
Piala Malaysia : Yahoo…. Den monang, x kisah lah korang nak cakap bukan den yang main tapi den totap banggo sobab Negori den yang monang.. lalalala… semasa aku sedang menunggu masa untuk mengambil exam Sains Tanah, akau telah didatangi oleh seorang wanita yang berasal dari Kelantan. Dengan bangganya berkata, “ko nak guna strategi ape malam ni? 4-2-4 ke??”. Tapi dengan kesabaran yang ada, aku hanya mengukirkan senyuman. Hehehe…. Sekarang Inilah jawapanya….. Piala Malaysia telah berlangsung dengan membawa kemenangan berpihak kepada NEGERI SEMBILAN. NEGERI SEMBILAN 3, KELANTAN 1. NS dah *Hobin Kelantan. Macam ni lah anak jantan omak. Hehehe… Di sebalik kegembiraan ini terselit jua rasa sedih dan sayu. Kemaraan NS telah membawa kemarahan para penyokong KELANTAN sehingga menimbulkan sikap ketaktamadunan penyokong Kelantan dengan merosakkan harta benda awam. Kerusi telah dibakar, balingan mercun dan juga botol air di baling kepada pemain bola sepak NS. Hal ini dilakukan segelintir penyokong Kelantan tetapi ia telah memalukan negeri Kelantan. Wahai penyokong Kelantan terima hakikat, dan ini adat permainan… Hal ini sangat menyedihkan. Inikah modal insan yang dapat diterapkan terhadap Rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Adakah ini minda kelas pertama??? tepuk dada tanyalah minda. Sangat memalukan terutama dari Pelancong yang datang. Inikan yang kita ingin tunjukkan kepada pelancong?? Dimana adab-adab orang melayu iaitu rakyat Malaysia yang bangga dengan bersopan santun serta berbudi bahasa?? Dek kerana bola hilang semua adab dan sopan?? Inilah kesanya tatkala kewarasan yang hilang. Sedih jika ini dikenangkan…. sama-samalah kita hargai setiap apa jua pemberian orang, kerana harta awam milik bersama dan jangan kita sia2kanya….
Pembetulan: HOBIN bukan HOBENG.
* hobin= belasah ataupun perkara yang menunjukkan ssuatu perkerjaan yang bersungguh-sungguh…. (loghat negori)

