RSS

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

09 Apr

5 april 2009, berlangsungnya malam perwarisan Kolej Canselor bagi pembubaran Majlis Tertinggi Mahasiswa 08/09 dan juga perlantikan Majlis Tertinggi Mahsiswa 09/10. Aku dengan hati yang sangat berdebar menantikan penghujung majlis tersebut. (belum mula majlis dah nak suruh habis. heheheh) daripada bilik lagi badanku seolah-olah menggigil, eh bukan seolah-olah lagi tapi memang betul menggigil. Badan menggigil disertai hati yang penuh debaran, bukan oleh kerana takut naik ke pentas tetapi ianya berlaku oleh kerana dibahuku dan kepalaku akan diletakkan satu amanah ataupun tanggungjawab yang sangat berat. Debaran itu reda seketika kerana hadirnya sahabatku di Majlis tersebut yang membuatkan aku terharu.
Penolong Bendahari Majlis Tertinggi Mahasiswa 09/10 adalah portfolio yang aku dipertanggungjawabkan. Amanah yang sangat besar bagiku, kerana ini berkaitan dengan wang, walaupun hilang Rm 0.10 ia adalah bawah tanggungjawabku untuk mengantikanya…itu kalau 0.10, tapi kalau nilai yang besar macam mana??? Mintak-mintak dijauhkan perkara tersebut.
Gementar kakiku kerana amanah ini akan kubawa ke akhirat kelak kerana ia akan dipersoalkan akan pekerjaan yang telah kulaksanakan. YA ALLAH! Kau bantulah hambamu ini untuk berusaha agar menjalani amanah ini dengan baik. Bukan ucapan tahniah yang ku harapkan tapi aku harapkan sokongan dan dorongan daripada sahabat2ku supaya aku dapat menjalani amanah ini sebaik-baiknya. Harapanku jua agar aku pandai bahagikan masa antara tugas dengan amanah.
Jawatan ini bukan untuk dibanggakan tetapi ini adalah amanah yang perlu dilaksanakan sebaik2nya.

Advertisements
 
2 Komen

Posted by di 9 April 2009 in APA JUA, ISU SEMASA, LUAHAN RASA

 

2 responses to “AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

  1. Nur Hakim

    11 April 2009 at 10:04 am

    Ada amanah yang lebih besar dari itu….

     
  2. unguisme

    11 April 2009 at 10:44 am

    TAHNIAH~

    semoga dpt jalankan tanggungjwab dgn sebaiknye~

    putraim: insyallah….

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: