RSS

Monthly Archives: April 2009

BERKAHWIN vs STUDY…

3442966767_4f2feb7ab3_o

Baru- baru ini aku ada terbaca sebuah blog yang meminta pendapat tentang kahwin ketika dalam pengajian… hal tersebut membuat aku terfikir dan berfikir sejenak. Perkahwinan…. Memang perkara yang ditunggu-tunggukan oleh setiap pasangan bercinta. aku pun nak kawin. huhu…Alangkah bahgianya apabila telah mendirikan rumah tangga yang bahagia… tapi wajarkah perkahwinan ketika sedang belajar???? Mampu ke untuk menyara keluarga yang bakal di bina??? Dah puas hidup zaman remaja?? Mak dan ayah dikampung??? Dah habis balas jasa mereka??? Dah terbayar harga susu ibu??? Mak ayah sebenarnya tak minta anak mereka untuk bayar pengorbanan yang mereka telah diberikan. Tapi fikirlah perasaan mereka, penat jerih mereka mencari duit untuk perbelanjaan kita di pengajian tapi belum lagi tamat pengajian kita dah sibuk nak kahwin.. duit pinjaman PTPTN pun belum habis bayar lagi, dah nak cari beban lagi. mak ayah mahukan anak mereka berjaya. kalau mereka nak anak mereka kawin awal lebih baik mereka suruh kawin apabila tamat tingkatan 5 je. memang hukum perkahwinan jadi wajib jika kita dah mampu dan untuk mengelakkan berlakunya maksiat. Tapi fikir tak, yang dalam islam sendiri pun tak wujud istilah couple… x ada couple-couple dalam islam...anak muda kini bahagia dengan hidup bercouple, tapi fikir tak yang kita dah mendekati perkara zina??? zina hati, zina mata dan macam2 lagi. sekarang salah siapa??? Salah mak dan ayah??? Ooohhh tidak, mak ayah tak pernah suruh anak mereka couple ketika dalam pengajian. Balik dan tanyalah mereka, yang mereka mahukan adalah anak mereka tumpukan kepada pelajaran dahulu… mak ayah bagi duit belanja untuk perbelanjaan di pusat pengajian bukan beli topup untuk telefon awek. Telefon awek sampai berjam-jam, tapi telefon mak ayah dikampung ada sampai 2-3 jam??? ada yang tak telefon langsung pun ada. telefon awek cakap sayang kat dia, tapi kat mak ayah ada kita call die kita cakap kita sayang kat dia??? kadang-kadang sebenarnya mak ayah rindukan panggilan telefon daripada anaknya. mak ayah tak pernah lupa kita apabila telah hantar kita ke pusat pengajian. Terfikir tak kita yang kita telah zalim dengan diri sendiri dan mak ayah kerana telah menyalah gunakan duit yang telah diberikan. Mak ayah dikampung pagi dan petang berlari-lari cari duit bagi anak-anak makan, sampai tersungkur untuk cari duit. mak ayah sanggup x duit apabila anak mereka di pengajian tak da duit belanja.. tapi kita beli topup untuk awek.. pasti ada yang kata, mereka x mintak duit mereka, beli topup guna PTPTN, hai kawan kalau tak ada mak ayah jadi penjamin, ada kita dapat duit pinjaman PTPTN??? sama2 kita fikirkan. kalau kita mati awal, sapa nak bayar PTPTN?? penjamin lah yang kene bayar. sapa penjamin??? mak ayah lah sapa lagi.. bayar hutang anak yang telah habiskan kerana cinta. Cintan cintun ketepikan dahulu, ini bukan masanya. Janji Allah s.w.t akan sampai pada masanya nanti, telah Allah ciptakan manusia itu berpasang-pasangan… tidak kan lari gunung dikejar. Bercintalah sepuas-puasnya apabila ijab dan Kabul telah di langsungkan sedangkan itu lagi suci dan murni… kenapa harus kita kejar masa cinta yang dilarang??? Jangan takut, akan ada suatu masanya untuk kita bercinta sakan sekalipun…. Peganglah mana yang disuka, tak wujud sebarang zina dan dosa pun. Kenapa masa yang dilarang pegang, kita nak sangat pegang, tapi bila dah boleh pegang, kita tak nak pun pegang tangan isteri.

Tidakkah terlalu muda usia untuk berkahwin awal??? Usia baru menjangkau 20-24 tahun, dah nak kawin… hmmmm.. puaskanlah zaman remaja ini dahulu.. banyak lagi yang perlu dicari ketika usia remaja. Mengikut perangkaan pendaftaran rujuk dan cerai. Golongan muda lebih tinggi kadar penceraianya. Hal ini boleh dikaitankan dengan, usia muda hanya mengikut hawa nafsu tanpa berfikir panjang. Apabila dah kahwin dan dapat anak sorang, timbullah perkataan bosan. Kenapa perkataan bosan ini wujud??? Ia wujud oleh kerana, dah terlalu puas ketika bercinta dahulu dan juga zaman muda tak puas lagi enjoy. Gunalah zaman remaja ini sebaik-baiknya, banyak lagi yang perlu kita cari. Jangan takut, akan sampai masanya nanti, kawin lah tidak ada siapa pun yang larang. Bercintalah apabila dah kawin nanti hingga ke hujung nyawa. kalau benar kita berpegang dengan tali Allah, kita tak langgar perintah Allah…kalau nabi jadi ikutan, kita tak lakukan semua ini. apa yang lebih utama??? 1. ibu, 2. ibu 3. ibu 4. ayah… bukan awek!!! bukan awek!!! bukan awek!!! syaitan sentiasa pujuk raju kita untuk bercinta sakan, so nak ikut cakap syaitan ke Allah???? betul, jodoh pertemuan ditangan tuhan, tapi kalau kita x berusaha menjauhinya, memang tak akan kemana. kalau sakit, ia Allah yang bagi kita sakit, tapi kalau kita tak berusaha cari ubatnya, bila kan baik penyakit itu?? doa adalah senjata umat islam, berdoalah kita sama2 agar maksiat, zina dan sebagainya terhindar dari kita… kalau kita dekat denganNYA, insyallah dia akan pelihara kita… untuk elak maksiat bukan kawin sahaja jalan penyelesaianya, kalau kita benar2 pegang tali Allah kuat2 insyallah kita akan terpelihara. menahan nafsu merupakan salah satu jihad. jihad untuk mendapatkan keredhaan Allah.

p/s renungan untuk perjuangan abadi sendiri ini juga tentang perjuangan abadi…so jangan ikut ye… huhuhu…. kalau ada pandangan commentlah.. agar kita boleh bertukar-tukar pendapat bersama.teringat kata dr syeikh muszaphar.. bagi dia, hidup ini bukan setakat cari pasangan, kahwin, dapat anak dan menjadi tua begitu sahaja. tapi banyk lagi perkara yg sebenarnya perlu dilakukan oleh manusia iaitu hidup utk mejadi seorang yg bermanfaat kpd agma, bgsa dn ngara. kalau masa belajar kahwin, dri stu sudt memng mengelakkan maksiat, tp dri sudut yg lain, kalau berkahwin tika belajar itu membuatkan hidup kita lebih skar krn byk tggungjwb yg perlu dipikul, kan lebih baik kt habiskan blajr dhulu sambil thn nafsu diri sendiri. ini adalah jihad

Advertisements
 
9 Komen

Posted by di 25 April 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA

 

HANYA TUHAN YANG TAHU….

iman21

Hanya tuhan yang tahu, apa yang telah terjadi dalam perjalanan hidup ku ini dalam melayar bahtera ke akhirat…..Ya Allah, perit ku lalui perjalanan hidup ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang ku lalui. Hati ini makin sensitive, walaupun gurauan yang dilakukan tetapi perit hatiku untuk terimanya. Tapi aku harus terima ape jua yang berlaku kerana ini salah laku ku sendiri… biarlah air mata ini menitik dan mencurah didalam hati, agar tiada siapa yang ketahui remuk dan redam di dalam hati ini. Aku redha Ya Tuhan, dugaan ini ku terima seadanya. Mungkin ini semua balasan diri. Balasan seorang yang melakukan kesalahan. Ya Allah ketenangan yang ku lalui sebelum ini telah lenyap di dalam hati. Yang hanya tinggal adalah runsing, keluh dan kesah…. Aku impikan ketenangan yang lalu. Inilah sifat seorang manusia, benda yang telah lalu dikenang, masa ia bersama kita, di Persia-siakan sahaja. Telah ku ragut segala ketenangan yang ada, buat apa lagi ingin ku kenang. Salah siapa semua ini???? Jangan salahkan orang lain!!!

Kekuatan yang kuharapkan darimu Ya Rabbi….. insan hina ini menadah tangan kepadamu, mengharapkan kasih dan sayangMu…. Terangilah mata hati ini seperti mana kau menerangi bumi dengan cahaya matahari dan bulan…. Aminnn ya rabbal alamin….

p/s Buat insan lain, jagalah kebahgiaan yang dikecapi sekarang ini, jangan sesekali di persiakan peluang yang ada.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 April 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA

 

GEMAS, NEGERI SEMBILAN

aku rindu nak balik!!!!!! cuti bakal menjelma tapi aku x balik pun….huhuhu….. hbis exam 26/04/09 pukul 5petang. balik dari exam terus nak kemas bilik. 27hb pukul 7.30 pg dah kene masuk hutan… habis keluar hutan 9hb. lepas tu 11nb ada kursus pemantapan organisasi sampai 27/5/09.. waaaaaaaaaaaaa aku rindu kat rumah, kawan-kawan…. gemas tunggu kepulangan aku nanti walaupun lambat. huhuhu

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 April 2009 in APA JUA

 

PEMIMPINKU…..

Pemimpin bersilih ganti,

Pemimpin yang pergi di kenang,

Pemimpin yang datang dijulang,

Pemimpin Negara yang gemilang.

Tapi,

Ada pemimpin yang hanya mahu pada nama,

Ada pemimpin juga yang benar-benar mahu memajukan Negara,

Pemimpinlah pejuang bangsa,

Pemimpinlah pejuang agama…

Usah kau lupa pada rakyat,

Rakyatlah mengangkat mu hingga keatas,

Usah kau sombong pada rakyat,

Tanpa rakyat kau entah ni mana.

Pemimpin,

Itu tanggungjawabmu,

Jangan lupa pada yang bawah,

Tatkala kau senang berada diatas,

Jangan kau perbodohkan yang dibawah.

Pemimpinku,

Utamakan agama ALLAH yang satu,

Agama yang suci dan jitu,

kerana ia agama yang untuk semua bukan untuk yang satu,

agama yang menerima semua yang mahu.

Pemimpinku,

Jalankan amanah itu,

Kerana ia akan ditanya pada suatu masa yang satu,

Dimana kau bawa Negara yang dipacu,

Kearah yang mundur ataupun yang maju…

Persepadulah pemimpinku…..

Ini harapan rakyatmu…

Menuju kearah kebenaran,

menolak kearah kebatilan.

Takbir!!!

 
2 Komen

Posted by di 20 April 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA

 

PEMUDA PEMUDI!!!!

tudung

Pemuda pemudi harapan keluarga,
Pemuda pemudi harapan bangsa,
Pemuda pemudi harapan Negara,
Pemuda pemudi harapan agama.

Wahai pemuda,
Wahai pemudi,
Perpaduan tunjang keharmonian,
Perpaduan pengerak kebahgiaan.

Kitalah peneraju Negara,
Peneraju kearah kegemilangan mahupun kemunduran,
Kita lah penentu dimana hala tuju Negara,
Yang baik atau sebaliknya.

Malaysia gemilang kerana adanya pemimpin berwibawa,
Yang meneraju bahtera dengan gigihnya,
Pemimpin silih berganti,
Dengan perubahan yang dijanjikan.

Pemuda pemudi,
Jangan berlengah lagi,
Masa tidak akan menunggu lagi,
Kita perlu gagah berlari.

Pemuda pemudi,
Mari kita bersatu,
Bergerak kearah Negara yang cemerlang dan maju,
Bersama kita sepakat berkata,
Pemuda pemudi harapan semua.

wahai pemuda,

wahai pemudi,

lepaskan kudamu laju kehadapan,

maju dengan perjuangan…

perjuangan agama yang utama…

3406565643_eeaf007e5c

 
3 Komen

Posted by di 20 April 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA

 

NABI MUHAMMAD S.A.W

3378482562_cfab1b0690

Rasulullah SAW adalah manusia yang :-
Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhirat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Antara doa baginda yang bermaksud :-

’¸Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku

Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al – QuranulKariem yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan. Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Quran (Riwayat Muslim Saad Hisham)

Mafhum Firman Allah SWT:-

Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi
(Surah Al-Qalam : 4)

Rasulullah SAW adalah manusia yang :-

* paling penyabar, paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
* Tiada sekali-kali tangan baginda menyetuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
* Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
* Adalah baginda manusia yang pemurah hati, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya, makanannya hanyalah tamar dan syair. Selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
* Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
* Sangat pemalu dan tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
* Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka
* Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan.
* Tidak memakan harta sedekah
* Tidak sombong
* Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
* Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik
* Suka berpuasa dan mengikat batu pada perutnya apabila lapar dan jika makan tidak pernah kenyang
* Paling beradab dalam makan Antaranya – makan tanpa bersandar dan tanpa meja saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
* Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
* Tawaddhak dan Tenang
* Tidak terganggu dengan urusan dunia
* Menyukai jubah bulu/syamlah
* Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
* Mengunjungi orang sakit
* Berkenderaan kaldai dan unta
* Menyukai bau-bauan
* Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
* Berbuat baik dengan kaum bangsawan
* Memuliakan orang-orang berakhlak
* Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
* Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
* Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Quran/Lughah Arab
* Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk, memfitnah, mengumpat, menganiaya, hasad dengki, tamak haloba dll.
* Tidak memukul kecuali di atas jalan Allah SWT, Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
* Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
* Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
* Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
* Pembela wanita
* Suka menasihati
* Dan banyak lagi.

Maksud Sabda Rasulullah SAW :-

1. Demi Allah yang nyawaku dalam kekuatanNya! Tiada masuk syurga kecuali orang yang berakhlak mulia/baik”
2. Bahawa Allah mengelilingkan Agama Islam dengan akhlak/budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik

Mafhum Firman Allah SWT :

1. Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya dijalankan keadilan dan berbuat kebaikan
(Surah An-Nahl :90)
2. Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlemah-lembut dengan mereka dan sekiranya engkau berkasar dan bengis/pemarah, tentulah mereka akan melarikan diri dari kelilng

Maksud Sabda Rasulullah SAW:-

Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah lembut perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat keimanan, memahami Al-Qur€ ¢â’ ’¹an, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang yang benar atau mentaati orang yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan engkau agar bertaqwa kepada Allah pada setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat rahsia dengan rahsia dan yang terang dengan terang.

Ali r.a. berkata :

Alangkah hairannya orang muslim! Datang kepadanya saudaranya muslim yang memerlukan. Lalu ia melihat dirinya tidak berhak membuat kebajikan kepada saudaranya itu. Sekiranya ia tidak mengharapkan pahala dan tidak takut kepada siksaan, sesungguhnya, sepatutlah ia bersegera kepada akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah di antara penunjuk kepada jalan bebas/pelepasan (dari dosa umpamanya)

Antara doa baginda yang masyhur (mengenai peradaban/akhlak mulia) :-

Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau. Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 April 2009 in AGAMA

 

RINDU!!!!!

waaaa….rindunye kat blog ni…dah lama tak dapat buka… ni pun buka guna laptop romate… k lah x dapat lama2 nanti romate marah guna laptop dia lama2. ni pun dah kena sound. hahahah.

 
4 Komen

Posted by di 14 April 2009 in Pelbagai