RSS

Daily Archives: 13 Mei 2009

CINTA SEORANG MAK…

2677809071_b9fbfd384f

Bila dahaga, yang susukan aku…. mak

Bila lapar, yang suapkan aku…. mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak

Bila bangun tidur, aku cari…. mak

Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak

Bila nak bermanja, aku dekati…. mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak

Bila nakal, yang memarahi aku…. mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak

Bila takut, yang tenangkan aku…. mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak

Aku selalu teringatkan …. mak

Bila sedih, aku mesti talipon…. mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”

Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga….. mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak

Bila ada masalah, yang paling risau…. mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak

Yang selalu berleter kat aku… mak

Yang selalu puji aku…. mak

Yang selalu nasihat aku…. mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak

Apabila dah ada pasangan…

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku

Bila sedih, aku cari…. mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat…. emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku

Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya……..

Tapi kalau mak sudah tiada….. …..

MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Mei 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA

 

CIC 011 (CANSELOR INSTRUCTOR COURSE 011)

Berakhirnya program cico11 pada 09/05/2009 yang aku berada di hutan selama 2 minggu. tahniah kepada semua yang menjayakan terutama kengkawan instructor ku dan juga para peserta. harapan kami semua instuctor agar peserta cic011 mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. huhu banyak ilmu yang telah aku pelajari. Alhamdulillah semuanya telah selamat. rindu pulak kat korang semua, walaupun dalam hutan, kelak tawa yang tidak mengeringkan gusi membuatkan suasana hutan yang sunyi dapat dipecahkan. hheheheh. pelbagai gelagat yang timbul, roomate ku yang sorang tu dengan lagu kedai bersihnya, che as dengan bingo nye, che nuh dengan soduku nye. hmmmm…. kenangan semuanya yang telah diukirkan. insyallah panjang umur kita bertemu kembali di cic 012.

cic 0111

terukir sebuah kenangan

cico11

 
1 Komen

Posted by di 13 Mei 2009 in APA JUA

 

BN yang haru biru….

Hormat menghormati adalah perkara yang paling mulia dan terbaik. Berita hari ini, Perdana Menteri meminta Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat saling menghormati jika mahu arena politik di Perak adalah aman dan terbaik. Hmmmm aku mula berfikir, perkara ini mula muncul apabila kerajaan or Barisan Nasional berada dalam keadaan tersepit dan sangat tersepit. Saling menghormati ini juga telah dicemarkan sendiri oleh Barisan Nasional ketika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Negeri Perak. Barisan nasional sendiri yang tidak menghormati kehendak rakyat negeri Perak. Pakatan Rakyat telah diberi kepercayaan untuk memerintah Perak, tetapi BN sering menyibuk dengan keputusan rakyat. Adakah ini yang dimaksudkan dengan Demokrasi??? Adakah ini dimaksudkan saling hormat menghormati??? Sekarang barulah nak timbul perkara saling menghormati. Inilah tektik yang sering dipermainkan oleh kerajaan barisan nasional. Kerajaan yang sering mengelirukan rakyat. Fikirlah yang rakyat memerlukan kebebasan dan bukan berada di bawah penindasan kerajaan. Kerajaan jangan duk sibuk lagi dengan keputusan mahkamah. Terimalah keputusan yang telah ditetapkan, jangan duk merayu- merayu lagi. Jagalah negeri yang berada dibawah pentadbiran barisan nasional. Jangan sampai negeri yang dibawah BN terabai. Ini akan memburukkan lagi keadaan politik barisan nasional. Terimalah hakikat. Jangan jadi macam orang yang tidak menerima kenyataan. Dengan menerima keputusan mahkamah ini juga merupakan saling hormat menghormati sesama barisan nasional dengan pakatan rakyat.

p/s: pemimpin bermuhasabahlah dengan apa yang telah berlaku. Jika mahukan BN diberi kepercayaan untuk memerintah.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Mei 2009 in ISU SEMASA