RSS

Daily Archives: 16 Mei 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

guru

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” inilah tema hari guru bagi tahun 2009. Banyak jasa yang telah dicurahkan oleh guru kepada diriku. Dengan keizinan Allah s.w.t. disertai jasa guru-guru yang telah mendidik aku, aku telah berjaya ke puncak menara gading ini. Tanpa guru yang mendidik dan mengenalkan akan aku dengan abjad tiadalah aku di menara gading ini. Alhamdulillah dan terima kasih wahai guru-guru ku. Insyallah aku jua akan bakal menjadi guru. Doaku agar aku menjadi guru yang berjaya mendidik anak bangsa yang berguna. Pelbagai dugaan dan cabaran seorang guru yang perlu dilalui untuk mendidik anak bangsa. Kini cabaran guru semakin mencabar jika dibandingkan dengan seorang guru dahulu. Dugaan dan cabaran ini akan dilalui dengan tabah oleh bakal2 guru. Insyallah Allah akan mengiringi orang-orang yang sentiasa tabah dan sabar dalam menjalani kehidupanya.

Guru,

Kau ibarat lilin yang menerangi kami,

Kau penyuluh jalan yang dilalui,

Tanpa mu guru,

Tiadalah kejayaan yang telah dikecapi.

Jika hakim menang bicara hari ini,

Jika Doktor berjaya menjalani pembedahan hari ini,

Jika Perdana Menteri berjaya memerintah Negara hari ini,

Jika angkasawan berjaya naik ruang angkasa hari ini,

Semuanya bermula daripada seorang guru yang berbakti.

Seorang guru yang biasa.

Terima kasih guru,

Anak didikan mu tidak akan melupakan dirimu,

Doa akan mengiringi hidupmu,

Agar dirimu sentiasa di bawah naungan rahmat yang Abadi.

Terima kasih guru.

SELAMAT HARI GURU!!!!

guru1

 
1 Komen

Posted by di 16 Mei 2009 in APA JUA, ISU SEMASA, LUAHAN RASA