RSS

Daily Archives: 22 Januari 2009

Kerinduan….

Di pagi hening jumaat yang indah ini…. teringat akan ku di kampung halaman…
cuti mid sem bakal menjelma…. tapi dek tanggngjawab yang dipikul aku terpaksa membatalkan hasrat untuk pulang ke kampung…. Terdengar bisikan kawan-kawan akan pulang ke kampung… hatiku meronta untuk pulang sama… apakan daya hati hanya mampu untuk meronta tapi aku tidak mampu untuk buat apa-apa…. rindu akan keluarga melebihi segalanya…. tambahan pula bonda tercinta menyatakan akan kerinduanya terhadap ku….Aku hanya mampu menyatakan kepadanya aku akan pulang setelah selesai cuti dan juga setelah habis ujian lesen…..
dek tanggungjawab aku kena akur kerana ini semua pilihan ku…. di pagi hening ini jua ku berdoa agar keluarga sihat dibawah lindungan lembayung rahmatNYA.. Aminn….

rakam dan sahabat yang bersekempatan pulang ke kampung, pulanglah dengan selamat….

jawatan adalah satu amanah yang perlu diselesaikan dengan sebaiknya kerana ini semua akan disoal di hari pembalasan kelak.

 
2 Komen

Posted by di 22 Januari 2009 in APA JUA