RSS

Monthly Archives: Februari 2009

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,
~~~
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya,
Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan,
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,
~~~
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,
~~~
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan,
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

 
4 Komen

Posted by di 26 Februari 2009 in APA JUA

 

PERTANDINGAN MEMASAK???

Pertandingan memasak?? Ye memasak…jangan tak percaya. Huhuhu…. Nak kata aku pandai memasak tak jugak… kacau orang masak adalah. Heheheheh…. Kak nor MTM call aku, dia suruh aku masuk pertandingan memasak yang dianjurkan oleh kolej 10 dalam program mereka SEDEKAD SEPULUH semperna ulang tahun ke10 kolej tersebut. Kali pertama dia call, aku katakan bahawa tengok r dulu sbb aku sibuk dengan kelab. 3 hari kemudiaan dia call aku lg, dan aku setuju untuk memasukinya. Tapi sebelum aku setuju, aku bertanyakan bahawa tiada budak perempuan yang lain ke?? Menurut kak nor kolej diminta menghantar wakil seorang lelaki dan seorang perempuan. Aku telah digandingkan dengan kak nana.
Hari kejadian.
Pada jam 730 am, kak nana call ak dan dia kata bahwa ‘apron’ untuk ke pertandingan memasak tak ada. So aku menawarkan diri untuk membelinya di SS. Pagi aku sampai SS, tapi kedai masih tutup. So aku pegi minum kat kedai dulu coz perut aku sudah menendang-nendang. Sementara minum, satu per satu pintu kedai di buka… huuuu lega. Akhirnya dapat juga aku beli apron. Jam menunjukkan 930am, kak nana dah sampai k10, so ak cepat2 ke sana. Sampai kat sana, ak cari kak nana, dah kami duduk berbincang untuk masak apa nanti. Bahan untuk masakan akan di sediakan, kami hanya datang masak je. Macam2 kami fikirkan, ayam, daging, ikan keli…wow mesti best. Dalam menunggu kolej lain tiba, aku sms jaja, huhu dia datang bagi sokongan…. Peserta2 lain mula sampai, dan kami terpsiko sekejap coz pesertanya adalah budak sains rumah tangga yang dah biasa memasak… waaaa takutnye… Jam 11 am, dah panas punggung duduk kat kerusi, kami baru di panggil untuk mendaftarkan diri. Kami diterangkan syarat2 pertandingan. Masa yang di peruntukan selama 1jam. Undi telah kami cabut dan kami mendapat meja no 2. Huhu depan juri..wooow berdebar2 jugak. Macam nak menyanyi pulak debarnya. Hahahah.
Kami dilepaskan untuk ke meja memasak, waaaaaaaaaaa sungguh terperanjat beruk aku di buatnya, impian berkecai.. segala perancangan hancur lebur terburai2. Hahah. Atas meja kami ada magie, sotong, bawang dll… aku terkaku.. ape nak masak ni. Huuuh nsib baik ada kak nana. Kak nana, bagi cadangan yang kita orang buat magie ala2 ladna. Huhu mulalah kami memasak… masa makin singkat, kami masak dalam kelam kabut.. waaa buat je lah. Fadli kawan aku turut hadir, dan dengan senyap2 die ajar kami buat ini n itu…huhuh orang lain tak tau kami ye tau. Hahha. Akhirnya tamat masa yang di beri, kami namakan masakan kami Maryland magie n Maryland sos. Juri cakap sos kami ada rasa, n tapi magie kami terlalu banyak dalam pinggan kami letakkan…hahah biasalah orang baru masuk pertandingan memasak…
Keputusan diumumkan pada keesokkanya dan aku tak dapat hadir kerana hujan. Kami Cuma mendapat saguhati iaitu hemper n sijil. Tak pelah tak menang sekali pun kerana aku telah mencuba, n itu satu pengalaman aku buat kali pertama. Lain kali cube lagi
p/s jangan sesekali takut untuk berjuang.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Februari 2009 in APA JUA

 

ROOMMATE

Roommate – roommate ku….
Haaaa bagi aku roommate adalah sebagai teman ku iaitu penganti kepada keluarga jika aku duduk kat bilik je ek… dah nama pun roommate. Hahahahahah…..
Di nombor bilik 85. Ok,orang yang aku kenal apabila menjejaki kaki ke menara gading ini adalah roommate ku… roommate pertama ku namanya Haryanto bin Surianto atau ku panggilnya hery. Sungguh kurang ajarnya diriku apabila aku mentertawakan akan namanya buat pertama kalinya…. Aku tak menyangka akan itu namanya akan fikiranku dia hanya bergurau… tapi dia hanya mendiamkan diri apabila aku mentertawakanya…. Huhu. Keesokan harinya apabila aku tahu yang itu namanya, aku terus minta maaf kepadanya… huhuhu. Maaf roommate.. hehee. Sepanjang duduk dengan dia macam-macam yang kitaorang kongsikan bersama… suka duka, berkongsi cerita dan sebagainya… masa duduk dengan die lah kali pertama aku berpuasa jauh dari keluarga. Kalau sahur die tak bangun aku akan kejutkan dan juga begitu sebaliknya. Kalau terlewat bangun subuh, bilik kami akan terima gegaran dari arah pintu. Gegaran itu dilakukan oleh abg jo ataupun johari iaitu MTM aras kami. Sungguh tulusnya hati abg jo. Terima kasih abg jo. Dengan roommate aku ni aku selalu gak bertekak, tapi die mesti nak menang je. Huhu. Geram gak. Hahaha… tapi tak pelah biarkan die menang, “aku kan abang”(dialog die). Abang tua bulan je. Huhu. Baik orangnya….tapi dah berpunya tau.huhu sekarang dia dah ade roommate lain..tapi dia tetap kawan aku.

Semester 01 08/09, dibilik 118. Aku telah menerima seorang roommate baru. Sopan orangnya.. baik pulak tu…. Ha dia ni pemalu gile orangnya… hahahhaha. Namanya mohd fazil bin hj yahaya. Berasal dari kedah. Yang sorang ni otak gile gak. Selalu pulak bertekak dengan die.. tapi belum sampai bertumbuk r. huhuhu… lahir pulak sama bulan dengan aku just tua die 5hari je…tp nak gak anggap die abang banding aku…AAAhhhhh… ak dengan die selalu men tolak-tolak bile makan. Aku suruh die makan, die suruh aku makan.. tau r badan aku berisi. Nak je bagi penumbuk, Huhuhu… best gak duduk dengan die ni,selalu wat lawak bodoh je… kadang2 geram gak dengan die ni…. Merajuk pun pandai, macam pempuan pulak die… huhu. Kalau aku pujuk die x ok gak, hmmm jawabnye maleh den nak pujuk eh doh.. kakakakak… tapi die lah banyak tolong aku.. baik budi pekertinya… sapa jadi makwe die mesti beruntung, tapi malangnya die dah ada makwe k. huhuhu…tapi ak je selalu buat die marah…niat dihati just nak menyakat. huhuhu..aku selalu kene tinggal duk bilik sorang, almaklumlah budak debat university…kadang2 bosan gak duk bilik sorang…time ak nak luahkan sesuatu tapi x orang yang nak dengar…huwaaaawaaa…tapi ade gak bagus duk sorang, dapat tenangkan diri..huhu privacy sikit. Hehehe.

p/s berkawan biarlah seribu bercinta biar satu… jaga pertalian silaturrahim antara manusia besar pahalanya…. Insyallahwindows-photo-gallery-wallpaper1

img_0722

sahabat-bertiga

 
8 Komen

Posted by di 21 Februari 2009 in APA JUA

 

6 situasi buat lelaki menangis

=( Putus Hubungan Dengan Kekasih

Hasil kajian mendapati lelaki terlalu menyayangi kekasih hatinya pasti menangis bila hubungan terputus.Biasanya lelaki tidak boleh menerima hakikat hubungan cinta berakhir di tengah jalan, dan tidak diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Mereka akan menangis di belakang gara-gara malu.

=( Bila Jatuh Sakit

Ada sesetengah lelaki akan menangis bila jatuh sakit, lebih kronik lagi jika mereka tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga juga sebagai suami akibat penyakit yang dihidapi.

=( Kehilangan Pasangan

Ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak boleh terus berlagak macho bila pasangan meninggal dunia.Bagi lelaki yang tidak dapat menerima hakikat,luka ini lama untuk disembuhkan.

=( Tertekan

Tidak kira bebanan pekerjaan, masalah peribadi dan sebagainya, akhirnya air mata lelaki gugur juga. Ada juga lelaki yang mengambil jalan mudah dengan mengunjungi kelab malam bagi melepaskan tekanan, namun ia bukan penyelesaian yang baik.

=( Bertengkar dengan Pasangan

Walaupun jumlahnya tidak sebanyak air mata wanita yang mengalir, ada juga lelaki yang tidak sanggup melihat pertelingkahan berterusan dalam rumah tangga.Lebih memburukkan keadaan apabila si isteri meminta cerai atas perbalahan yang berlaku.

=( Melihat anak-anak sakit

Sesetengah lelaki tidak dapat menahan perasaan apabila melihat anak-anak mengalami penyakit yang kronik dan tidak dapat disembuhkan lagi.

p/s lelaki yang menangis bukan lelaki yang lembik malah dia merupakan lelaki yang penuh dengan kasih sayang….

 
3 Komen

Posted by di 18 Februari 2009 in APA JUA

 

AYAH

Ayah…. perkataan yang mempunyai 4 abjad tetapi mempunyai pengertian yang besar bagiku… perkataan 4abjad itu tak pernah untuk ku luahkan…
hari ini tanggal 16 feb 2009, kesayuan menyelubungi hati, aku memikirkan akannya lagi… alangkah indahnya dan beruntungnya akan diriku dapat memanggil AYAH. seumur hidupku perkataan itu tak sempat untuk ku luahkan… ayah pergi menghadapNya seusiaku 7bulan dalam rahim bonda…. kelahiranku hanya disambut oleh bonda dan jua datuk tercinta…oleh kerana Ayah yang telah lena dalam rahapnya.. seusiaku 2@3 tahun semua orang lelaki aku panggilnya ayah kerana ingin sama dengan teman yang mempunyai ayah (cerita bonda)…
Aku akur kehendak Tuhan yang Esa. ku Mohon pada MU ya Tuhan, ketemukan akan diriku dengan ayahanda di hari pembalasan sana agar ku dapat tatap wajah serinya…
aminnnn….
sayu di hati seorang anak yang tiada berayah….

p/s rakan yang masih mempunyai ayah dan ibu, pulanglah kekampung selagi ada masanya……

 
1 Komen

Posted by di 16 Februari 2009 in APA JUA

 

LESEN!!!

Alhamdulillah ku panjatkan padaMu ya Tuhan yang memakbulkan akan doaku. tapi hamba Mu ini sering alpa akan tanggungjawab yang telah ku janjikan padaMu…
tanggal 13 feb 2009, aku lulus ujian memandu dan akhirnya lesen kereta yang ku idamkan telah menjadi kenyataan… heheehheheh….
ha lesen dah ade bleh r beli kete…huhu angan-angan.. tak pe, dah keje nanti baru fikir nak beli kreta… sekarang fikir tentang belajar dulu. huhuhuhu…
kepada kawan yang bakal ambil lesen dan sedang mengambil lesen, study betul-betul dan jangan gemuruh jiwa masa memandu….huhuhu

akhirnya….so sekarang tumpukan kepada pelajaran semula.
heheheh

 
2 Komen

Posted by di 13 Februari 2009 in APA JUA

 

sambungan kerinduan…..

Ya Allah kesyukuran ku panjatkan kepada MU…. kalau sebelum ni kerinduan yang ku nyatakan adalah kerinduan terhadap keluarga di kampung…. dan akhirnya dapat jua ku pulang ke kampung walaupun untuk kadar yang seketika. ku pulang jua walaupun sehari, habis sahaja amali kereta, ku cepat2 bersiap untuk pulang ke kampung.. ku tak endahkan kata roomate untuk mandi dahulu… bukan x nak mandi tapi tak sabar nak pulang…heheheheh..
kegembiraan tak dapat digambarkan apabila terlihat bonda di halaman kerinduanku….
kucupan Bonda yang ku impikan dan idamkan akhirnya terlerai jua…. Bonda dan Nenek sihat dikampung… alangkah melonjaknya hati….
Ya Allah padamu ku panjatkan kesyukuran, kerana Mu lah ku dapat bertemu insan yang ku rindui dan ku cintai….. hmmmm entah bila lagi dapat ku pulang ke kampung buat sekian kalinya…. ku Doa kan akan kesejahteraan keluarga di kampung… Nikmat yang tak terhitung.

buat teman, pulanglah ke kampung halaman walau ada ruang waktu, walaupun seketika, di masa mereka masih mampu bernafas ini, luangkanlah masa untuk mereka walaupun untuk sesaat… jika lenyapnya mereka di muka bumi ini, kita tak akan mampu melihat mereka lagi apatah kasih sayangnya….

 
1 Komen

Posted by di 9 Februari 2009 in APA JUA