan2 lelaki.
Temankan awek gi tengok wayang citer cinta yang meleleh.
Cancelkan game futsal semata2 nak ikut awek gi shopping.
Lupa mak bapak kerana dah ada awek.

 
8 Komen

Posted by di 25 Julai 2009 in APA JUA, Kehidupan

 

PEREMPUAN BERGADUH!!!

Hari jumaat yang serba indah di petangnya. Aku baru je balik dari meeting dengan pihak bahagian Hal ehwal Pelajar Universiti. Tajuk surat jemputanya Mesyuarat Pemimpin Kolej bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Sampai di bilik aku terus turun ke Surau untuk melaksanakan solat Fardhu asar. Woowww masuk surau ada perubahan yang telah dijanjikan oleh Pihak pengurusan Kolej kepada warga. Hati melonjak gembira sambil menunjukkan isyarat jari best kepada exco biro perpaduan dan kerohanian kolej. Hehehhe…. Siap rancang buat pengumuman bahawa malam ini perasmian sejadah baru akan diadakan, so solat lah di surau. Hahahaha…. Gurauan aku, abg azimie n abg Abdullah. Aku terus masuk bilik. Melihat cawan yang masih kotor bekas minuman oat sarapan pagi aku terus basuh cawan tersebut. selesai basuh aku diperlawa oleh sahabat terbaik ku @ roommate (baik ke? Hehehe gurau ye mate, ko mmg terbaik) untuk melihat video kekejaman cartoon bertajuk Happy tree friend. Walaupun kejam tapi die lawak. Roommate aku kata cartoon tu khas tuk kanak2 ribena. Kanak2 ribena je tengok dan akan tergelak. Uh, tak kire r nak cakap pe, dah lawak aku gelak ja lah. Hahahahahah….. habis tengok aku duk mengeledah laptop roomate aku ni. Haa aku terjumpalah video yang bertajuk ‘ budak sekolah bergaduh” so aku play lah. Haaaaa budak sekolah perempuan yang bergaduh. Aku terus tengok memerhatikan gelagat mereka. Pelbagai kata2 kesat yang dilemparkan. Mak bapak pun masuk sedangkan mereka tak bersalah. Dalam meniti video tersebut hati aku terusik dan dalam tak sedar mata ini mengeluarkan setitis cecair. Aku tak paksa die keluar tapi kesayuan buat die keluar. Ya Allah ini kah anak bangsa ku untuk pimpin negarasuatu hari nanti??? Aku takut anak cucuku akan hidup dalam penderitaan suatu hari nanti. Nabi pernah bersabda, ‘ jika ingin melihat pemerintahan masa hadapan,tengoklah anak muda masa kini’. Anak muda kni ramai yang hanyut dengan kemewahan dunia. Wanauzubillah mohon aku dijauhkan dari segala kemungkaran.

Aku bakal menjadi pendidik, aku takut melihat video tersebut takut anak murid aku seperti itu. Ya Allah bantu hambamu ini. Jauhilah kami dari segala kemurkaan Mu. Aminnn……

 

p/s pesanan buat dirirku serta sesiapa yang membaca. Sama2 kita bergerak kearah jalan yang tiada kemurkaan Allah.

 
5 Komen

Posted by di 24 Julai 2009 in AGAMA, APA JUA, ISU SEMASA, Kehidupan, LUAHAN RASA

 

KESIBUKAN

P5230156

…………………..Bukan nak berkira tapi cuma ingin bercerita dan mencerita………………………………………..

……………………..kehidupanku kini makin dilanda kesibukan…………………………………………………………..

………………………………..kesibukan asgment dan juga kolej tercinta………………………………………………..

………………………………….. Doaku agar ALLAH memberikan aku peluang dan ruang bagi menjalani……………………….

……………………………………..amanah dan ibadah ini dengan sebaik2nya……………………………………………..

p/s rahim cayok2!!!!

 
5 Komen

Posted by di 21 Julai 2009 in Kehidupan, Kolej Canselor, LUAHAN RASA

 

KULIAH TASAWUR VS KESAYUAN

P5220134

Kolej-kolej kediaman university putra Malaysia kini mewujudkan ataupun meneruskan kembali kuliah tasawur. Kuliah ini diadakan pada setiap hari rabu selepas solat maghrib berjemaah. Aku sangat gembira kerana kuliah ini akan dapat membantu menambahkan lagi ilmu agama aku. Aku sangat gembira! Tenaga pengajar adalah ustaz daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS). Kuliah ini dah mula pada 14 julai lalu. Tapi disebalik kegembiraan aku tadi didatangi dengan kesayuan. Kesayuan ini disebabkan oleh bilangan warga yang turun untuk menghadiri kuliah tersebut. Hati ku sayu dan sedih melihat sekumpulan kecil sahaja yang turun. Aku terkejut, adakah ini sambutan warga kepada ustaz yang datang dari jauh ini??? Sejuta persoalan bermain di fikiran ini. Mana semua warga?? Mana semua MTM?? Selepas aku melaungkan azan maghrib, aku ternampak seregombolan pelajar baru naik dari bermain bola. Hmmmm…..hati berkata “ dah azan baru nak naik”. Dan terus aku turun ke pusat kegiatan pelajar. Melangkah je kaki ke pkp tersebut, aku melihat hanya 3 orang pelajar lelaki yang ada bersama ustaz tersebut dan juga sebaris pelajar perempuan. Hmmmm… “ini je ke budaknya? Mana yang lain?” mana semua barisan kepimpinan Kolej???? Aku rasa sangat terharu. Sedih melanda hati. Setiap kali meeting aku selalu katakana bahawa sebagai pemimpin kita perlu berubah sebelum suruh orang berubah. Tapi perkara itu hanya sia2 dan hanya di kata2 ku sahaja. Selepas solat maghrib berjemaah, datang lagi 2 or 3 orang pelajar lelaki. Alhamdulillah bertambah jemaah. Pengisian kuliah tersebut sangat menyentuh hatiku. Tajuknya juga tentang hati. Dalam tak sedar mata ini mengeluarkan air yang jernih. Aku tahu aku banyak dosa maka aku mengharapkan keampunan dari ALLAH. Dalam kuliah itu juga, ustaz menyuruh kami pada minggu akan datang supaya menarik 1orang bagi setiap yang hadir. Insyallah aku akan usahakan.  Kuliah ini diakhiri dengan zikir dan doa. Selesai solat, aku mengiringi ustaz untuk minum sehingga dia pulang.

Selesai semua aku melangkahkan kaki ke Bilik saf pimpinan. Kemasukan aku ke dalam bilik tersebut disambut dengan sentakan yang sangat terkejut dan hebat. Persoalanya “ kenapa ye berbaju melayu?” haaaaaaa? X tau ke ada kuliah? Kalau tak silap aku semua barisan kepimpinan tahu akan setiap hari selasa ada kuliah. Aku terkejut dan sedih. Perkara ini dah dimaklumkan dan dibuat pengumuman kerap kali. Ooooooohhhhh tidak!!!!! Ape yang belaku? Aku makin tak faham. Aku tahu semua pimpinan sibuk untuk adakan meeting ajkt tapi berilah masa untuk amalan kita. Amalan hidup di alam kemudiaan nanti. Aku terus naik bilik dengan hati yang sangat sayu serta fikiran yang celaru…. hari yang sangat sayu.

p/s ini semua aku pesankan untuk diriku

 

DUGAAN DAN CABARAN….

3550569795_61f6152fcf

Kehidupan banyak akan cabaranya. Mahupun sebagai pemimpin, rakyat dan juga manusia. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ku tempuhi bagi meniti hari-hari yang dikurniakan ini. Alhamdulillah kerana aku diberi peluang untuk menghirup udara yang nyaman ini. Apabila peluang ini diberikan bermakna aku harus tempuh dugaan dan cabaran yang dikurniakan kepadaku. Dugaan dan cabaran inilah membuatkan hidup seorang manusia semakin matang. Kerana pengalaman  mematangkan fikiran.  Dugaan dan cabaran ini juga adalah sebagai tanda bahawa Maha Pencipta masih sayangkan mahluknya dan DIA mahukan manusia ciptaanya ini berubah kearah jalan yang diredhai olehNYA. Pelbagai dugaan yang aku harus tempuhi buat masa ini. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang sedang aku lalui sekarang ini, kerana tiada tempat untuk ku meluahkan segala yang terpendam kecuali PenciptaKu iaitu ALLAH s.w.t yang Maha mendengar. Serabut memikirkan akan yang mendatang ini tapi biarlah aku lalui dengan senyuman. Walaupun senyuman yang ku selalu ukirkan tetapi disebaliknya penuh dengan onak dan duri kehidupan seorang hamba sahaya ini. Cinta dan juga kasih sayang  juga harus ku ketepikan walaupun hati ini masih mengingatinya. Susah untuk melupakan sesuatu yang disayang tapi ini pengorbanan bagiku.  Biarlah pengorbanan ini dibalas oleh Allah Yang Esa sahaja. Walau apa pun yang berlaku aku sedia terima kerana aku tahu disebalik kejadian yang berlaku ada hikmah dan nikmat yang akan dikurniakan. Ya Allah hambamu ini terima segala yang diberikan kepada ku.

 
3 Komen

Posted by di 13 Julai 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA

 

KADAR KELAHIRAN MENURUN!

KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan risiko bilangan penduduk yang mengecut berikutan kadar kelahiran bayi yang semakin menurun.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata walaupun pesakit ginekologi di Malaysia bertambah 15 peratus, kadar kesuburan di Malaysia dianggap menurun berbanding 1990-an.

Memetik laporan Tabung Pendidikan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), Liow berkata, kadar kesuburan di Malaysia adalah 2.6 bayi untuk sepasang suami isteri pada 2007 iaitu penurunan daripada kira-kira 3.6 bayi untuk satu pasangan pada 1990.

Penurunan itu dikaitkan dengan banyak faktor, termasuk masalah ketidaksuburan yang dialami penduduk negara ini.

“Masalah ketidaksuburan itu menjejaskan antara 10 hingga 15 peratus pasangan di Malaysia. Justeru, Kementerian Kesihatan sentiasa menyokong usaha seperti kaedah bayi tabung uji (IVF),” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan kelahiran bayi IVF ke- 2,000 di Pusat Perubatan Tropicana di Kota Damansara, Selangor, semalam.

Liow berkata, hingga kini ada 30 pusat kesuburan di seluruh negara dengan kebanyakannya bertumpu di pusat perubatan swasta.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, dalam keghairahan menawarkan kaedah rawatan kesuburan, semua pusat rawatan kesuburan itu mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan berkaitan ART (Teknologi Bantuan Reproduktif).

“Antaranya termasuk pendermaan sperma dan telur untuk ART hanya dibenarkan pada golongan bukan Islam dengan syarat penderma sperma mengenali penerima,” katanya.

Selain, kata Liow, pasangan yang melakukan ART tidak boleh memilih jantina bayi yang bakal lahir melainkan ia membabitkan risiko penyakit genetik yang serius.

p/s kepada semua, cepat2lah kahwin agar perkara ini dapat dielakkan dan seterusnya dapat mencapai hasrat Negara untuk memiliki penduduk yang ramai pada tahun 2020. Huhuh. Nak kahwinlah!!

 
2 Komen

Posted by di 12 Julai 2009 in APA JUA, ISU SEMASA

 

KEKEJAMAN…

3425036904_1eb4b4f4bf

Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

  1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukmin.
  2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
  3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat (Tahyatul Masjid).
  4. Seorang yang berjalan melalui kawasan kubur kemudiaan tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
  5. Seseorang yang sampai di sebuah kota pada hari Jumaat kemudiaan tidak sembahyang jemaah.
  6. Seseorang yang di daerahnya di datangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa2 daripadanya.
  7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing2 tidak bertanyakan nama kawannya itu.
  8. Seorang yang diundang ke jamuan tiba2 dia tidak datang.
  9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedangkan dia tahu bahawa tetangganya lapar tetapi tidak diberikan makanannya itu.

P/S: sama2 kita muhasabah diri bersama…..

 
3 Komen

Posted by di 11 Julai 2009 in AGAMA, APA JUA