RSS

Monthly Archives: Mac 2009

PPSMI???

Beginikah pejuang bahasa??? Alahai lemahnya badan tengok isu bahasa dijalanan. Ye, kita perlu banggunkan bahasa kita tapi bukan dijalanan…. Bukan ke kita boleh bawak berbincang di meja bulat. Sama-sama bertukar-tukar pendapat…. Ni perkara pelajaran anak-anak sekolah, kenapa di jalanan???? Budak-budak tengok pun naik malu di buatnya…. Tak di nafikan, lebih baik kita pelajari sains dan matematik dalam bahasa ibunda kita sendiri tapi bukan ini caranya. Takut pelajar di kawasan kampong ketinggalan dek kerana kurangnya pengetahuan dalam bahasa inggeris….ye peratus lulus jedua-dua subjek tersebut menunjukkan sedikit penigkatan, tetapi keputusan itu adalah keputusan keseluruhan yang telah dicampurkan dengan pelajar Bandar, tapi apabila dilihat pelajar luar Bandar, mereka banyak menjawab dalam bahasa melayu…yang juga dijawabnya salah kerana tak faham semasa sesi pembelajaran… hal ini juga boleh menyebabkan masalah ponteng kelas banyak berlaku kerana kurangnya minat mereka untuk mempelajari sains dan matematik dalam b.inggeris… dan seterusnya mereka mengambil jalan singkat untuk ponteng kelas…kalau datang kelas pun belajar tak faham, lebih baik mereka x datang…..Kenapa perlunya belajar sains dan matematik dalam bahasa asing, kenapa kita tak perhebatkan lagi sukatan bahasa inggeris tersebut???? Inilah masalahnya, dan TUN MAHATHIR sendiri pun mengaku akan kesilapan beliau semasa zaman pemerintahanya… kenapa Kerajaan tak ubah je keputusan yang telah dilaksanakan itu. Ye jika ubah keputusan tersebut, puluhan ribu akan terpaksa dikorbankan untuk membuat buku TEKS baru…. Tapi sanggupkah kita melihat anak-anak pejuang Negara kita ketinggalan, yang tidak ternilai harganya???? Kita sama-sama fikirkan….
Seperti yang dilaporkan, yang menyertai perarakan itu adalah para ilmuan yang bijak pandai…tapi kenapa perkara ini boleh berlaku???? Mana kebijaksanaan mereka??? Adakah di sebabkan itu, kepandaian mereka di ketepikan???? Bukan begini caranya untuk memperjuangkan bahasa dan bangsa…. Di sini juga kita dapat lihat bertapa lemahnya bangsa kita…yang sanggup memedihkan mata dek tembakkan asap pemedih mata… malu wahai bangsaku, perkara ini dilihat oleh warga asing@ pelancong Negara… imej negative yang kita hidangkan kepada mereka, bukan ke kita nak lebih ramai pelancong datang ke Negara untuk meningkatkan lagi ekonomi Negara kita???? Hal ini sedikit sebanyak boleh menyebabkan mereka takut untuk datang ke Negara kita lagi…
Kepada kementerian pelajaran Malaysia, perdana menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badwi meminta agar memutuskan keputusan dengan segera supaya Negara tidak berada dalam kekacauan…. Buatlah keputusan yang terbaik agar memberi manfaat kepada agama , bangsa dan Negara kita. Jangan hanya fikir diri sendiri sahaja tapi fikirlah tentang rakyat kita….

 
2 Komen

Posted by di 8 Mac 2009 in ISU SEMASA

 

MANA SATU PILIHAN LELAKI??

KELEBIHAN GADIS NAKAL
1.MENYERONOKKAN Dia boleh dibawa keman shj majlis dan pandai membawa diri. Sentiasa membuatkan anda berasa seronok dan ceria.

2. MENAIKKAN TARAF ANDA Berada di sisinya seolah-olah menaikkan status anda kerana dia bukan shj nakal, lincah, dan bertenaga malah cantik dan membuatkan ramai lelaki cemburukan anda dan menjadikan anda tumpuan cerita.

3. SANGAT MENAWAN Mereka pandai bergaya dan sentiasa menghias diri untuk menjadi cantik dan membuatkan anda tidak mahu melepaskan mereka.

KEKURANGAN GADIS NAKAL
1.TIDAK BOLEH DIPERCAYAI Oleh kerana dia tahu ramai orang yang ingin bersama, kemungkinan besar dia jenis yang suka mempermainkan orang lain.Kepercayaan seratus peratus tidak boleh anda harapkan daripada mereka, jika tidak anda mungkin kecewa.

2. MATERIALISTIK Segala-galanya tentang dirinya membawa maksud duit. Untuk memiliki dirinya memerlukan anda mempunyai kewangan yang kukuh untuk membiayai dirinya.

KELEBIHAN GADIS BAIK
1.TIDAK AKAN MENIPU Mereka biasanya mencari cinta sejati dan bila sudah berkomitmen dengan anda, sukar sekali mereka mencari orang lain dan bermakna mereka tidak akan menipu.

2.BOLEH MENJADI TEMAN Selain sebagai seorang kekasih, gadis sebegini juga sesuai dijadikan sahabat baik kerana mereka bersedia berkongsi segala masalah anda menjadikan anda senang dengan mereka.

3.TIDAK KEDEKUT Tidak ada masalah untuk mereka berkongsi dalam hal kewangan tidak kiralah sama ada kecil atau besar kerana mereka memang tidak mementingkan material.

KEKURANGAN GADIS BAIK

1.TIDAK PANDAI BERFESYEN Mereka lebih selesa dengan apa yang mereka suka dan tidak terpengaruh dengan fesyen, akibatnya mereka kadangkala kelihatan ketinggalan zaman dan menyakitkan mata.

2.KURANG MENYERONOKKAN Oleh kerana gadis baik biasanya memang jenis yang tak suka keluar bersuka ria dan sebagainya, kemungkinan jika anda bersamanya, hidup anda juga akan terpengaruh menjadi tidak ceria dan kurang aktiviti.(tak jugak)

p/s pilihlah yang terbaik akan untukmu…

 
4 Komen

Posted by di 5 Mac 2009 in APA JUA

 

UNTUK SEMUA….

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita.

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”

 
1 Komen

Posted by di 5 Mac 2009 in APA JUA