RSS

ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA….

20 Mac

3257175498_a16e948692

Malu untuk diluahkan dan malu untuk ku ungkapkan… tapi tiada tempat untuk ku mengadu… sekiranya aku pengundur masa, akan ku undur masa ini ke zaman kecilku…. akan ku lakukan yang terbaik dalam hidup ku ini… tapi malangnya dunia ini bukan milik ku… sekali dah melangkah, tak kan bisa mampu untuk berpatah kembali… Ya Allah, kau bantu hamba mu ini untuk meneruskan hidup ini.. hamba MU yang keji dan hina ini hanya mengabdikan diri untuk MU Ya Allah… Kaulah yang hanya mengetahui. aku redha dan akur akan ketentuanMu.. mungkin ada hikmah disebalik kejadian. jelas aku nyatakan aku x sedar akan perbuatanku.. tapi apakan daya ku, aku hanya insan yang hina tiada siapa yang akan percaya kata-kata ku. Ya Allah pinta ku kau perkenankan taubat hambaMu agar hambaMu ini bisa kembali ke jalan kebenaran… tiada lagi titisan air mata ini untuk ia  jatuh ke pipi …. Ya Allah kau yang mengetahui segalanya…. Berat untuk ku melangkah kaki di dunia bersama-sama dosa dan noda yang ku lakukan… berat jua untuk ku mengangkat muka ini untuk memandang bumi yang suci dan indah ini…. tak mampu lagi rasanya untuk ku teruskan hari-hari yang mendatang….telah ku hancurkan segala hari-hari indah yang telah ku lalui dan akan aku lalui… tiada tempat lagi untuk mengadu tentang coretan hati… Ya Allah, hanya kau yang mengetahui segalanya…pintaku, bimbingi aku ke jalan kebenaran…hidupkan aku dijalan yang diredhai dan hidupkan jua aku dalam agamaMu Ya Allah… hanya padaMu jua Ya Allah aku bertaubat.

andai dapat ku undurkan putaran dunia, ingin ku ubah semula kata-kata dan tingkahlaku ku, agar dapat ku teruskan persahabatan itu… tak ingin lagi dan tak mahu lagi untuk ku ulangi segala yang berlaku…

andai ku terbuang tak diterima, andai aku di singkirkan, kemana harus ku perjuangkan cita-cita ini…..

Ya Allah…Ya Allah…Ya Allah

Advertisements
 
5 Komen

Posted by di 20 Mac 2009 in LUAHAN RASA

 

5 responses to “ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA….

  1. lurunna

    22 Mac 2009 at 11:44 pm

    Kita xkn mungkin dpt undurkan msa..tp kita boleh guna masa yg msh ada utk m’perbaiki kesilapan kita di masa yg lps, jgn biarkan ia terus blalu begitu sj

    putrawawasan: terima kasih aida..

     
  2. Nur Hakim

    24 Mac 2009 at 4:16 pm

    Demi Masa

    putrawawasan: sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian…

     
  3. anaktupai

    26 Mac 2009 at 3:35 pm

    life must be go on..(nampak cam hepi je kosmet ngan abg fazil..keh6…)

    putrawawasan: tq…kosmate??? clap tu…g tanya dia balik… hepi coz die yang menghiburkan.

     
  4. kakakmu

    28 Mac 2009 at 2:10 pm

    salam adik..adalah berhak untuk merasa semua kekesalan dan kesakitan kerana ia mematangkan tp jangan sampai ia membunuh kewarasan..hari ini adik merasakan kepahitan tp bila mana Allah memberikan hari esok pasti dikurniakan juga kemanisan..senyumlah supaya jd penawar lukamu..dan pasti juga akan ada yang menjadi penawar pada senyuman ikhlasmu..insyaAllah..

    putrawawasan: terima kasih…mudah2an Allah permudahkan perjalanan hidup saya.

     
  5. tenzokami

    8 April 2009 at 2:12 am

    eeemmm
    mmg banyak benda yg nk dibetolkan kalu ms bley patah balik…
    tp ms xkejar kita, kita yg kena kejar ms…
    kalu kejar mstla ke depan kan, mn ada org kejar ke belakang…kan3…
    mcm dlm teori gestalt la…hoho
    ape la as merepek nih…hohoho

    putraim: betol3..merapek tahap gaban. hahahah

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: