RSS

JALAN KE SYURGA PENUH DURI

14 Mei

3467666707_eb1526033a

Jalan ke syurga penuh dengan dugaan dan cabaran, ramai yang menolak jalan yang penuh duri itu. Tetapi jika diberi pilihan samada mahu syurga ataupun neraka..pasti dan yakin semua mahukan syurga. Tetapi jalan ke syurga tidak mahu diikuti.  Apakah kita mahu mendabik dada tentang amalan kita sendiri?? “ masuk bakul angkat sendiri”… saidina Ali yang merupakan sahabat nabi yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan kerana beliau merasakan perjalanan ke syurga itu amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan sifat zuhud dan banyaknya melakukan amalan ibadat. Bagaimana dengan diri kita?? Saidina Ali sendiri menggigil mengenangkan bekalan yang sedia ada sedikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh. Justeru, kita selidiki kembali amalan-amalan yang telah kita lakukan dan jangan mudahkan perkataan ianya cukup untuk bekalan kita di sana nanti. Fikir-fikirkan dan renungkanlah…..

Sesungguhnya, kita harus mengharungi kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini mudah-mudahan Allah akan mengampunkan dan meninggikan darjat kita. Sesungguhnya dunia bukanlah tempat untuk bersenang-lenang, sebaliknya kesenangan hanya di akhirat. Didunia bukan tempat untuk enjoy tetapi enjoy lah di akhirat nanti dengan sepuas-puasnya. Seseorang tidak akan diberi pahala jika tidak bersusah – payah menempuh dugaan dan cabaran. Allah akan kurniakan ganjaran kepada mahluknya yang sanggup berkorban demi Allah yang esa. Tetapi kedewasaan ini, manusia sering alpa dengan janjinya kepada Allah sebelum diturunkan ke muka bumi ini. Pelbagai pekara yang mungkar, zina dan maksiat yang dilakukan tanpa berasa salah kepada Allah mahupun diri sendiri. Ini juga merupakan salah satu kezaliman kepada diri sendiri.

p/s: sama-sama kita mengejar keredhaan selagi nyawa dikandung badan. Sesungguhnya setiap hari ajal menjengguk kita untuk dijemputnya…

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 Mei 2009 in AGAMA

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: