RSS

PERTANDINGAN MEMASAK???

25 Feb

Pertandingan memasak?? Ye memasak…jangan tak percaya. Huhuhu…. Nak kata aku pandai memasak tak jugak… kacau orang masak adalah. Heheheheh…. Kak nor MTM call aku, dia suruh aku masuk pertandingan memasak yang dianjurkan oleh kolej 10 dalam program mereka SEDEKAD SEPULUH semperna ulang tahun ke10 kolej tersebut. Kali pertama dia call, aku katakan bahawa tengok r dulu sbb aku sibuk dengan kelab. 3 hari kemudiaan dia call aku lg, dan aku setuju untuk memasukinya. Tapi sebelum aku setuju, aku bertanyakan bahawa tiada budak perempuan yang lain ke?? Menurut kak nor kolej diminta menghantar wakil seorang lelaki dan seorang perempuan. Aku telah digandingkan dengan kak nana.
Hari kejadian.
Pada jam 730 am, kak nana call ak dan dia kata bahwa ‘apron’ untuk ke pertandingan memasak tak ada. So aku menawarkan diri untuk membelinya di SS. Pagi aku sampai SS, tapi kedai masih tutup. So aku pegi minum kat kedai dulu coz perut aku sudah menendang-nendang. Sementara minum, satu per satu pintu kedai di buka… huuuu lega. Akhirnya dapat juga aku beli apron. Jam menunjukkan 930am, kak nana dah sampai k10, so ak cepat2 ke sana. Sampai kat sana, ak cari kak nana, dah kami duduk berbincang untuk masak apa nanti. Bahan untuk masakan akan di sediakan, kami hanya datang masak je. Macam2 kami fikirkan, ayam, daging, ikan keli…wow mesti best. Dalam menunggu kolej lain tiba, aku sms jaja, huhu dia datang bagi sokongan…. Peserta2 lain mula sampai, dan kami terpsiko sekejap coz pesertanya adalah budak sains rumah tangga yang dah biasa memasak… waaaa takutnye… Jam 11 am, dah panas punggung duduk kat kerusi, kami baru di panggil untuk mendaftarkan diri. Kami diterangkan syarat2 pertandingan. Masa yang di peruntukan selama 1jam. Undi telah kami cabut dan kami mendapat meja no 2. Huhu depan juri..wooow berdebar2 jugak. Macam nak menyanyi pulak debarnya. Hahahah.
Kami dilepaskan untuk ke meja memasak, waaaaaaaaaaa sungguh terperanjat beruk aku di buatnya, impian berkecai.. segala perancangan hancur lebur terburai2. Hahah. Atas meja kami ada magie, sotong, bawang dll… aku terkaku.. ape nak masak ni. Huuuh nsib baik ada kak nana. Kak nana, bagi cadangan yang kita orang buat magie ala2 ladna. Huhu mulalah kami memasak… masa makin singkat, kami masak dalam kelam kabut.. waaa buat je lah. Fadli kawan aku turut hadir, dan dengan senyap2 die ajar kami buat ini n itu…huhuh orang lain tak tau kami ye tau. Hahha. Akhirnya tamat masa yang di beri, kami namakan masakan kami Maryland magie n Maryland sos. Juri cakap sos kami ada rasa, n tapi magie kami terlalu banyak dalam pinggan kami letakkan…hahah biasalah orang baru masuk pertandingan memasak…
Keputusan diumumkan pada keesokkanya dan aku tak dapat hadir kerana hujan. Kami Cuma mendapat saguhati iaitu hemper n sijil. Tak pelah tak menang sekali pun kerana aku telah mencuba, n itu satu pengalaman aku buat kali pertama. Lain kali cube lagi
p/s jangan sesekali takut untuk berjuang.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Februari 2009 in APA JUA

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: