RSS

BERKAHWIN vs STUDY…

25 Apr

3442966767_4f2feb7ab3_o

Baru- baru ini aku ada terbaca sebuah blog yang meminta pendapat tentang kahwin ketika dalam pengajian… hal tersebut membuat aku terfikir dan berfikir sejenak. Perkahwinan…. Memang perkara yang ditunggu-tunggukan oleh setiap pasangan bercinta. aku pun nak kawin. huhu…Alangkah bahgianya apabila telah mendirikan rumah tangga yang bahagia… tapi wajarkah perkahwinan ketika sedang belajar???? Mampu ke untuk menyara keluarga yang bakal di bina??? Dah puas hidup zaman remaja?? Mak dan ayah dikampung??? Dah habis balas jasa mereka??? Dah terbayar harga susu ibu??? Mak ayah sebenarnya tak minta anak mereka untuk bayar pengorbanan yang mereka telah diberikan. Tapi fikirlah perasaan mereka, penat jerih mereka mencari duit untuk perbelanjaan kita di pengajian tapi belum lagi tamat pengajian kita dah sibuk nak kahwin.. duit pinjaman PTPTN pun belum habis bayar lagi, dah nak cari beban lagi. mak ayah mahukan anak mereka berjaya. kalau mereka nak anak mereka kawin awal lebih baik mereka suruh kawin apabila tamat tingkatan 5 je. memang hukum perkahwinan jadi wajib jika kita dah mampu dan untuk mengelakkan berlakunya maksiat. Tapi fikir tak, yang dalam islam sendiri pun tak wujud istilah couple… x ada couple-couple dalam islam...anak muda kini bahagia dengan hidup bercouple, tapi fikir tak yang kita dah mendekati perkara zina??? zina hati, zina mata dan macam2 lagi. sekarang salah siapa??? Salah mak dan ayah??? Ooohhh tidak, mak ayah tak pernah suruh anak mereka couple ketika dalam pengajian. Balik dan tanyalah mereka, yang mereka mahukan adalah anak mereka tumpukan kepada pelajaran dahulu… mak ayah bagi duit belanja untuk perbelanjaan di pusat pengajian bukan beli topup untuk telefon awek. Telefon awek sampai berjam-jam, tapi telefon mak ayah dikampung ada sampai 2-3 jam??? ada yang tak telefon langsung pun ada. telefon awek cakap sayang kat dia, tapi kat mak ayah ada kita call die kita cakap kita sayang kat dia??? kadang-kadang sebenarnya mak ayah rindukan panggilan telefon daripada anaknya. mak ayah tak pernah lupa kita apabila telah hantar kita ke pusat pengajian. Terfikir tak kita yang kita telah zalim dengan diri sendiri dan mak ayah kerana telah menyalah gunakan duit yang telah diberikan. Mak ayah dikampung pagi dan petang berlari-lari cari duit bagi anak-anak makan, sampai tersungkur untuk cari duit. mak ayah sanggup x duit apabila anak mereka di pengajian tak da duit belanja.. tapi kita beli topup untuk awek.. pasti ada yang kata, mereka x mintak duit mereka, beli topup guna PTPTN, hai kawan kalau tak ada mak ayah jadi penjamin, ada kita dapat duit pinjaman PTPTN??? sama2 kita fikirkan. kalau kita mati awal, sapa nak bayar PTPTN?? penjamin lah yang kene bayar. sapa penjamin??? mak ayah lah sapa lagi.. bayar hutang anak yang telah habiskan kerana cinta. Cintan cintun ketepikan dahulu, ini bukan masanya. Janji Allah s.w.t akan sampai pada masanya nanti, telah Allah ciptakan manusia itu berpasang-pasangan… tidak kan lari gunung dikejar. Bercintalah sepuas-puasnya apabila ijab dan Kabul telah di langsungkan sedangkan itu lagi suci dan murni… kenapa harus kita kejar masa cinta yang dilarang??? Jangan takut, akan ada suatu masanya untuk kita bercinta sakan sekalipun…. Peganglah mana yang disuka, tak wujud sebarang zina dan dosa pun. Kenapa masa yang dilarang pegang, kita nak sangat pegang, tapi bila dah boleh pegang, kita tak nak pun pegang tangan isteri.

Tidakkah terlalu muda usia untuk berkahwin awal??? Usia baru menjangkau 20-24 tahun, dah nak kawin… hmmmm.. puaskanlah zaman remaja ini dahulu.. banyak lagi yang perlu dicari ketika usia remaja. Mengikut perangkaan pendaftaran rujuk dan cerai. Golongan muda lebih tinggi kadar penceraianya. Hal ini boleh dikaitankan dengan, usia muda hanya mengikut hawa nafsu tanpa berfikir panjang. Apabila dah kahwin dan dapat anak sorang, timbullah perkataan bosan. Kenapa perkataan bosan ini wujud??? Ia wujud oleh kerana, dah terlalu puas ketika bercinta dahulu dan juga zaman muda tak puas lagi enjoy. Gunalah zaman remaja ini sebaik-baiknya, banyak lagi yang perlu kita cari. Jangan takut, akan sampai masanya nanti, kawin lah tidak ada siapa pun yang larang. Bercintalah apabila dah kawin nanti hingga ke hujung nyawa. kalau benar kita berpegang dengan tali Allah, kita tak langgar perintah Allah…kalau nabi jadi ikutan, kita tak lakukan semua ini. apa yang lebih utama??? 1. ibu, 2. ibu 3. ibu 4. ayah… bukan awek!!! bukan awek!!! bukan awek!!! syaitan sentiasa pujuk raju kita untuk bercinta sakan, so nak ikut cakap syaitan ke Allah???? betul, jodoh pertemuan ditangan tuhan, tapi kalau kita x berusaha menjauhinya, memang tak akan kemana. kalau sakit, ia Allah yang bagi kita sakit, tapi kalau kita tak berusaha cari ubatnya, bila kan baik penyakit itu?? doa adalah senjata umat islam, berdoalah kita sama2 agar maksiat, zina dan sebagainya terhindar dari kita… kalau kita dekat denganNYA, insyallah dia akan pelihara kita… untuk elak maksiat bukan kawin sahaja jalan penyelesaianya, kalau kita benar2 pegang tali Allah kuat2 insyallah kita akan terpelihara. menahan nafsu merupakan salah satu jihad. jihad untuk mendapatkan keredhaan Allah.

p/s renungan untuk perjuangan abadi sendiri ini juga tentang perjuangan abadi…so jangan ikut ye… huhuhu…. kalau ada pandangan commentlah.. agar kita boleh bertukar-tukar pendapat bersama.teringat kata dr syeikh muszaphar.. bagi dia, hidup ini bukan setakat cari pasangan, kahwin, dapat anak dan menjadi tua begitu sahaja. tapi banyk lagi perkara yg sebenarnya perlu dilakukan oleh manusia iaitu hidup utk mejadi seorang yg bermanfaat kpd agma, bgsa dn ngara. kalau masa belajar kahwin, dri stu sudt memng mengelakkan maksiat, tp dri sudut yg lain, kalau berkahwin tika belajar itu membuatkan hidup kita lebih skar krn byk tggungjwb yg perlu dipikul, kan lebih baik kt habiskan blajr dhulu sambil thn nafsu diri sendiri. ini adalah jihad

Advertisements
 
9 Komen

Posted by di 25 April 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA

 

9 responses to “BERKAHWIN vs STUDY…

  1. lurunna

    25 April 2009 at 2:42 am

    Wajar dan xwajar…wajar krn pkahwinan 2 leh elak bnd bkn2, bcinta zmn skang mne sm ngn zmn aku dulu..ehh..hahah..xwajar cz myusahkan mak bapak…haiyaa..

    putrawawasan….knp perlu bercinta sekarang? bukan ke x istilah couple dlm islam… lurunna brcinta dah brapa kali? hahahah

     
  2. lurunna

    25 April 2009 at 5:26 am

    jodoh, ajal, maut…smuanya di tangan Tuhan…hati & perasaan ini subjektif utk ditafsirkan…selagimana kita pandai mjaga batas pergaulan, xde masalah rasanya utk bcinta…berkahwin diusia muda, xsalah selagi kita mampu…dlm Islam sendiri xmelarang kita utk berkahwin diusia muda…bukankah bkahwin itu lebih baik dr melakukan maksiat?…tp tserah lah pd indi sndiri bgmana utk tafsirknnya…stp pkara ada pro kontranya…bg Lurunna plak usia sy msh terlalu muda utk bkahwin, byk gi yg perlu dilakukan namun ramai gak kwn2 yg sebaya da kawin, tumpang gembira krn mrk ade husband yg menjaga mrka…xsusahkan ibubp lagi..

    putraim: betul, wanita apabila dah kawin, tanggungan di tangan suami. tapi kalau lelaki, ia perlu bimbing dan sara wanita. kalau ia sendiri belum ada kewangan yang kukuh, dia nak bagi isteri n anak2 makan apae? makan pasir ka rumput? huhuhu…. 🙂 lurunna, ko kwin awal x pe. hahahah

     
  3. Sue is bintang7

    25 April 2009 at 10:27 am

    Kahwin muda?? Erm..depend pd individu. Kahwin mrupakan stu jln utk elak mksiat. Yela..tika kite muda ni la setan berpngkt tggi yg asyik goda kte. Klu nk kta kwin ms blajar mnyusahkan, ader jer yg mampu wt. Stiap mnusia berbeza thp kemtangan nyer. Bkn bmksud yg rs xmmpu nk sara kluarga tika blajar itu xmatang tp mybe blum bersedia utk mmberi komitmen. Zmn dh brubah, skrg suami istri brsama2 mncari nafkah. Time blajar,kte idup mcm psngan yg msih blajar. Anak gngu kte blajar? So, lakukan lah prancangan..Khwin bkn mngorbankan zmn remaja…nikmatilah dgn gaya anda yg tlh brumah tgga!!!

    p/s: pnjg lak…just pndpt…huhu…

    putraim: untuk elak maksiat bkan kwin saja jlnya. kita kan ada agama, knp kita x pegang kuat2? Allah tidak akan ubah nasib sesuatu umat melainkan dia yang mengubah sendiri. 🙂

     
  4. fazilyahaya

    25 April 2009 at 4:03 pm

    ada beberpa perkara yang kurang jelas disini pada pendapat saya,

    1. pasangan yang bagai mna ingin dilihat? adakah dua2 belajar, atau seorang belajar seorang bekerja.

    andai masih belajar, ada kemampuan, mendapat restu, berkahwinlah. ape yang menjadi masalahnya. syaitan akan menangis setiap kali anak adam mendirikan rumah tangga.

    kalau seorang sudah bekerja. Allhandulillah. sama2 berbincanglah demi kebahgiaan bersama.

    jodoh dan pertemuan itu dijalan Allah. tak kan kita nak menafikan ia. andai datang seruan berkahwin. maka akan berlakulah perkahwinan tak kiralah kita masih belajar atau bekerja.

    perkahwinan boleh menyelamatkan agama
    perkhwinan mengeratkan 2 jiwa dan 2 keluarga,
    perkahwinan menyelamtkan gadis dari di kacau dan digoda
    perkahwianan menyelamatkan teruna dan dara dari fitnah dan azab api neraka.

    2. rasanya perbincangan bukan pada perkhwinan msa belajar. ‘tapi bercinta masa belajar’.

    akhir kata

    sesungguhnya setiap amalan itu dikira berdasarkan niat. mudah2an niat yang baik kan mendapat kerdhaan Allah.

    -kawinmudaholic- hehe

    putraim: 1. yang dimaksudkan kedua2nya berlajar.. kalau sorang dah keje pe lg kawin je lah, mmg x salah…den pun nak. kuikuikui….

    2. oh ye ke? ok nnti tkar tjuk… huhahahahhu

     
  5. tenzokami

    25 April 2009 at 4:29 pm

    hehehe….
    i nk kwin muda…hehe….

    putraim: bgus elakkan dapat anak sindrom down

     
    • cheebah@88_chubby

      25 April 2009 at 11:32 pm

      kak sue nk kawen muda ye kak sue….mklumla, dh terjumpa yg teristimewa…selamat berbahagia ye kak sue….hoho

      putraim: k.su tgh brbahgia… huhu

       
  6. lurunna

    25 April 2009 at 5:49 pm

    fazil…analisis sgt…!

    putraim: fazil kan penganalisis. hahahah

     
  7. cheebah@88_chubby

    25 April 2009 at 11:31 pm

    fuyoo abg fazil…
    detail sey….
    emmm…
    perenggan awal ckp psl kawin muda…
    tgh2 citer psl kawin ms study…
    last ckp psl couple….
    byk jgk yg im ni nk sampaikan ye…

    emmm…
    kalu psl kawin muda 2, btol mcm yg laen kata, dpt elakkan maksiat…tp kalu mampu kawen la, kalu x, jgn last2 nyusahkan org sekeliling…terutamanya mak bapak…bgus kawen awal ni, terutamanya pompuan…xnyusahkan mak bapak nk tggung lg…

    kawen ms tgh study ni, mcm abg fazil kata kalu slh seorg tgh bkerja n sorg lg tgh bljar ok rsnya…2 pn kalu mampu..kalu lelaki yg bekerja, e2 lg baek…kalu nk kawen sgt la kan…

    komen psl couple 2, mcm kak aida kata org zaman dulu bercinta xsm dgn org zaman skrg…so, xley la nk bandingkan kan…semuanya atas diri msg2…bkn kata kalu couple xpegang agama…xslh rsnya selagi xmelanggar batas2 dlm islam…sndr mau ingat la…msg2 dh beso, trasa ingin disayangi n menyayangi…so, sndr kn mau ingat la…kn pndy la bwk diri kalu nk couple pn…kalu rs dh nk ke arah zina 2, pndy2 la elak ye…saling mengingati la antara pasangan 2…

    ingtan utk diri sndr jgk…;)
    kalu ada salah pape mntak maap ye…
    besela bdk2 komen…hoho

    putraim: tahan nafsu merupakan satu jihad. jihad ke jalan Allah.

     
  8. anaktupai

    3 Mei 2009 at 1:27 am

    teringat kata dr syeikh muszaphar.. bagi dia, hidup ini bukan setakat cari pasangan, kahwin, dapat anak dan menjadi tua begitu sahaja. tapi banyk lagi perkara yg sebenarnya perlu dilakukan oleh manusia iaitu hidup utk mejadi seorang yg bermanfaat kpd agma, bgsa dn ngara. kalau masa belajar kahwin, dri stu sudt memng mengelakkan maksiat, tp dri sudut yg lain, kalau berkahwin tika belajar itu membuatkan hidup kita lebih skar krn byk tggungjwb yg perlu dipikul, kan lebih baik kt habiskan blajr dhulu sambil thn nafsu diri sendiri. ini adalah jihad…(agak poyo aku di situ memberi komen ini..huhuhu)……

    putraim: btl…btl…btl… huhuhu…

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: