RSS

BN yang haru biru….

13 Mei

Hormat menghormati adalah perkara yang paling mulia dan terbaik. Berita hari ini, Perdana Menteri meminta Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat saling menghormati jika mahu arena politik di Perak adalah aman dan terbaik. Hmmmm aku mula berfikir, perkara ini mula muncul apabila kerajaan or Barisan Nasional berada dalam keadaan tersepit dan sangat tersepit. Saling menghormati ini juga telah dicemarkan sendiri oleh Barisan Nasional ketika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Negeri Perak. Barisan nasional sendiri yang tidak menghormati kehendak rakyat negeri Perak. Pakatan Rakyat telah diberi kepercayaan untuk memerintah Perak, tetapi BN sering menyibuk dengan keputusan rakyat. Adakah ini yang dimaksudkan dengan Demokrasi??? Adakah ini dimaksudkan saling hormat menghormati??? Sekarang barulah nak timbul perkara saling menghormati. Inilah tektik yang sering dipermainkan oleh kerajaan barisan nasional. Kerajaan yang sering mengelirukan rakyat. Fikirlah yang rakyat memerlukan kebebasan dan bukan berada di bawah penindasan kerajaan. Kerajaan jangan duk sibuk lagi dengan keputusan mahkamah. Terimalah keputusan yang telah ditetapkan, jangan duk merayu- merayu lagi. Jagalah negeri yang berada dibawah pentadbiran barisan nasional. Jangan sampai negeri yang dibawah BN terabai. Ini akan memburukkan lagi keadaan politik barisan nasional. Terimalah hakikat. Jangan jadi macam orang yang tidak menerima kenyataan. Dengan menerima keputusan mahkamah ini juga merupakan saling hormat menghormati sesama barisan nasional dengan pakatan rakyat.

p/s: pemimpin bermuhasabahlah dengan apa yang telah berlaku. Jika mahukan BN diberi kepercayaan untuk memerintah.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Mei 2009 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: