RSS

AYAH….

19 Jun

Ayah…

Tanggungjawab yang besar dibahu bagi setiap orang ayah….

Ayah adalah ketua keluarga,

Pencari rezeki,

Guru kepada anak-anak,

Suami kepada isteri,

Anak kepada ibu dan bapa.

Sungguh mulia wahai ayah,

Ayah  penggerak keharmonian rumah tangga,

Anak-anak bergantung harap kepadanya….

Tapi aku….

Ayah,

Selama 22tahun kau tinggalkan aku untuk aku mengenal erti hidup,

Kau tinggalkan aku dengan sekeping gambar untuk ku mengenali dirimu,

Ketika aku dalam kandungan bonda tercinta,

Kau pergi menyahut seruan ilahi,

Aku mengharapkan belai kasihmu tapi tidak pernah ku kecapi…

Kau meninggalkan kami sekeluarga bersama 6 lagi adik beradik,

Kesayuan hati terasa kerana dalam meniti bulan Ramadan kau tinggalkan kami…

Tapi itu dulu….

Kini aku redha dengan pemergianmu,

Ini semua kehendak Yang Maha Esa,

Allah lebih sayang akan dirimu.

Hari bapa kembali lagi,

Untuk menenagkan diriku,

Aku lawati pusara sebagai tanda peringatan itu,

Doaku agar rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang2 mukmin,

Lenalah jasad mu didalam rahab itu,

Aku mohon Allah akan pertemu kan kita di akhirat kelak…

Aminnn…

Ayah,

Jika kau masih menghirup udara kurniaan Ilahi ini,

Akan ku peluk dirimu untuk mengubati rindu ini,

Akan ku luahkan segala onak dan duri yang menyelubungi diri,

Tapi itu semua angan2ku

Kerana ku tahu perkara itu tidak akan tertunai di dunia ini,

Segalanya ku serahkan kepada Ilahi Ya Rabbi….

Al-fatihah….

P5230149

Advertisements
 
3 Komen

Posted by di 19 Jun 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA

 

3 responses to “AYAH….

  1. cheebah@88_chubby

    19 Jun 2009 at 5:12 pm

    al-fatihah…
    emm…xpe…nnt dh ada pak mertua, wat la mcm ayah sendiri eh…

    putraim: wokeh…tp sapa ek??? kui3x

     
  2. lurunna

    20 Jun 2009 at 6:12 pm

    Al-fatihah… cabaran hidup sebagai khalifah di bumi Allah berbeza mengikut kemampuan hambaNya…bersabar & tawakallah, insyallah dipermudahkan segalanya… ^_^

    putraim: aminnn….

     
  3. penglipurlara

    25 Julai 2009 at 6:05 pm

    tacing….

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: