RSS

Monthly Archives: Mac 2009

PERSAHABATAN SEJATI

 

sahabat

Salam Perjuangan…
1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada mu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membantumu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. Demikian penanan Alqamah kepada puteranya dalam menggambarkan karektor sahabat yang sejati. – Pustaka Suarasa

Adakah aku sahabat sejati????

Advertisements
 
3 Komen

Posted by di 30 Mac 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA

 

HANDSET…..

waaaa….hanset kesayangan terhempas dari motor lalu pecah screne nya… aku syg handset tu coz my mother yang belikan…. walaupun handset tu dah lama, tapi bnyak kenangan bersamanya… huhuhu… lpas ni beli handset murah je lah… huhuhu sedih. tapi inilah dugaan hidup. aku pasrah…

 
3 Komen

Posted by di 29 Mac 2009 in APA JUA, LUAHAN RASA

 

PUISI UNTUK SAHABAT

Terima kasih sahabat

Air mata yang gugur ini

Hati yang bengkak dan berdarah

Kerana kau ini hadiah buatku,

Aku pasti ia merupakan satu permulaan

Kearah kedewasaan.

Melihat kau bahgia itu yang lebih bermakna

Sekiranya nanti aku tiada lagi

Sematkan dalam ingatan sebagai tanda kenangan.

Hitam dan kelabu

Adalah warna dalam hidupku

Kejutkan aku sahabat

Aku sedang bermimpi

Kejutkanlah aku sahabat

Yang sengsara dalam mimpi.

Gementar kakiku

Berdegup jantungku

Apakah dapat ku seberang?

Sambutlah tanganku sahabat

Aku takut tenggelam

Sambutlah tanggan ku sahabat,

Jurang sangat dalam

Jurang sangat mengerikan

Ramai yang telah kecundang.

Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagaikan tiada pengganti

Senyum tawamu,

Juga katamu menghiburkan hati

Memori indah yang disematkan.

Terima kasih sahabat.

 
2 Komen

Posted by di 26 Mac 2009 in LUAHAN RASA

 

ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA….

3257175498_a16e948692

Malu untuk diluahkan dan malu untuk ku ungkapkan… tapi tiada tempat untuk ku mengadu… sekiranya aku pengundur masa, akan ku undur masa ini ke zaman kecilku…. akan ku lakukan yang terbaik dalam hidup ku ini… tapi malangnya dunia ini bukan milik ku… sekali dah melangkah, tak kan bisa mampu untuk berpatah kembali… Ya Allah, kau bantu hamba mu ini untuk meneruskan hidup ini.. hamba MU yang keji dan hina ini hanya mengabdikan diri untuk MU Ya Allah… Kaulah yang hanya mengetahui. aku redha dan akur akan ketentuanMu.. mungkin ada hikmah disebalik kejadian. jelas aku nyatakan aku x sedar akan perbuatanku.. tapi apakan daya ku, aku hanya insan yang hina tiada siapa yang akan percaya kata-kata ku. Ya Allah pinta ku kau perkenankan taubat hambaMu agar hambaMu ini bisa kembali ke jalan kebenaran… tiada lagi titisan air mata ini untuk ia  jatuh ke pipi …. Ya Allah kau yang mengetahui segalanya…. Berat untuk ku melangkah kaki di dunia bersama-sama dosa dan noda yang ku lakukan… berat jua untuk ku mengangkat muka ini untuk memandang bumi yang suci dan indah ini…. tak mampu lagi rasanya untuk ku teruskan hari-hari yang mendatang….telah ku hancurkan segala hari-hari indah yang telah ku lalui dan akan aku lalui… tiada tempat lagi untuk mengadu tentang coretan hati… Ya Allah, hanya kau yang mengetahui segalanya…pintaku, bimbingi aku ke jalan kebenaran…hidupkan aku dijalan yang diredhai dan hidupkan jua aku dalam agamaMu Ya Allah… hanya padaMu jua Ya Allah aku bertaubat.

andai dapat ku undurkan putaran dunia, ingin ku ubah semula kata-kata dan tingkahlaku ku, agar dapat ku teruskan persahabatan itu… tak ingin lagi dan tak mahu lagi untuk ku ulangi segala yang berlaku…

andai ku terbuang tak diterima, andai aku di singkirkan, kemana harus ku perjuangkan cita-cita ini…..

Ya Allah…Ya Allah…Ya Allah

 
5 Komen

Posted by di 20 Mac 2009 in LUAHAN RASA

 

Samad Said cabar pemimpin Umno

 

Bashir Ishak
Mon | Mar 16, 09 | 8:06:44 pm MYT

ALOR SETAR, 16 Mac (Hrkh) – Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini, tidak mustahil isu ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.

“Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris,” tegas A Samad.

“Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris,” ujar pejuang bahasa itu lagi.

“Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris,” kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, “Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur”.

Program tersebut diadakan di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini, malam tadi.

Ketika memulakan ucapannya, A Samad membuat satu peringatan yang menggamatkan suasana dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang hadirin itu. “Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno,” ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.

Dalam ucapannya yang diselang-selikan dengan pendeklamasian puisi itu, A Samad terus membuat penegasan bahawa beliau tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya hanya dimanfaatkan.

“Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, belia turut menegaskab bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.

“Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini,” katanya lagi.

Selain itu, A Samad menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan bahasa Melayu dalam program “Kembara Kasih bahasa”.

“Saya rasa terpanggil bahawasanya dalam sisa-sisa usia saya inilah untuk saya berlawan dan dengan semangat inilah saya akan menjelajah untuk memperjuangkankan bahasa saya.

“Saya bersedia kembali ke negeri Kedah ini dengan syarat anda semua bekerja untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin yang sombong,” ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Program berkenaan dianjurkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah.

Setiausaha Potik Menteri Besar Kedah, Mohd Sanusi Mod Noor telah menyampaikan ucapannya mewakili Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Setiausaha GMP, Hasni Abas turut menyampaikan ucapan. Majlis juga diselang-selikan dengan bacaan puisi oleh penyajak, Pak Salleh Bakar, tokoh sastera, Azizi Haji Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim._

 
1 Komen

Posted by di 17 Mac 2009 in ISU SEMASA

 

UMNO VS PAS

Oleh AIZAWATI AHMAD pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 16 Mac – UMNO dan Pas perlu mencari mekanisme terbaik jika kedua-dua parti itu mahu meneruskan hasrat mereka untuk bergabung. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kedua-dua parti itu juga perlu bersedia untuk berkorban dan ikhlas menerima sebarang perubahan terutamanya perkara yang membabitkan prinsip serta ideologi masing-masing. “Bercakap memang mudah, tetapi hendak melaksanakan, ia satu perkara yang sukar jika kedua-dua parti tidak ada keikhlasan untuk menjayakannya. “Jika Pas hendak sertai Barisan Nasional (BN), kita kena cari mekanisme terbaik bagi menjayakannya, kedua-dua parti perlu ada keikhlasan dan banyak berkorban,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang mencadangkan kewujudan kerajaan perpaduan yang menggabungkan BN khususnya UMNO dan Pas yang merupakan impian seluruh orang Melayu di negara ini. Mohamad Khir berkata, segala usaha yang boleh menggerakkan ke arah merealisasikan impian tersebut antaranya mengadakan pertemuan di peringkat kepimpinan parti perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Bagaimanapun, menurut Syed Ali, jika awal-awal lagi kedua-dua parti sudah ada prasangka buruk antara satu sama lain, hasrat untuk bergabung amat sukar direalisasikan. Sementara itu, Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Nidzammudin Sulaiman memberitahu, Pas perlu melupakan pengalaman lalu jika mahu bekerjasama dengan BN. Jelasnya, jika dilihat kembali pendapat daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau dikatakan cukup serik untuk bekerjasama lagi dengan UMNO. “Di sini, saya melihat perlunya pengorbanan daripada kedua-dua parti, Pas perlu ada pendirian baru dan mereka kena melupakan pengalaman lalu. “Sementara itu, UMNO pula yang selalunya bersikap dominan perlu berkorban dan tidak boleh menganggap Pas sebagai sebuah parti komponen yang kecil,” ujarnya. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal pula berpendapat, cadangan itu tidak mustahil untuk dilaksanakan dan yakin ia boleh direalisasikan dalam sekelip mata jika kedua-dua pucuk pimpinan parti tersebut ada keikhlasan untuk menjayakannya. “Kita kena perlu ketepikan emosi jika mahu melihat nasib orang Melayu dan agama Islam terus mendapat pembelaan sewajarnya dan yang paling penting untuk memelihara agar Melayu tidak berpecah-belah,” tegasnya. Beliau berkata, UMNO dan Pas perlu berkorban kerana ini semua untuk masa depan orang Melayu walaupun kedengaran masih ada pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Subahan juga percaya penggabungan itu akan membantu menstabilkan politik Malaysia terutamanya dalam situasi negara ini menghadapi krisis ekonomi global.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 Mac 2009 in ISU SEMASA

 

IRAN DAN SEKATAN

TEHRAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyifatkan sekatan antarabangsa terhadap negaranya sebagai ‘kebudak-budakkan’ dengan semalam melancarkan secara rasmi projek gas asli-minyak terbesar di Teluk.

Khamis lalu, Preiden Amerika Barack Obama berkata, beliau melanjutkan sekatan ekonomi terhadap Iran untuk tempoh setahun lalu selepas mendapati Iran terus memberi ‘ancaman luar biasa’ terhadap keselamatan negara, dasar luar dan ekonomi Amerika.

Ia menjadi perkara rutin yang dilaksanakan pentadbiran Rumah Putih sejak sekatan terhadap Iran dilaksanakan bekas Presiden Bill Clinton pada 1995.

Ahmadinejad berkata, usaha untuk memisahkan Iran dengan dunia luar dengan sengaja mengadakan sekatan itu sebagai pemikiran kebudak-budakkan dan ‘satu kesalahan besar’, lapor

media rasmi IRNA.

“Kami tidak memerlukan sesiapa…kami bergantung kepada keupayaan sendiri,” kata Ahmadinejad di Pelabuhan Assaluyeh.
Ahmadinejad berkata, fasa 9 dan 10 loji gas asli terbesar Iran yang beroperasi semalam adalah satu ‘hadiah paling menggembirakan’, sekali gus menjadi loji pengeluar minyak keempat terbesar dunia.

Nilai pelaburan projek itu mencecah AS$4 bilion membabitkan

LG Engineering Construction Corp dan beberapa firma tenaga Iran sejak 2004. – Reuters

 
2 Komen

Posted by di 14 Mac 2009 in ISU SEMASA