RSS

Monthly Archives: Mei 2009

SALAM TERAKHIR

94

salam terakhir buat teman-teman dan juga sahabat-sahabat dan juga buat yang melawat blog ini aku tujukan…. huhuhuhu macam dah tak kembali lagi pulak tapi mana tau kan umur pendek…hmmmmm… huhu sebenarnya aku akan balik ke kampung mulai 25/05/2009 hingga 17/06/2009. akhirnya dapat jua aku bercuti di kampung seketika. walaupun cuti tapi otak masih berkerja untuk kolej tercinta ini. bermakna, blog ini akan bersawang lah nampaknya….tapi takpe, nanti aku update…heheheh….buat teman dan sahabat, aku minta maaf disepanjang aku bersama kalian semua. doakan perjalananku akan selamat dan panjang umur kita bertemu lagi pada semester akan datang. insyallah… waaaaa sedih pulak.. Bye!!!!

Advertisements
 
2 Komen

Posted by di 24 Mei 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA

 

JIKA AKU JATUH CINTA…

3195913042_a3b31f9cf1

YA ALLAH!

Jika aku jatuh cinta

Cintakanlah aku pada seseorang

Yang melabuhkan cintanya padaMU,

Agar bertambah kekuatanku untuk

menyintaiMU

Ya Muhaimin,

jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMU

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu….

Ya Rabbana,

Jika aku jatuh hati

Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling

Daripada hatiMU

Ya Rabbul izzati,

Jika aku rindu

Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui

Syahid di jalanMU

Ya Allah

Jika aku menikmati cinta kekasihMU

Jagalah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya

Bermunajat di sepertiga malam terakhirMU…

Ya Allah!

Jika aku jatuh hati kepada kekasihMu

Jaganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU

Ya Allah!

Jika kau halalkan aku merindui kekasihMU

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga

Melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi

Hanya kepadaMU….

Aminnnn……

3133796783_414349fe30

 
2 Komen

Posted by di 20 Mei 2009 in AGAMA, APA JUA, LUAHAN RASA

 

BERKAHWIN VS STUDY SIRI2

CINTA

BerKahwin vs study siri ke 2 muncul kembali, pelbagai pendapat dan pandangan yang dilontarkan tapi ingatlah bahawa salah satu jihat adalah jihat melawan hawa nafsu. Hawa nafsu yang tidak dikawal akan mendatangkan pelbagai masalah yang perlu ditanggung oleh seseorang. Insyallah sesuatu yang dilakukan kerana Allah s.w.t akan dibalas olehNYA. Itu janji tuhan iaitu setiap yang dilakukan ikhlas kerana Allah pasti diberi ganjaran sama ada didunia ataupun akhirat. Berkahwin dan study adalah dituntut dalam islam. Berkahwin adalah menyempurnakan separuh daripada agama. Study juga dituntut dalam agama islam. Untuk berkahwin juga memerlukan ilmu jangan duk main hentam kormo sahaja, tengok orang kawin, kita nak kawin tapi ilmu mendirikan rumah tangga tiada. Jangan lupa akan tangungjawab kepada ibu. Dalam apajua keadaan dahulukan yang pertama, Allah dan Rasul. Yang kedua adalah ayah dan ibu. Dalam membuat keputusan untuk berkahwin mengadulah kepada Allah dahulu, insyallah pasti Allah bagi jawapan yang terbaik. Kemudiaan mengadulah kepada ayah dan ibu kerana restu ayah dan ibu adalah penting dalam melayari kehidupan. Berkahwin vs study ini ,mengikut prinsip  seseorang.  So perkara ini adalah subjektif dan hal ini juga ditegaskan sekali lagi bahawa ini mengikut prinsip dan juga pendirian masing-masing. jika kemampuan telah mencukupi serta mendapat restu ayah bonda berkahwinlah kerana pelbagai masalah dapat dielakkan…

 
2 Komen

Posted by di 19 Mei 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA

 

ARUS…

islam1

Arus….

kita adalah arus

kenal kelodak dari puncak

kita adalah arus

perakam landskap

flora dan fauna

kita adalah arus

akhirnya lesu

setiba di muara

lalu tiba-tiba ombak memukul

dan kita ditarik ke tengah

bersatu dengan samudera

hingga tidak lagi mengenal diri

kerana kita

adalah arus yang tiada jati diri…..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 Mei 2009 in AGAMA, APA JUA, LUAHAN RASA

 

AURAT MUSLIMAT

tudung

SELOKA AURAT

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun ‘make up’.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan seperjuangan.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekalikeluarga anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka diberi,
Harap dapat muhasabah hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati

senyum

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 Mei 2009 in AGAMA, LUAHAN RASA

 

TAUBAT SEORANG HAMBA…

3257175498_a16e948692

Ya Allah! Ya Rabbi….hambamu ini bertaubat atas kezaliman dan kesalahan yang telah aku lakukan. Ya Allah! Kau terimalah taubat hambamu ini….hambamu ingin berubah… kezaliman terhadap diri sendiri menyebabkan diriku semakin sempit… takut akanku terhadap seksaan Mu yang sangat pedih. Aku tak sanggup untuk menaggung seksaan Mu itu. Ya Rabbi! Bimbing diriku ke jalan yang kau redhai bukan ke jalan yang kau murkai. Aku janji padaMu Ya Rabbi, aku tak akan ulang perbuatan yang keji dan terkutuk itu lagi. Ya Allah!! Amanah dan tanggungjawabku terhadap Mu telah aku abaikan, dek kerana syaitan yang menghasut dan nafsu yang menguasai diri. Aku malu Ya Allah, Aku Malu…aku malu padaMu, pada keluarga, sahabat dan juga rakan2 ku.. tidak layak rasanya diri ini berada di atas muka bumi Mu.. pelbagai dosa dan noda yang telah aku lakukan. Pohonku Ya Rabbi, bimbinglah hati yang gelap ini agar terbuka satu sinar keinsafan dan ruang keampunan   bagi diriku. Kau tetapkanlah iman hambaMu yang hina lagi keji ini Ya Allah.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(fushshillat :36)

“Barangsiapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakan untuk kemudharatan dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

(An-Nisa; 111)


 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 Mei 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA

 

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

guru

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” inilah tema hari guru bagi tahun 2009. Banyak jasa yang telah dicurahkan oleh guru kepada diriku. Dengan keizinan Allah s.w.t. disertai jasa guru-guru yang telah mendidik aku, aku telah berjaya ke puncak menara gading ini. Tanpa guru yang mendidik dan mengenalkan akan aku dengan abjad tiadalah aku di menara gading ini. Alhamdulillah dan terima kasih wahai guru-guru ku. Insyallah aku jua akan bakal menjadi guru. Doaku agar aku menjadi guru yang berjaya mendidik anak bangsa yang berguna. Pelbagai dugaan dan cabaran seorang guru yang perlu dilalui untuk mendidik anak bangsa. Kini cabaran guru semakin mencabar jika dibandingkan dengan seorang guru dahulu. Dugaan dan cabaran ini akan dilalui dengan tabah oleh bakal2 guru. Insyallah Allah akan mengiringi orang-orang yang sentiasa tabah dan sabar dalam menjalani kehidupanya.

Guru,

Kau ibarat lilin yang menerangi kami,

Kau penyuluh jalan yang dilalui,

Tanpa mu guru,

Tiadalah kejayaan yang telah dikecapi.

Jika hakim menang bicara hari ini,

Jika Doktor berjaya menjalani pembedahan hari ini,

Jika Perdana Menteri berjaya memerintah Negara hari ini,

Jika angkasawan berjaya naik ruang angkasa hari ini,

Semuanya bermula daripada seorang guru yang berbakti.

Seorang guru yang biasa.

Terima kasih guru,

Anak didikan mu tidak akan melupakan dirimu,

Doa akan mengiringi hidupmu,

Agar dirimu sentiasa di bawah naungan rahmat yang Abadi.

Terima kasih guru.

SELAMAT HARI GURU!!!!

guru1

 
1 Komen

Posted by di 16 Mei 2009 in APA JUA, ISU SEMASA, LUAHAN RASA